ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Baru ni AJ join The Butterfly Project Malaysia X Dolly Wink Christmas Party di Kakiyuki Mont Kiara. Bile Mamasan jemput untuk join party ni sape je yang tak excited kan?
Kalau korang dah biasa dengan The Butterfly Project Malaysia, mesti tau Mamasan dan team selalu akan buat party bertema yang comel-comel. Untuk Christmas Party kali ni, ukami semua kena pakai something yang bertemakan Japanese! Kawaii okay. Tapi kali ni, AJ tak berapa nak ikut tema sebabnya AJ baru balik trip, tak sempat nak cari baju... Hehehhee.
Acara kali ni diadakan di Kakiyuki terletak di 163 Retail Park, Mont Kiara yang terkenal dengan Japanese Shaved Ice. Kenalah dengan tema party kita kan? Dessert yang disediakan disini sedap gile tau, AJ paling suka green tea cake dia, tak terlalu manis, creamy dan lembut! Sempena Christmas, shaved ice pun dibentuk ala-ala hias pokok krismas. So kawaii!
Kali ni, The Butterfly Project Malaysia berkolaborasi dengan Dolly Wink, 1 jenama yang tak asing lagi dalam dunia kosmetik. Paling terkenal dah semestinya lashes yang nampak lebih natural dan selesa. Bersempena ulangtahun ke-10 Dolly Wink, kami berpeluang mencuba sendiri rangkaian terbaharu bulu mata dari Dolly Wink.
Seperti biasa, macam-macam aktiviti yang diadakan untuk kami. Antaranya pertandingan mekap mata dengan memakai produk Dolly Wink dan bulu mata terbaru Dolly Wink. Sumpah weh! Bile pakai je bulu mata dia langsung tak terasa mata kite berat. Bulu mata pun natural je, bile sekali tengok macam korang tak pakai lashes langsung. So natural!
Cara penggunaan pun mudah, dalam setiap 1 kotak lashes tu ada disediakan gam bulu mata. So, kalau korang terlupa bawak gam pun takpe. Nak apply kat mata pun senang je, keluarkan bulu mata, sapukan gam dan lekatkan pada mata ikut keselesaan korang. Cepat dan mudah, on the go pun boleh!
Kemuncak acara, pengumuman untuk mekap terbaik dan best dressed! Tahniah kepada semua pemenang! Korang memang sporting habis!
Last but not least, kalau korang nak dapatkan produk-produk mekap boleh la download 4allbeauty apps. Korang akan dapat RM10 ringgit voucher diskaun masa download tu, bolehlah gunakan untuk beli produk dari apps. Jimat kan? Paling best, semuanya original!
Kalau korang nak cuba sendiri Dolly Wink lashes, dapatkan secara online di www.4allbeauty.com ataupun Sasa stores.
FB: https://www.facebook.com/DollywinkMalaysia/
Instagram @kojihonpomy
#kojihonpomy #dollywink #easylash #butterflymsia
FB: https://www.facebook.com/DollywinkMalaysia/
Instagram @kojihonpomy
#kojihonpomy #dollywink #easylash #butterflymsia
Tiada ulasan