ASSALAMUALAIKUM DAN SALA SEJAHTERA
27 hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Orang kata masa ni lah masa dan bulan yang terbaik untuk kita kejar pahala berlipat kali ganda. So kakak nak kongsikan dengan korang Projek Infaq Ramadhan 2021 bersama Dapur LAPOWEY.
Sekarang ni, banyak SOP yang perlu kita patuhi dan pergerakan agak terbatas. Jadi pihak Dapur LAPOWEY mengambil inisiatif untuk buat Projek Infaq Ramdhan 2021 bagi memudahkan mana-mana badan korporat ataupun individu yang berniat untuk bersedekah dan infaq makanan kepada badan kebajikan ataupun para frontliner yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan.
Kita ni kalau nak bagi orang makan mestilah nak bagi sajian yang terbaik kan? Kakak memang recommend sajian dari Dapur LAPOWEY. Makanan yang disajikan memang sedap dan terbaik. Kakak sendiri dah merasa sendiri masakan mereka. Alhamdulillah, sedap!
Menu pilihan kakak set Daging Salai Gomonceh dan Set Ayam Percik. Daging dan ayam empuk dan perapan sempurna. Masak lemak daging salai dia pulak cukup rasa pedasnya. Okay sangat dan tak terlalu pedas.
Terdapat 6 pilihan makan yang boleh korang pilih, setiap sajian tu didatang dengan nasi putih, lauk pilihan, sayur, kurma dan sebotol ar mineral. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan bersesuaian dengan portion makanan yang dihidangkan.
Macam mana nak menyertai Projek Infaq Ramadhan 2021 bersama Dapur LAPOWEY?
- Pilih menu makanan dari 6 menu yang ingin di'infaq
- Buat tempahan minima 100 pax ataupun bahagiakan kepada 2 bahagian iaitu 50pax setiap satu bahagian
- Dan nyatakan lokasi penghantaran
Selepas itu, pihak Dapur LAPOWEY akan memasak menu makanan dan membuat penghantaran kepada badan kebajikan, lokasi pilihan penderma itu. Yang bestnya, penghantaran di sekitar LEMBAH KLANG adalah PERCUMA. Bagi mereka yang berniat untuk infaq luar kawasan Lembah Klang pula, korang boleh berbincang dengan pihak Dapur LAPOWEY.
Selepas setiap penghantaran, Dapur LAPOWEY akan memuatnaik bukti kepada penderma di media sosial tanpa mendedahkan maklumat penderma. Alhamdulillah, mudah kan nak ber'infaq dengan Projek Infaq Ramadhan 2021 bersama Dapur LAPOWEY.
Apa tunggu lagi? Buat tempahan Infaq Ramadhan korang sekarang.. Kalau ada bos-bos yang nak jamu pekerja pun boleh order dengan Dapur LAPOWEY. Info lanjut :
Website : https://www.lapowey.com/
Facebook : Lapo Wey
Instagram : https://instagram.com/lapo_wey
Office : 03-77341278
Call/Wasap Person Incharge :
P/s : Tak Sabar nak tunggu Ramadhan 2021
Insyaallah... Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰
BalasPadamsedapnya tgk menu.. jd lapo ngk nye.. barulah penderma yakin nak infaq untuk ramadhan nie..
BalasPadam