Kita Ke Kampung 2.0 | Aktiviti Budak Bandar Masuk Kampung!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kakak dilahirkan dan membesar di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, nak merasa suasana kampung tu memang susah. Paling tidak pun sekadar main-main dalam longkang je. Mana cukup kampung kan? Kalau balik kampung pun dah tak merasa macam kat kampung sebabnya, kampung kakak pun dalam kawasan bandar! Hahahaha.



Dalam entri kali ni kakak nak kongsi dengan korang aktiviti budak bandar masuk kampung sepanjang program Kita Ke Kampung 2.0. Kalau korang belum baca entri kakak sebelum ni, klik sini.

Kampung memang best, permainan dia pun kebanyakannya sangat simple tapi dia punya fun, eh susah nak cite! Masa kakak kat sini, mengalahkan bebudak dah rasa. nak pulak masa aktiviti tangkap ikan! Tak puas rasanya berkubang. Hahahahahaha.

PERMAINAN KAMPUNG

Bowling Kelapa



Korang ingat senang ke nak main bowling kelapa ni? Mencabar dan menguji minda okay. Yelah, bentuk buah kelapa tu kan macam-macam, mana mau nye nak bergolek lurus macam kat pusat bowling tu. Kakak cuba 3 kali, hasil dia 1 pun tak kena! Hahahahaha. Riuh rendah semua orang masa duk main game ni, tak puas hati bila cuba berkali-kali pun masuk ke longkang!

Membuat Trumpet


Selain buah kelapa dijadikan bola bowling, daun kelapa pun ada kegunaannya tau. Bukan setakat boleh buat sarung ketupat, tapi boleh dijadikan trumpet. Tapi nak gulung daun kelapa tu pun ada caranya, tersilap sikit je alamatnya tak berbunyilah trumpet korang. Sampai kesudah tiup pun tak boleh okay! Hahahahaha. Kakak punya pun memula tak jadi, bila dah jadi eksyen pulak dengan orang lain. Bila semua orang dah siap trumpet masing-masing, haru-biru jadinya dewan malam tu! Hahahahahha.


Pertandingan Membuat Orang-Orang

Kat area Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam memang banyak kawasan sawah padi, jadinya orang-orang kat tengah sawah tu bukan pemandangan luar biasa. Tapi penah tak korang buat orang-orang tu sendiri? So kami diberi sedikit penerangan mengenai orang-orang dan cara membuatnya.



Orang-orang digunakan untuk menakutkan burung daripada merosakkan hasil tanaman padi. Orang-orang selalunya dibuat dengan menampakkan ianya menyeramkan. Tapi sampai kat kitorang, macam-macam bentuk orang-orang muncul! Hahahahahha. Seronok sangat sesi ni. Korang rasa orang-orang group kakak yang mana satu?




Mengail di Tali Air

Kalau korang nak tau, kakak ni spesis yang takde kesabaran ye. Jadinya aktiviti mengail kat tali air ni bukanlah sesuatu yang kakak rasa seronok. Yelah kena tunggu ikan tu makan umpan kita, bercinta oi!


Tapi kan, mengail kat tali air Kampung Parit 2 ni jadi seronok pulak. Sebabnya, kakak tak payah nak tunggu lama-lama, kejap-kejap rasa tali pancing tu kena tarik. Kat sini tak payah nak pakai pancing Abu Garcia ye, pakai batang buluh dengan tali tangsi je dah cukup. Kelakarnya, bila dah dapat ikan sorang pun tak ta umacam mana nak kuarkan mata kail dari mulut ikan. Yelah, dapat ikan keli kot. Silap cara mau kena sengat walaupun kakak sekadar dapat anak ikan! Hahahhahahahah. Nasib Wak lalu, Wak la penyelamat kitorang dan anak ikan tu.



Mengagau Ikan!

Ni antara aktiviti paling seronok sepanjang kakak di Kampung Parit 2! Berkubang dalam plot sawah sambil tangan mengagau ikan kat dalam lumpur tu. Pengalaman ni kakak rasa tak dapat kat memana, dalam program Kita Ke Kampung 2.0 ni la kakak dapat merasa!


Masa mula-mula masuk dalam plot sawah tu semua macam takut baju kotor la, geli bila ikan tu berenang-renang celah kaki la. Tapi kan, bila dah dapat tangkap ikan tu, hilang semua rasa. Siap ada yang berenang lagi dalam plot sawah tu! Hahahahahahaha. Dah tak heran baju kotor, muka comot bagai, nampak je bayang ikan semua pegi terpa macam nak bunuh ikan tu! Penyudahnya ikan yang takut. Hehehehehe.


Sebenarnya nak tangkap ikan ni ada tips dan cara dia, masa air tengah tinggi tu memang korang takkan dapat la nak tangkap ikan tu, tunggu air dah surut sikit baru la korang tangkap ikan tu. Cara nak pegang pulak, korang kena tangkap bahagian kepala ikan tu. Kalau korang pegang kat badan dia memang ikan tu confirm terlepas! Badan dia kan licin.


Korang jangan tak percaya, kakak peserta perempuan yang dapat tangkap ikan paling banyak tau! Taklah banyak mana, 6 ekor je. Jadilah kan? Hahahahaha. Kalau ikutkan, kakak nak berkubang sampai ke petang okay! Oh ya, masa kakak post gambar kat media sosial kan ramai yang tanya, ikan tu tak sengat ke? Jawapannya tak, sebab ikan tu semua dah dibuang sengat! Hahahahhaa. kalau masih ada sengat. mau budak bandar ni semua balik bengkak-bengkak tangan.



Lepas habis berkubang dalam plot sawah, sempat pulak berendam dalam tali air. Dasar budak bandar! Orang kampung layankan je la. Hahahaha




TARIAN TRADISI DAN KEBUDAYAAN

Silat, Tarian Kuda Kepang dan Barongan

Semasa malam pelancaran program Kita Ke Kampung 2.0, kami dipersembahkan dengan silat, tarian kuda kepang dan barongan. Kakak percaya, sekarang ni ramai anak muda dah tak berapa mengenali tradisi dan kebudayaan ni. Masa program ni, kakak rasa bangga sangat sebab disini masih mengekalkan tradisi dan budaya. Dan kakak bangga juga sebab menjadi salah seorang yang masih boleh melihat sendiri persembahan kebudayaan yang makin ditelan dek zaman.


Tarian Kuda Kepang dan Barongan ni bukan sembarangan orang boleh lakukan. Katanya, semangat kuda kepang ni lain. Wallahualam. Tapi kakak amik pengalaman ni untuk dijadikan ilmu pengetahuan. Sebenarnya bila tengok persembahan kuda kepang yang betul tu, terasa seram jugak. Dalam masa yang sama, kakak teruja! Belum penah lagi kakak tengok persembahan yang betul depan mata. Inilah pertama kali.


Best tak? Kalau korang nak merasa duduk kat kampung, korang boleh berkunjung ke Kampung Parit 2 ataupun Dorani Homestay ni, seronok dia tak boleh digambarkan hanya dengan membaca entri ni. Korang kena amik pengalaman sendiri baru best!

Apapun terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Kita Ke Kampung 2.0 iaitu Gaya Travel, Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dengan anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Desa & Kampung Tradisi Negeri Selangor, bersama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKN).

Harapnya tak serik nak jemput kakak lagi!

Baca Selanjutnya »

Rawatan PRP Di Dr Chong Clinic, Kepong


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kekerapan pakai mask membuatkan kulit kakak naik jerawat teruk terutamanya bahagian pipi dan dagu, kalau dulu nak naik jerawat pun susah. Sekarang ni bila dah naik jerawat, dia punya nak hilang tu punyalah payah! Stress jadinya.



Baru ni kakak berkesempatan ke Dr Chong Clinic cawangan Kepong untuk membuat rawatan PRP. Seperti biasa, sebelum melakukan apa-apa rawatan, doktor akan menganalisa kulit kita dan mencadangkan rawatan yang sesuai dengan keadaan kulit. Macam AJ, kulit jenis normal tapi sedikit kering, sebab tu jerawat senang naik kat pipi tu. Doktor juga akan menerangkan serba ringkas kesan rawatan yang akan dilakukan. Jangan risau, kesan tu selalunya hanya untuk beberapa hari je sekiranya ada.



PRP merupakan Platelet-Rich Plasma iaitu rawatan yang juga dikenali sebagai Vampire Blood. Cara rawatan ni adalah doktor akan mengambil sel darah kita dan membuang sel darah merah. Darah yang telah diasingkan sel darah merah tu akan disuntik kembali dalam kulit untuk memperbaharui struktur kulit kita.



Sebelum membuat rawatan, kulit muka kakak dibersihkan dari segala kotoran dan kesan mekap, kemudiannya, numb cream diratakan selama lebih kurang 25-30 minit untuk bagi kulit kita kebas. Disebabkan rawatan PRP ni menggunakan kaedah jarum, numb cream diperlukan untuk mengurangkan rasa sakit. Tapi sebenarnya tak sakit pun, rasa macam kena gigit semut je.


Lepas tu, rawatam PRP dimulakan. Rawatan ni tak memakan masa yang lama pun, sekejap je dah siap. Lepas korang buat rawatan PRP biasanya kulit akan nampak kesan keradangan dan sedikit merah, tapi sekejap je. Hasil daripada rawatan PRP ni akan nampak selepas beberapa hari. Kulit akan jadi lebih cerah dan glowing!



Kakak suka sangat buat rawatan kat Dr Chong Clinic kerana semua prosedur rawatan dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Staff dekat situ pun semuanya friendly, korang takkan rasa tak selesa punya kat situ okay! Selain tu Dr Chong Clinic sangat bersih dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan!



Sekarang ni adalah waktu yang sesuai untuk korang buat apa-apa sahaja rawatan dekat Dr Chong Clinic sebab mereka tengah mengadakan promosi sempena ulang tahun ke-4! Dan korang juga berpeluang memenangi sebuah Proton Saga serta hadiah bernilai sehingga RM 100,000 tau!


So tunggu apa lagi? Inilah masanya korang nak mencantikkan kulit dan maintain keremajaan! Dapatkan rawatan di mana-mana cawangan Dr Chong Clinic di bawah :

➤ Dr Chong Clinic (Kepong)⁠
03-6179 3157 / 018-473 8818⁠ (call & whatsapp)
37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur

➤ Dr Chong Clinic HQ (Kepong)⁠
03-6179 3157 / 018-473 8818⁠
37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur⁠

➤ Dr Chong Clinic (TTDI)
03-77336002 / 011-27288188
14 & 16, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
➤ Dr Chong Clinic (Shah Alam)⁠
03-5524 3083 / 018-471 0988⁠
F-G-33, Jalan Ikthisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor⁠

➤ Dr Chong Clinic (Johor Bahru)⁠
07-559 6110 / 011-5636 6110⁠
49, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150 Iskandar Puteri, Johor Bahru





Info lanjut :

➤ General Customer Service Line (Appointment) : +6 018-2528088
➤ Websites: https://www.drchongclinic.com/
➤ Facebook: https://www.facebook.com/drchongclinic/
➤ Instagram: @drchongclinic 
➤ Youtube Channel: Dr Chong Clinic – Skin & Lasers Center
➤ Email Address: enquiry@drchongclinic.com

Terima kasih Dr Chong Clinic!

email signature


Baca Selanjutnya »

Kita Ke Kampung 2.0 | Pengalaman Berkampung, Masakan Tradisi dan Port Bergambar di Selangor

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pada 11 September 2020 sehingga 14 September 2020 lepas, kakak join program Kita Ke Kampung 2.0. Program selama 4 hari 3 malam ni membuatkan kakak kau ni berkampung di Selangor. Lebih tepat di sekitar Sabak Bernam, Sekinchan dan Sungai Besar. Banyak aktiviti menarik yang kitorang buat sepanjang berada kat sini dan makanan pun sedap-sedap okay! Lauk kampung ni jarang la tak sedap.



Untuk entri kali ni, kakak nak cerita pasal makanan dan port-port amik gambar cun yang boleh korang singgah jika ke Selangor. Sepanjang program Kita Ke Kampung 2.0, kami semua tak sempat nak lapar. Ada je makanan sedap yang dihidangkan. Ada yang kakak penah makan dan ada juga yang baru merasa. Jujurnya, semua makanan tak pernah mengecewakan. Alhamdulillah.

DEMO MASAKAN TRADISI DAN KUIH MUIH TRADISIONAL DI KAMPUNG PARIT 2 @ DORANI HOMESTAY

Sambal Taun oleh Wak Yatim

Sambal Taun merupakan makanan bagi Orang Jawa. Kakak biasa dengar tapi tak penah tengok cara masak dan tak penah rasa lagi keenakan dia. Makanan ni dinamakan Sambal Taun kerana menurut Wak, ianya boleh disimpan dan bertahan selama setahun. Yelah, orang dulu mana nak ada peti sejuk. Tapi ada cara dia nak bagi tahan lama tau! Masa masak tu, korang jangan letak santan dulu. Bila nak makan baru letak santan kat lauk korang. So lauk yang tinggal tu boleh disimpan dan perlu dipanaskan setiap hari untuk tahan lama.


Antara bahan utama yang digunakan untuk memasak Sambal Taun ialah bawang merah, bawang putih, cili api, lengkuas, asam keping, udang kering, bahan perasa dan santan. Untuk isi Sambal Taun pulak, korang boleh guna kulit lembu, perut, kerang. Pendek kata, apa sahaja bahan makanan yang liat boleh digunakan sebab ianya boleh bertahan dan tak lebur dalam sambal. Masa demo ni, Wak Yatim gunakan kulit lembu. Ya ampunnnnnn, sedap gila!




Sambal Bilis Hijau dan Kuah Pecel Lele oleh Wak Yatim

Kali ni Wak Yatim nak buat demo 2 lagi masakan iaitu sambal bilis hijau dan kuah pecel lele. Wak Yatim ni memang terror masak, insecure kakak tau! Hehehehe. Sambal bilis hijau memang semua orang tau, masakan ni terkenal dikalangan masyarakat Jawa. Kalau korang pegi makan ayam penyet ke, mesti ada sambal hijau ni kan?



Bahan utama yang digunakan ialah bawang merah, bawang putih, halia, cili api merah dan hijau yang telah dikisar serta ikan bilis, asam keping, garam. Cara nak masak pulak, masukkan semua bahan dan kacau sehingga sambal kering. Kata orang, sambal hijau ni kena pedas baru umppph! Tapi sambal bilis hijau Wak Yatim ni memang pedas gila, tapi tak boleh benti makan pulak. Acano??? Hahahaha.



Untuk kuah pecel lele pulak, bahan yang digunakan ialah santan, cili api, bawang merah, bawang putih, halia dan ubi cekur yang dikisar, udang kering,asam keping, garam dan daun cekur. Semua bahan ni dicampurkan dan dikacau supaya tak pecah minya. Agak-agak dah agak pekat, boleh tutup api. Nak padankan kuah pecel lelel ni, korang boleh salaikan ikan keli, ikan pari ataupun apa-apa je yang korang suka, lepas tu curahkan kuah. Perghhhh! Sebabkan kakak kau ni tak makan ikan, kakak makan kuah je, sedap yakmat!




Ketiwol oleh Mak Iti

Ketiwol ni merupakan salah 1 kuih yang terkenal suatu ketika dulu. Menurut Mak Iti dulu ramai hidup susah, mana ada makan nasi selalu. Jadinya, makanan yang berasaskan ubi kayu ni menjadi makanan ruji mereka. Untuk buat ketiwol ni, bahannya ialah ubi kayu yang dijemur selama lebih kurang 2-3 hari dan ditumbuk halus, kelapa, garam dan sedikit air. Selepas tu, serbuk ubi kayu digaulkan dengan air dan dikukus dalam 15 minit. Masa nak makan tu gaulkan ketiwol dengan kelapa dan garam.



Getok Ubi dan Lemper oleh Makcik Mis

Getok Ubi ni memang kita selalu jumpa, kalau korang makan mesti tau apa dia, tak salah kakak dipanggil bangkit ubi jugak. Kali ni kakak nak kongsikan dengan korang cara membuat 2 lagi kuih tradisional oleh Makcik Mis. Bahan utama ubi kayu rebus, kelapa dan garam. Cara buat dia pun mudah sangat campurkan kesemua bahan dan ketuk sampai lenyek lepas tu koramg boleh kepal-kepalkan dan terus makan ataupun nak goreng dulu pun boleh. Sebab tu la dipanggil getuk ubi, sebab nak buat tu kene ketuk-ketuk!


Selepas tu lemper, dia macam ala-ala nasi lemak or pulut je. Dimakan dengan sambal hijau, perghhh! Lemper ni memang simple, tapi rasa dia kayangan okay!




Pengalaman uli roti canai sendiri

Kalau korang rasa buat roti canai tu senang, korang SILAP! Kakak dah try sendiri okay, susah rupanya nak canai roti tu walaupun nampak senang. Masa sesi ni, galak masing-masing gelakkan orang lain. Bila buat sendiri, baru tau macam mana perasaan dia! Hahahahahhaha. Macam-macam bentuk roti canai jadi! Lawak!



PORT MAKAN DAN BERGAMBAR MENARIK

One-Stop Corn (Ladang Jagung)


Ladang jagung yang terletak di Parit 10, Kampung Pasir Panjang diusahakan oleh masyarakat setempat dan berkeluasan lebih kurang 100 hektar. Kalau korang lalu kat Sekinchan, Sabak Bernam tu boleh nampak ramai yang menjual jagung, selain tu hasil tanaman jagung ni juga dibekalkan ke sekitar Lembah Klang.




Jagung merupakan tanaman kontan dan boleh dituai selepas 60 ke 70 hari. Benih jagung disini jenis jagung manis biasanya diimport dari Taiwan, China ataupun Thailand. Masa lawatan kat sini, kami berpeluang merasa sendiri cekodok, lepat dan jagung rebus serta air jagung fresh dari ladang. Memang manis! 

Paling best, kami berpeluang memetik sendiri hasil tanaman jagung di One-Stop Corn! Dan yang buatkan lawatan ke ladang jagung ni lagi menarik bila korang boleh bergambar di dalam ladang jagung. Hasil gambar kat situ memang terbaik! Tapi kenalah hati-hati takut kena gigit haiwan atau serangga pulak dalam duk ralit bergambar tu! Hihihihih. Lepas tu pulak, ladang ni bersebelahan sawah padi, lagi sakan la!




Laman Tebu Aidil

Baru dibuka selepas PKP dan dah viral pun tau! Sebab tempatnya memang unik dikelilingi pokok tebu dan orkid. Disini juga unik kerana adanya "Mahaguru Bonzai" yang merupakan satu-satunya pakar tanaman bonzai di Sungai Besar. YB Puan Hajah Rodziah Ismail juga turut sama hadir untuk memberikan sumbangan dan melihat sendiri hasil pengukiran pokok bonzai yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit.




Makanan di Laman Tebu Aidil memang sedap, ada laksa, nasi lemak, ayam madu dan lontong kuah kacang. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Air tebu pulak manis gila! Dah tak payah letak gula tambahan. Memang puas hati makan kat sini. Kalau korang ke sini, jangan lupa ootd. Sini port ootd memang cun okay!



Oh ya, Laman Tebu Aidil dibuka dari 2 petang sampai 7 malam, tapi baik datang awal sebab selalunya makanan memang abis cepat!

Lawatan ke Nandong Nata De Coco


Terletak di Sungai Besar  merupakan salah sebuah kilang yang mengeluarkan produk Nata De Coco dengan pelbagai jenis perisa seperti Laici, Mangga, Epal, Strawberry dan sebagainya. Kalau korang nak cari produk Nata De Coco untuk pelbagai majlis boleh ke Sungai Besar je. Harga yang ditawarkan pun agak berpatutan. Sedikit info, kilang Nandong Nata De Coco mula beroperasi pada tahun 1998 dan diusahakan oleh Encik Masduki Bin Mohfot. Selain tu juga, korang boleh dapatkan virgin coconut oil okay!




Pasar Jerami Ban Kenal

Dah alang-alang berada di Sungai Besar, jangan lupa singgah bergambar di monumen Sungai Besar okay. 



Sepanjang 4 hari ni, kami menginap di A+ Boutique Hotel yang terletak di Sekinchan. Alhamdulillah, hotel ni selesa dan bersih walaupun taklah besar mana. Dilengkapi dengan kemudahan air panas, cerek elektrik dan peti sejuk.



Tunggu entri seterusnya okay! Banyak aktiviti menarik lagi yang kakak nak kongsikan dengan korang tau.

Baca Selanjutnya »