ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Mana dia penggemar Marrybrown? AJ nak kongsi dengan korang berita baik ni. Sempena sambutan ulangtahun Marrybrown yang ke-38, Marrybrown menganjurkan peraduan Makan dan Menang KAW KAW bermula dari 29 November 2019 yang lepas sehingga 12 Januari 2020 nanti. Jap lagi AJ cerita lebih lanjut!
AJ ni kalau ke Marrybrown, bubur ayam dia memang selalu jadi pilihan tau. Portion dia memang besar dan harga sangat berpatutan untuk setiap 1 set. Selain tu ayam goreng dan burger Marrybrown pun tak kurang hebat. Kadang tu bila ke Marrybrown rasa macam nak order semua makanan yang ada. Tapi sorang mana boleh habis! Huhuhuhuhuhu.
So haritu AJ dan beberapa orang geng kaki makan dah terjah Marrybrown IOI Mall untuk dapatkan kupon. Dengan setiap pembelian makanan bernilai RM 25, korang layak mendapatkan 1 kupon. Lagi banyak kupon yang korang kumpul, lagi besar dan kaw kaw korang boleh menang!
Hadiah yang ditawarkan melalui peraduan ni pun kaw kaw punya, secara keseluruhannya bernilai sehingga RM380,000 okay! Hadiah utama yang ditawarkan merupakan sebuah kereta Proton X70! Bukan tu sahaja terdapat wang tunai RM10,000, RM500, RM50, Smart TV, telefon bimbit serta banyak lagi untuk dimenangi.
Macam mana nak menyertai Makan dan Menang KAW KAW di Marrybrown ni?
- Buat pembelian minimum RM25 di mana-mana outlet Marrybrown (jangan lupa untuk simpan resit tau).
- Dapatkan kupon peraduan dengan kod unik.
- Masukkan kod unik anda di laman web: https://marrybrown.com/contest/
- Hantar!
*Tertakluk kepada terma dan syarat: http://bit.ly/37LecoH
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari https://marrybrown.com/contest/
So apa tunggu lagi? Ajaklah keluarga dan rakan-rakan terjah Marrybrown sekarang. Lagi banyak korang order, lagi besar peluang untuk menang! So okaylah korang, nak gi terjah Marrybrown kejap. Byeeee...
bagus ni..:)
BalasPadam