Cari Idea Masakan di F&N Life

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Cari Idea Masakan di F&N Life  - Bulan Ramadhan ni memang hari-hari kita masak kan? Kadang-kadang sampai buntu tak tau nak masak apa. Jangan kata kaum ibu, yang bujang pun selalu jadi takde idea nak memasak. Baru ni kakak kan muat turun apps F&N Life, kalau korang belum download lagi boleh tengok cara nak download kat sini.


Selain korang boleh buat pembelian produk F&N kan, korang boleh dapatkan pelbagai resepi masakan untuk berbuka dan sahur serta tips-tips masakan. Waahhhh! Best kan? Banyak idea masakan yang korang boleh dapat kat F&N Life. Kalau korang ada resepi menarik menggunakan produk F&N pun korang boleh sama-sama kongsikan kat dalam apps.



Serius bila dah godek-godek dalam F&N Life tu kan, akan timbul pulak masalah lain, korang jadi tak tau nak cuba resepi yang mana sebabnya banyak sangat resepi menarik dan pelbagai variasi masakan dari hidangan utama sampailah ke pencuci mulut. Pendek kata A-Z ada dekat situ.





Kakak kan beli Syok Soya Cincau Bundle aritu? Memula rasa macam takde variasi pun yang boleh dibuat dengan air soya dan cincau selain campurkan dengan ais dan minum sejuk-sejuk macam tu. Bila bukak je apps tu, banyak rupanya yang kita boleh buat dengan soya dan cincau. Nasib baik ada F&N Life kalau tak, sampai kesudah lah kakak tak tau yang banyak lagi desserts yang kita boleh buat dengan soya. Lepas tu apps ni sangat user-friendly, korang boleh filter je resepi mengikut produk dan tadaaaa! Keluarlah kepelbagaian resepi tu. Antaranya macam kat bawah ni.






Selain senang dan tak banyak bahan, cara nak buat pun tak renyah. Al-maklumlah, kakak ni kadang tak rajin nak buat resepi yang memakan masa yang lama, nak pulak bulan puasa, semua nak kena cepat dan pantas.

Lepas tu kan, masa kat dapur tadi adalah nampak serbuk agar-agar makanya kakak plan nak buat agar-agar soya cincau je. Boleh makan untuk sahur dan berbuka esok. Cara nak buat pun mudah dan ringkas, semudah ABC kata orang.




Okaylah, korang jangan lupa tau muat turun apps F&N Life. Terima kasih F&N, sekarang dah tak buntu lagi nak masak apa. Klik-klik apps, pilih resepi dan buat! Tak cukup bahan? Takpe, order je. Sehari dua dah sampai depan rumah. Senang kan? Selamat mencuba!


Baca Selanjutnya »

F&N Life Apps : Senangnya Nak Buat Pembelian!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

F&N Life Apps : Senangnya Nak Buat Pembelian! - Korang penah dengar pasal apps ni tak? Kalau belum korang kena muat turun sekarang! Musim penularan wabak sekarang ni, kakak tak rajin nak keluar sangat. Bukan apa, kakak ni tinggal dengan parents dan mereka pula golongan yang mudah dijangkiti. So kakak amik pendekatan untuk beli barang secara online je selalunya. So bila tau F&N dah ada aplikasi untuk memudahkan pembelian, kakak guna apps tu je.

Pertama sekali mestilah kena muat turun apps, kalau tak macam mana nak beli kan? Korang cuma perlu cari F&N Life di Google Store bagi pengguna Android dan Apps Store bagi pengguna IOS.



Cara-cara menggunakan apps :

1. Sign up dan pilih Customer Sign Up.
2. Isi butiran lengkap seperti nama, email, nombor telefon dan kata laluan.
3. Masukkan kod yang dihantar kepada nombor telefon yang didaftarkan.
4. Lengkapkan alamat dan buat pembelian.

Senang kan?



STEP 1


STEP 2


STEP 3


STEP 4



Selepas dah lengkapkan butiran yang diperlukan, korang boleh terus layari F&N Life Apps dah mula membuat pembelian. Bersempena Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelang ni, F&N ada tawaran menarik tau. Korang boleh Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life. Pilih pelbagai produk dari F&N Life Ramadan Bundle dan F&N Life Raya Bundle. Harga yang ditawarkan pun menjimatkan. Kakak pilih Syok Soya Cincau Bundle dengan harga RM44.40 je tau, dalam tu ada 12 kotak air soya dan 12 tin air cincau. Wow!





Penghantaran pun cepat tau, dalam masa 2 hari je kakak dah dapat Syok Soya Cincau Bundle yang kakak beli. Dapat je terus bukak, Alhamdulillah kakak terima prodk F&N dalam keadaan baik. Masa nak sampai pun, courier service dah siap notify kita bila nak hantar tu.




Syok kan? Tunggu apa lagi, cepat muat turun F&N Life sekarang. nanti kakak nak share pulak cara-cara nak buat air soya cincau yang sedap ngan korang okay.



Maklumat lanjut :

Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.my
Instagram: https://instagram.com/fn.life


Baca Selanjutnya »

CC Cream Terbaik Yang Mudah Digunakan Untuk Urusan Seharian | Hansaegee Nature

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tengah PKP ni kakak memang tak rajin nak bermekap, tapi kakak memang tak tinggal rutin penjagaan muka. Dan kakak akan pastikan produk yang kakak pakai tak rasa berat pada kulit wajah. Yelah, kalau tak muka ni rasa macam ada gam je.


Arini kakak nak kongsi dengan korang pasal Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Sebenarnya lama dah nak cuba CC Cream sebab ramai yang kata okay, tapi tak berani sebab banyak yang kakak jumpa semuanya nampak tak natural kalau apply kat muka. Kakak ni kulit tak berapa nak cerah, so kakak kena cari produk yang tak tinggalkan kesan putih pada muka. Lepas tu kakak ada terbaca pasal Gold Nano CC Cream, terus kakak cuba.



Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Krim ni merupakan "all in one day cream"  yang berfungsi sebagai Color Control + Brightening. Yang paling best ianya takkan meninggalkan kesan putih pada kulit wajah. Bila korang apply kat muka je, krim ni secara automatik akan ikut tona kulit kita dan menampakkan wajah lebih glowing secara semulajadi. 

Gold Nano CC Cream juga mengandungi SPF 50 PA+++ untuk melindungi kulit wajah dari sinaran matahari. Kalau dah pakai krim ni, kakak dah tak payah nak tepek sunblock lagi sebab ianya dah ada SPF. Tekstur Gold Nano CC Cream ni pulak tak melekit dan ringan pada wajah. Suka gila!

Dalam pemilihan produk wajah, kakak memang akan pastikan produk tu sangat ringan pada wajah. Ni lah salah satu punca kakak pilih Gold Nano CC Cream. Tekstur dia ringan, melembabkan kulit, tak berminyak dan tak melekit setiap kali pengunaan. Bila dah sapu pada wajah, warna kulit nampak sangat natural.


Terdapat 3 bahan utama yang terdapat dalam Gold Nano CC Cream iaitu :

  • Mineral Water - Berfungsi untuk menjaga kelembapan dan keseimbangan PH kulit dan membantu menganjalkan kulit wajah.
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - Bersifat Anti-Bakteria untuk membantu meredakan kerengsaan kulit serta mengurangkan masalah kulit.
  • Nano Gold - Mencegah penuaan, menyekat sinaran inframerah dan mempunyai kadar anti-oksidan yang tinggi

Cara penggunaan Gold Nano CC Cream
  • Bersihkan kulit wajah
  • Lakukan rutin penjagaan kulit seperti memakai toner dan moisturizer seperti biasa
  • Ambil sedikit Gold Nano CC Cream dan ratakan pada kulit wajah
Kalau korang perasan, Gold Nano CC Cream ni berwarna putih dan terdapat kapsul kecil berwarna coklat. Tapi bila korang ratakan je krim tu pada kulit dengan jari, krim tu akan sedikit demi sedikit bertukar kepada warna pink dan coklat mengikut tona kulit kita. So memang takkan nampak kulit kita tu putih yang pelik. Cerah dia pun natural, sekata dan glowing.



Masa korang ratakan Gold Nano CC Cream, korang boleh nampak sendiri perubahan warna macam kakak cakap tadi, krim tu akan tampak lebih natural pada kulit muka. Senang kan? Kalau korang jenis tak suka nak mekap berat-berat, memang sesuai sangat. Dah tak payah nak tepek foundation semua, pakai CC Cream je dah cukup buatkan kulit lebih licin dan bercahaya.


Korang boleh tengok sendiri hasil dia bila kakak pakai kat kulit muka. Terus kulit nampak sedikit cerah, licin dan glowing

Lagi 1 kan, korang boleh jugak jadikan Gold Nano CC Cream sebagai asas mekap sebab ianya tak mudah bercapuk dan waterproof. Kalau berpeluh tengah panas pun tak payah risau kulit atau mekap nampak tak rata. Cuaca kat Malaysia ni kan panas, jadi kita kenalah cari produk yang waterproof kan. Dan paling best, bila korang dah apply Gold Nano CC Cream, mekap jadi lebih pigmented dan tahan lama.



Selalu bila dah masuk tengahari, mesti kulit akan start berpeluh ataupun berminyak kan? Tapi sejak pakai Gold Nano CC Cream kulit still nampak elok dan tak bercapuk. So tak payah nak touch-up mekap kita sangat. Seronok betul sekarang ni, kalau keluar pegi mana-mana tak payah nak bawak mekap dalam handbag lagi. Kalau tak, beg kakak memang berat dengan barang mekap je.



Tapi jangan risau, ianya mudah ditanggalkan kalau kita nak berwudhu tu. Korang cuma perlu lap dengan tisu basah atau cuci je muka, senang je hilang. Lepas abis solat, boleh pakai balik. Oh ya, Gold Nano CC Cream packaging dia comel dan mudah nak letak dalam handbag. Penutup botol dia jenis "twist-lock" dan takkan mudah terkeluar. Taklah risau beg korang kotor.


So tunggu apa lagi? Korang kena dapatkan dan cuba sendiri Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Kakak yakin korang takkan menyesal cuba. Korang cuma rasa menyesal sebab tak cuba dari dulu lagi.


Untuk info lanjut mengenai produk Hansaegee Nature :







Baca Selanjutnya »

OGAWA Master Drive AI 2.0 | Penyelidikan Bersama OGAWA dan Universiti Malaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


OGAWA bukan lagi 1 jenama asing dalam penghasilan mesin urut elektronik, Sebut je OGAWA mesti ramai yang terbayangkan kerusi urut dia kan? Baru-baru ni OGAWA dengan kerjasama Universiti Malaya telah melakukan penyelidikan terhadap model terbaharunya iaitu OGAWA Master Drive AI 2.0.


Dalam penyelidikan bersama ni, OGAWA Master Drive AI 2.0 didapati mampu membantu meningkatkan peredaran daran dan juga menambahbaikkan kualiti tidur. Zaman serba moden ni, ramai yang terlepas pandang akan kepentingan peredaran darah yang baik dan mendapatkan kualiti tidur yang sempurna.


Menurut Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Ogawa Malaysia, gangguan dalam tidur yang berkualiti boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit seperti hipertensi, diabetis, obesiti kemurungan, serangan jantung dan strok. Selain tu menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan dan gangguan emosi meningkat dari 12% pada tahun 2011 kepada 29% pada tahun 2017.

Kata Datuk Lim lagi "Melalui Pusat Penyelidikan Bersama ini, kami berharap kajian yang dilakukan dapat memberikan manfaat yang lebih mendalam dan meningkatkan lagi proses pengembangan produk, pada masa yang sama dapat mendidik masyarakat umum mengenai manfaat kesihatan yang terdapat pada kerusi urut OGAWA."




OGAWA Malaysia dan Univesiti Malaya menjalankan penyelidikan ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggunakan OGAWA Master Drive AI 2.0. Hasil kajian mendapati 100% peserta menunjukkan peningkatan dalam peredaran darah sebanyak 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M6 Deep Tissue dan 43.48% melalui program Peredaran Darah. Dan 100% peserta mencatatkan peningkatan kualiti tidur iaitu sebanyak 88.73% melaui program Sweet Dream.

Dr. Saad Mekhilef, CEng (UK), SMIEEE (USA), FIET (UK), Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya menyatakan bahawa universiti berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyelidikan untuk tidak hanya menyumbang pengetahuan mereka kepada kajian penting ini yang mungkin berguna untuk kajian masa depan, tetapi untuk membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara keseluruhan dan berpotensi meningkatkan jangka hayat rakyat Malaysia.

Menurut beliau lagi; "Kesejahteraan tidak hanya merangkumi diet yang sihat dan senaman yang konsisten, tetapi urut secara berkala dapat menyumbang lebih banyak pada jiwa manusia - dari membetulkan tekanan postur hingga meningkatkan imuniti. Melalui kajian ini, kami ingin menyampaikan faedah kesihatan utama kerana melakukan urutan biasa dan bagaimana ia harus dianggap penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan - sama ada untuk melegakan sakit otot, mengurangkan tekanan atau bahkan meningkatkan sistem imun anda, urut akan memberi kesan positif memberi kesan kepada kehidupan seharian anda."


Dibangunkan dengan sehingga 5,184 kombinasi urut untuk memberikan penyelesaian kesihatan yang lebih meluas, OGAWA Master Drive AI 2.0 menampilkan Artificial Intelligence (AI) yang canggih termasuk fungsi pengecaman wajah, Health Tracker and Scanner™ dan Penganalisis Automatik Bertenaga AI yang menggunakan algoritma untuk mengumpulkan dan menguruskan data bagi menyesuaikan kerusi urut dengan senarai syor penyelesaian yang diprogramkan tepat pada kawasan bermasalah. Pendek kata, OGAWA Master Drive AI 2.0 akan memberikan urutan mengikut program yang sesuai dengan badan melalui pengecaman wajah dan data yang dimasukkan.


Selain itu, sempena Hari Ibu Bapa, OGAWA juga akan mengadakan promosi khas dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga tempoh 68 bulan untuk produk terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran ini atau OGAWA Malaysia, layari www.ogawaworld.net

Diharapkan dengan adanya hasil kajian yang telah dijalankan oleh OGAWA dan Universiti Malaya akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan urutan dan pada masa yang sama dapat mendidik masyarakat mengenai manfaat kesihatan yang mampu diberikan kerusi urut OGAWA.


email signature
Baca Selanjutnya »