ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Sekejap je masa berlalu, kita dah masuk ke tahun baru 2021. 2020 banyak perkara yang terjadi. Dengan pandemik Covid-19 yang semakin mengganas dan pelbagai lagi kejadian kan?
2020 juga merupakan tahun yang memberi kesan kepada ramai orang kan? Ada yang diberhentikan keje sekaligus hilang punca pendapatan. Kakak harap korang semua baik-baik je dalam menangani tahun yang penuh cabaran.
Dikesempatan ni kakak nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 buat semua pembaca blog kakak, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Apa azam korang untuk tahun ni?
Kakak? Takde la nak berazam apa-apa, cuma harapnya tahun ni tahun last kakak membujang! Hahahahahha. Bagi rakan-rakan yang dah selamat menamatkan zaman bujang, Alhamdulillah. Tahniah kakak ucapkan, maaf kakak tak dapat hadir majlis korang. Sekarang kakak tengah on trip, nak jana sikit pendapatan orang-orang didalam industri perlancongan.
Semoga berjumpa lagi. 2021 buka lembaran baru dan biarkan yang lama berlalu menjadi kenangan, yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan.
selamat tahun baru 2021 ayue..:)
BalasPadam