Rentak Selangor 2021

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


SHAH ALAM, 28 February 2021 – Program Rentak Selangor yang telah bermula sejak tahun 2016, bermatlamat menyemarakkan seni, budaya dan warisan dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti di negeri Selangor.


Sekitar penggambaran siaran langsung promosi RENTAK SELANGOR 2021 pada 28 Februari 202 bersama Yang Berhormat Tuan Borhan Bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor.


Di samping itu, program ini diharap dapat memberi santapan minda kepada rakyat negeri Selangor dan khalayak ramai terutama sekali bagi generasi muda yang bakal mewarisi peradaban serta warisan yang kita tinggalkan kepada mereka.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada hari ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia malahan turut serta merubah landskap kehidupan masyarakat. Besar harapan saya agar program seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu artis budaya di Negeri Selangor untuk meneruskan kelangsungan dalam norma baharu.



Tahun ini juga menyaksikan program Rentak Selangor dilaksanakan dalam format baharu, iaitu dalam bentuk rakaman digital dan Live di platform social media, dilaksanakan mengikut garis panduan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan transaksi fizikal. Langkah proaktif ini juga seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk meneroka inisiatif pendigitalan yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat, lebih-lebih lagi buat generasi akan datang.

Program Rentak Selangor menampilkan kepelbagaian seni warisan budaya yang diamalkan oleh komuniti tempatan di negeri Selangor, iaitu komuniti Melayu, Cina, India dan Orang Asal seperti seni muzik cempuling yang telah diiktiraf sebagai identiti negeri Selangor, angklong, Gordang 9 dan seni tarian singa.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Behormat Tuan Borhan Aman Shah berkata, program Rentak Selangor buat julung kalinya dianjurkan secara digital pada hari ini.

Jelasnya, usaha itu dijalankan bagi membantu mempromosi kepelbagaian seni dan budaya Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semoga kita sama-sama menghayati, menikmati, dan meraikan seni warisan budaya kita.

Video rakaman program Rentak Selangor boleh mula ditonton di saluran Facebook rasmi Rentak Selangor di pautan : 

https://www.facebook.com/rentakselangormy/videos/970079740190547

https://www.youtube.com/watch?v=e_gijr7IEmM&list=UUmr6LtzyYlxUdd6XJl1WBwQ& index=1

Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyemarakkan seni dan budaya dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni dari pelbagai komuniti di Negeri Selangor seterusnya menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi seni, budaya dan warisan negara.

email signature

1 ulasan

  1. Hye ayu! wah, kita suka laa dengan penulisan ayu ni...

    BalasPadam