50,000 Sarapan Pagi dengan Susu Dutch Lady dan Sereal Kellogg's

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sarapan pagi memang bagus untuk semua orang sebab tu kita tak digalakkan untuk skip breakfast. Selain baik untuk kesihatan, sarapan pagi buatkan permulaan hari kita lebih segar dan bertenaga.



Baru ni AJ sempat ke LRT Ampang Park sebab Dutch Lady ada buat pengagihan 50,000 sarapan pagi untuk pengguna LRT. Bukan sikit jumlah yang diagihkan tu. So AJ pun tak nak la lepaskan peluang, memandangkan 31 Oktober lepas merupakan hari terakhir pengagihan!


Rupanya, program pengagihan sarapan pagi susu Dutch Lady dan Sereal Kellogg's ni dah dimulakan dari 21 Oktober 2019 di beberapa buah stesen LRT sekitar Kuala Lumpur.

Dan yang paling menarik semasa hari terakhir pengagihan, Encik Tarang Gupta, Managing Director Dutch Lady Milk Industries dan Encik Anoop Abraham, Managing Director of Kellog's South East Asia turut sama turun padang. Sempoi!


Kalau sebut bab sarapan kan, AJ sebenarnya selalu skip sarapan jugak. Kadang tu, nak cepat pegi event ke ape, terus gerak je tanpa sarapan apa-apa. Tapi dengan adanya pek mini macam yang diagihkan oleh pihak Dutch Lady ni, on the go je boleh sarapan.

Menurut Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, "sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah memberikan tenaga kepada tubuh badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya lebih cergas dalam menjalankan aktiviti seharian".

Sarapan pagi juga membekalkan 20 sehingga 50 daripada nutrisi harian kita, tapi kenalah amik sarapan yang berkhasiat seperti meminum susu okay. Bukannya bedal 2 keping roti telur tambah nasi lemak! Hehehehee.



AJ sarankan kita amik susu Dutch Lady sebab setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2.

So apa lagi? Amalkan pengambilan sarapan pagi dengan susu Dutch Lady dan juga sereal Kellogg's tau! Rasa teruja pulak bila dapat jadi antara 50,000 orang yang dapat sarapan pagi percuma sepanjang 10 hari tu.

P/s : Jangan skip sarapan tau!


email signature

Tiada ulasan