ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Jom ke Maran! - Pestime AJ menjelajah area Maran, rupanya banyak juga tempat-tempat menarik di Maran yang boleh dikunjungi bersama keluarga. Maran terletak di bahagian Timur Malaysia, di Negeri Pahang memakan masa lebih kurang 2 jam setengah dari Kuala Lumpur. Dekat je!
Bersempena Lawatan Pelancongan Daerah Maran Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang baru-baru ni, AJ dapat melihat sendiri keindahan dan keunikan Maran serta produk-produk yang diusahakan oleh masyarakat setempat.
Destinasi pertama kami ialah Laman Qalbu, disini kami berpeluang melihat demonstrasi membuat makanan tradisional seperti Sambal Botok, Kuih Badak Kubang dan Kuih Pena. Jangan salah faham tau, sambal botok takkan membuatkan kulit korang anjal tapi akan membuatkan perut korang kenyang! Selain tu ada demonstrasi membuat ikan pekasam. Haaa, ikan pekasam Pahang dan Utara ni lain tau, tapi diorang kata rasanya lebih kurang sama dan memang sedap. Tang ni, tak boleh nak komen la. AJ tak makan ikan! 😅
Seterusnya kami ke Galeri M Warna yang terletak di Kampung Sentosa. Galeri ni diusahakan oleh Encik Zakaria Adam atau Aboh. Hasil seni kat sini memang unik sebab kebanyakkan lukisannya berunsurkan periuk kera sehinggakan beliau digelar Master of Pitcher.
Menurut Aboh, periuk kera ini dijadikan sebagai ilham untuk berkarya kerana periuk kera dikatakan sebagai tumbuhan pemangsa tetapi sebenarnya ia hanya bertindak sebegitu apabila diganggu. Selain itu ia tidak bersikap hipokrit, tidak pernah berpura-pura mahupun menyamar seperti sesumpah dan sentiasa menjadi diri sendiri.
Tambah Aboh lagi, periuk kera seperti orang Melayu. Datanglah sesiapa pun, kalau diganggu mereka masih bertahan disitu. Haaaa, mendalam kan maksudnya?
Kalau korang ke Maran, kena singgah di Galeri M Warna okay. Dibuka bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Selepas tu kami ke Galeri Tokoh dan Galeri 3D Maran. Galeri Tokoh ni mempamerkan anak-anak jati kelahiran Maran yang telah berjaya dalam pelbagai bidang antaranya politik, seni dan juga sukan. Barulah tau ramai tokoh kelahiran Maran ni antaranya penyanyi Juliza Adlizan, Anis Salwa dan pemain bola sepak Muhamad Farizal. Kenal ke idok? Tak kenal kena pegi Galeri Tokoh Maran la!
Di tingkat 1 pula terletak Galeri 3D yang mempunyai pelbagai lakaran unik untuk korang bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan. Unik okay! Merasa AJ naik bas ekspress Maran tau. Hehehehehe.
Waktu operasi :
Setiap hari (kecuali Jumaat)
9.30 pagi hingga 5.30 petang
Bayaran masuk :
RM 8 (Dewasa)
RM 5 (Kanak-kanak bawah 12 tahun, Warga Emas & OKU)
RM 10 (Warga Asing)
Kami juga dibawa ke Maran Hill Golf Resort, disini ada 18 lubang dengan 20 buah buggy untuk pemain golf disediakan. Ada juga kemudahan 12 buah bilik untuk disewa serta pelbagai kemudahan lain seperti kafeteria dan sebagainya. Selain daripada bermain golf, korang boleh menikmati pemandangan Maran dari atas bukit. Memang cantik sangat, saujana mata memandang.
Kami juga berkesempatan berkunjung ke Kampung Keramat untuk melihat sendiri sumber mata air yang telah ditemui dari tahun 1987. Kat sini terdapat hasil madu kelulut dan juga produk-produk berasaskan madu lebah. Best!
Haaa, part yang paling best di Maran ialah banyak kawasan riadah untuk korang bersantai! Kami berkesempatan berkunjung di Air Terjun Teladas 7 yang terletak lebih kurang 2km dari bandar Maran. Air terjun kat sini memang best dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, tempat persalinan dan juga dewan. Terdapat jambatan gantung untuk korang merentasi sungai. Ehem! Nak ootd pun cun wooo!
Seterusnya kami ke Taman Rekreasi Che Minah Sayang. Sampai sini mengigil-gigil kaki AJ nak terjun dalam sungai tu tau! Nasib tak bawak baju spare, kalau tak AJ pun dah join pengunjung kat situ mandi manda. Kat sini korang boleh berkelah dengan keluarga. Air kat sini takde la sejuk sangat, tapi rasa segar je tau. Kalau datang sini korang boleh sewa gazebo dan kalau tak sempat nak masak ke, jangan risau sebab terdapat gerai-gerai menjual makanan juga. Kalau korang taknak mandi. Ada sudut membaca mini juga okay!
Dan destinasi terakhir kami semasa berkunjung ke Maran ialah Taman Eko Rimba Lubuk Yu yang terletak di Kuala Sentul lebih kurang 15km dari bandar Maran. Sampai sini AJ terpegun sangat dengan keindahan Lubuk Yu, air dia hijau, biru. Subhanallah. AJ boleh katakan, Lubuk Yu ni memang "worldclass".
Kemudahan yang disediakan kat sini pun selesa dan bersih. Terdapat surau yang luas, tandas awam yang bersih, bilik persalinan yang selesa dan kawasan yang cantik. Kat Lubuk Yu ni la pestime AJ dapat rasa buah perah. Ya ampun.... Sedapnya, rasa dia lemak-lemak pahit. Berbiji-biji buah perah AJ makan tau, yelah kat KL mana nak dapat? Heheheheh.
Selain mandi-manda, korang boleh berkayak kat Lubuk Yu. Nampak enjoy sangat! Nasib la takde baju spare, kalau tak memang AJ dah join berkayak dah. Oh ya, dalam Lubuk Yu, ada ikan kelah tau. Korang boleh bagi ikan-ikan ni makan, besar-besar weh! Tapi, jangan pulak berani nak pancing ye, korang akan didenda kalau ditangkap. Tak salah AJ seekor ikan boleh kena denda sehingga RM 10,000 okay!
Setiap tahun, Taman Rimba Eko Lubuk Yu akan menganjurkan Hammock gathering. Untuk tahun 2020, masih lagi dalam perancangan. Best gila kalau dapat join kan?
Nampaknya, masa pun semakin mencemburui. Lewat petang kami bergerak meninggalkan bumi Maran. Memang banyak kawasan menarik kat sini, InsyaAllah nanti AJ nak ajak kawan-kawan lain beriadah kat Maran ni lama sikit. So kalau korang tak tau nak beriadah kat mana, jom ke Maran! Tak jauh dari ibukota Kuala Lumpur dan menarik!
Terima kasih Tourism Pahang, Majlis Daerah Maran dan mereka yang terlibat dalam menjayakan program Lawatan Pelancongan Daerah Maran Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang. Memang 1 pengalaman yang menarik untuk AJ ❤️.
cantik2 tempat kat Maran ni yee
BalasPadam