Vivo NEX 3, Telefon Pintar Terbaru Dari Vivo Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

17 Oktober yang lepas, AJ menghadiri majlis pelancaran telefon pintar terbaru dari Vivo Malaysia iaitu Vivo NEX 3 selepas melancarkan Vivo V17 Pro. Sekarang ni telefon pintar memang 1 keperluan buat semua orang. Nak-nak pulak blogger macam AJ ni. Masa tengok Vivo NEX 3 ni memang rasa tergoda habis sebabnya ia dilengkapi dengan pelbagai inovasi baru yang sesuai dengan AJ. Nak tau lebih lanjut kena baca entri ni sampai habis tau.



Vivo NEX 3 didatangkan dengan paparan skrin dwi-lengkung dengan teknologi POLED Waterfall Fullview untuk view yang lebih menarik dan elegan dengan ukuran 6.89 inci bernisbah 99.6% dan layar tepi hampir vertikal. Sangat wide angle!


Selain tu Vivo NEX 3 juga didatangkan dengan fungsi Touch Sense untuk keselesaan pengguna dan dilengkapi dengan teknologi X-axis Haptic Vibration. Terdapat juga In-display Fingerprint Scanning untuk membolehkan pengguna membuka telefon pintar dengan lebih pantas.


Yang paling AJ suka sekali mengenai Vivo NEX 3 ni ialah teknologi kamera dengan 64MP triple camera. So senang, korang tak payah nak usung kamera DSLR kemana-mana dah dengan adanya Vivo NEX3, untuk kamera depan 13MP wide camera pulak dia akan popup bila korang nak gunakan. Dan paling best, storage dia 256 GB! Nak selfie 200 kali sehari pun boleh je. Hahahaha.


Vivo NEX 3 juga dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan UFS 3.0  high-speed flash memory untuk kegunaan yang lebih lancar. Kapasiti bateri sehingga 4500mAh membolehkan pengguna menggunakan peranti lebih lama. Kalau nak caj pun senang jugak sebab ada FlashCharge sehingga 22.5W dan C-DRX power-saving. Telefon pintar ni pun tak mudah panas kalau digunakan dengan adanya The Vapor Chamber Cooling System.



Untuk spesifikasi lebih lanjut mengenai Vivo NEX 3, korang boleh rujuk kat bawah.

NETWORKTechnologyGSM / CDMA / HSPA / EVDO / LTE / 5G
LAUNCHAnnounced2019, September
StatusAvailable. Released 2019, September
BODYDimensions167.4 x 76.1 x 9.4 mm (6.59 x 3.00 x 0.37 in)
Weight218.5 g (7.72 oz)
BuildFront/back glass, aluminum frame
SIMDual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
DISPLAYTypeSuper AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Size6.89 inches, 119.3 cm2 (~93.6% screen-to-body ratio)
Resolution1080 x 2256 pixels (~363 ppi density)
HDR10
PLATFORMOSAndroid 9.0 (Pie); Funtouch 9.1
ChipsetQualcomm SDM855 Snapdragon 855+ (7 nm)
CPUOcta-core (1x2.96 GHz Kryo 485 & 3x2.42 GHz Kryo 485 & 4x1.8 GHz Kryo 485)
GPUAdreno 640 (700 MHz)
MEMORYCard slotNo
Internal256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM
UFS3.0
MAIN CAMERATriple64 MP, f/1.8, (wide), 1/1.7", 0.8µm, PDAF
13 MP, f/2.5, (telephoto), PDAF
13 MP, f/2.2, (ultrawide), PDAF
FeaturesLED flash, HDR, panorama
Video2160p@30fps, 1080p@30/60/120fps, 720p@960fps, gyro-EIS
SELFIE CAMERASingleMotorized pop-up 16 MP, f/2.1
FeaturesLED flash, HDR
Video1080p@30fps
SOUNDLoudspeakerYes
3.5mm jackYes
32-bit/192kHz audio
Active noise cancellation with dedicated mic
COMMSWLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
Bluetooth5.0, A2DP, LE
GPSYes, with A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS
RadioNo
USB2.0, Type-C 1.0 reversible connector, USB On-The-Go
FEATURESSensorsFingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass
BATTERYNon-removable Li-Po 4500 mAh battery
ChargingFast battery charging 44W
MISCColorsLiquid Tianhe, Deep air streamer
ModelsV1924A, V1924T
Price$ 774.39 / £ 755.00
TESTSPerformanceBasemark OS II: 4951 / Basemark OS II 2.0: 5067
Basemark X: 46474
DisplayContrast ratio: Infinite (nominal)
CameraPhoto / Video
LoudspeakerVoice 70dB / Noise 73dB / Ring 72dB
Audio qualityNoise -93.7dB / Crosstalk -93.1dB
Battery life
Sumber : www.gsmarena.com
Gempak kan? Harga pasaran untuk Vivo NEX 3 ialah RM 3,899. Sesuailah dengan teknologi nya kan? Kalau ada yang nak beli, belikan untuk AJ 1 please! Hihihihihi.



P/s : Canggih-canggih telefon pintar sekarang!

email signature

Tiada ulasan