ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
22 Ogos 2019 yang lepas, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) telah mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM yang disempurnakan oleh isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Dalam pada kita tak sedar, dah 20 tahun Rumah Ronald McDonald ditubuhkan.
Mengenai Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Rumah Ronald McDonald (RRM) merupakan rumah penginapan sementara bagi membantu pesakit pediatrik dan waris yang mendapat rawatan berpanjangan di HCTM-UKM dengan kadar sewa yang berpatutan. Kalau nak tau, RRM ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan yang pertama di rantau ASEAN dan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap disini.
RRM boleh menampung 19 keluarga pada satu-satu masa dengan 57 buah katil dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk ruang makan, ruang istirehat, surau, dapur, bilik dobi, bilik permainan dan taman permainan, perpustakaan, mini gim serta bilik komputer untuk kegunaan pesakit dan warisnya. Selain tu, RRM juga merancang pelbagai aktiviti menarik seperti hari keluarga, kelas masakan, kelas kecerdasan, sambutan hari lahir untuk pesakit kanak-kanak serta sambutan hari perayaan.
Semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 lepas, YABhg Tun Dr. Siti Hasmah mengimbau kenangan semasa pembukaan RRM 20 tahun lepas dan berkongsi cerita dengan para hadirin. Beliau sangat berbangga dengan komitmen yang RRM Malaysia dan HCTM-UKM sepanjang 20 tahun penubuhannya. Yelah, 20 tahun bukanlah jangka masa yang singkat. Ketika awal penubuhannya, sebanyak RM2 juta telah digunakan. Ianya merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk orang awam dan syarikat-syarikat korporat. RRM juga telah 2 kali menaiktaraf dan penambahbaikan pada tahun 2004 dan 2014.
Macam mana Rakyat Malaysia dan orang awam boleh menghulurkan bantuan?
Korang mesti penah nampak tabung sumbangan yang ada di hadapan setiap kaunter restoran McDonald's kan? Kalau nak tau, itulah sumbangan dan dana yang digunakan untuk RRM. Setiap sen yang korang sumbangkan tu la membantu mereka yang memerlukan. Tanpa sumbangan dari rakyat Malaysia dan pihak-pihak korporat, tak mungkin RRM dapat terus membantu selama 20 tahun ni. Terima kasih semua!
Menurut Encik Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, “Konsep unik 'home away from home' ini merupakan usaha murni bagi membolehkan waris pesakit memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan pesakit. Dengan adanya inisiatif dari RRM dan kerjasama strategik dari pelbagai pihak, RRM boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga dan pesakit di seluruh tanah air."
Intipati Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Anak Autisme PPKI SMK Sentul Utama, adik Mohamad Azman Manaf. Dan dilancarkan dengan acara memotong pulut kuning dan menandatangani plak perasmian oleh tetamu kehormat YABhg Tun Dr. Siti Hasmah serta penyampaian lukisan oleh adik Abdul Qayyum bin Nordin, pesakit leukimia dari Masjid Tanah Melaka yang berusia 12 tahun.
Selain itu para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari kumpulan Koir NASOM Maestro dan adik Muhammad Irfan bin Makmur yang juga dari Anak Autisme PPKI SMK Sentul Utama. Berbakat sungguh adik-adik ni tau!
Sambil para hadirin menjamu selera, ibu bapa yang menggunakan kemudahan di RRM, Puan Noor Azah Abdul Aziz dan Encik Hafiz Muhaidi Hassan telah berkongsi cerita mengenai RRM dan penyakit yang dihidapi oleh anak mereka. Sebaknya AJ rasa masa dengar perkongsian mereka.
Usai majlis, baru AJ sedar betapa mereka amat berterima kasih kepada sumbangan yang diberikan untuk RRM. Sumbangan kecil dari kita tu sangat berharga dan bermakna buat mereka. Alhamdulillah. Terima kasih kepada diri sendiri, seluruh Rakyat Malaysia dan pihak-pihak korporat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kerajaan Negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang sentiasa menghulurkan bantuan.
P/s : Menderma sambil menjamu selera di Restoran McDonald's
Nanti pergi mcd nak derma juga,terbaik usaha mcd ni
BalasPadam