Tioman Island Conservation Day 2019 (TICD2019) di Berjaya Tioman Resort

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas AJ ikut program Tioman Island Conservation Day 2019 (TICD 2019) di Berjaya Tioman Resort. Kalau nak tau, ni kali pertama AJ join program conservation macam ni. Difahamkan, Tioman Island Conservation Day adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak Berjaya Tioman Resort untuk meningkatkan kesedaran pelbagai pihak dalam menjaga keindahan laut dan alam sekitarnya.


Program TICD 2019 ni bukan hanya disertai oleh pihak media dan influencer, malahan turut disertai oleh orang awam terbahagi kepada dua iaitu, diver dan non-diver. Program yang berlangsung dari 11 Oktober sehingga 13 Oktober mendapat penyertaan sebanyak lebih kurang 120 orang individu dan agensi.

Seawal jam 3.30 pagi AJ dah berkumpul di Berjaya Times Square Hotel untuk bergerak ke Pulau Tioman dengan menaiki bas. Lebih kurang pukul 9 pagi, kami tiba di Jeti Tanjung Gemok. Nak ke Berjaya Tioman Resort, kena naik bot pulak selama lebih kurang 2 jam. Sampai je kat sana Encik Charles Eman memberikan sepatah 2 kata mengenai misi program TICD yang dijalankan pada setiap tahun. Menurut beliau, program ini diadakan untuk memberikan kesedaran bukan hanya untuk agensi kerajaan, malahan kepada individu betapa pentingnya kita menjaga persekitaran laut dan alam sekitar untuk masa hadapan. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi nak menjaganya kan?


Lepas je check-in, non-diver diberikan peluang untuk melihat hidupan laut dengan aktiviti snorkeling di Pulau Reggis yang terletak tak jauh dari Berjaya Tioman Resort. Kalau nak tau kan, kat sini pertama kali AJ dapat tengok dengan mata kepala AJ baby shark tau! Serius, ada baby shark! Tapi jangan risau, ia tak mengancam kita yang tengah snorkeling tu. Satu pengalaman yang berharga buat AJ jugak sebenarnya.

Kredit : adibrawrr

Bagi diver pulak, mereka akan menyelam ke dasar laut untuk membersihkan coral. Senjata rahsia diorang ialah berus gigi! Hahahaha. Dengan cara ni, mereka dapat membantu merawat dan membersihkan COT (Crown of Thorns) yang terdapat pada coral-coral tu. Ini merupakan salah satu inisiatif yang baik, kalau takde usaha macam ni, kita cuma dapat tengok coral yang dah mati je. Terima kasih la buat rakan-rakan diver yang bersusah payah menyelam kat dasar laut tu.

Kredit : fahmiesmail / khalishan.alias

Untuk hari kedua pula, lepas sesi zumba kami menuju ke Bunut untuk kerja-kerja pembersihan pantai. Berbekalkan plastik sampah dan sarung tangan, kami berjalan sejauh beberapa kilometer untuk mengutip sisa-sia yang ditinggalkan. Sedih jugak bila tengok banyak botol-botol minuman, pembungkus makanan dan pelbagai lagi sisa sampah yang terdapat kat kawasan tu. Masih ramai lagi yang kurang kesedaran mengenai hal ni. Setelah hampir 2 jam berjalan dibawah panas mentari, kami semua berjaya mengutip pelbagai jenis sampah-sarap seberat 176kg! Wow! Seriuslah banyak macam tu?? Sobs sobs!

Kredit : adibrawrr

So korang, kalau kata ada buat aktiviti kat pantai ataupun duk camping, tolonglah pastikan segala sisa sampah korang tu dikumpulkan dan dibuang di tempat yang sepatutnya. Sebab sikap culas kita ni la sebenarnya menjurus kepada kepupusan flora dan fauna tau. Kesian generasi akan datang nanti. Entah-entah penyu pun diorang tak dapat nak tengok lagi.

Sebelah petang pulak, kami buat 1 lagi aktiviti. Yang ni memang menarik sebabnya kami gunakan botol-botol kaca terpakai dan simen untuk menghasilkan modul untuk coral. Tak tau pulak ini salah satu cara ternak dan pemuliharaan coral. Cara nak buat pun senang je, korang cuma perlu hancurkan botol-botol kaca terpakai dalam mesin, campurkan simen dan tuangkan kedalam bekas

Kami semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada tugasan masing-masing seperti membuang label pada botol, hancurkan botol dalam mesin dan bancuh modul simen. Setiap orang merasa buat semua bende. Seronok tau! 1 pengalaman baru buat AJ.


Bermula pada tahun ni juga, Berjaya Tioman Resort telah melancarkan program konservasi coral dinamakan Adopt-A-Coral. Dengan hanya serendah RM40, pengunjung boleh dapatkan coral dan mengikuti perkembangan coral tersebut dari masa ke senasa sampailah ke tempoh matang untuk dilepaskan ke laut. Siap boleh bagi nama lagi! Hehehehee. Program Adopt-A-Coral ni bertujuan untuk menyelamatkan dan memulihara coral-coral tersebut.

Alhamdulillah, walaupun program ni dijalankan dalam waktu yang singkat tapi banyak sangat manfaat yang AJ dan kengkawan lain dapat. Memang seronok bila setiap orang berganding bahu dan bekerjasama masa TICD 2019 ni. AJ dengan senang hati nak join lagi kalau ada peluang. Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu bila dapat mengerah keringat dalam membantu proses pemuliharaan dan pembersihan laut dan alam sekitar ni.



Last sekali, terima kasih kepada Berjaya Tioman Resort dan para penaja TICD 2019 iaitu Sports Toto Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Tourism Malaysia, TGV Cinema Malaysia, Coswau. GoPro, RipCurl, Carlsberg, J&A Production dan Montanic.

Tak dilupa kepada Reef Check Malaysia, Juara Turtle Project, Rimba Tioman, Rumah Hijau, SWCorp Malaysia, Jabatan Taman Laut, UDive dan Scuba People dari Malaysia dan juga Singapura yang turut sama menjayakan program TICD 2019. AJ sendiri pun rasa sangat berbangga dapat menjadi part of this event.

Kredit : adibrawrr


"Our Nature, Our Future"


email signature

Tiada ulasan