ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Orang selalu tanye AJ, kerap warnakan rambut tak buat rambut AJ rosak ataupun berkelemumur ke?
Jujurnya, setiap kali warnakan rambut memang kulit kepala AJ akan gatal dan kadang-kadang naik kelemumur. Yelah, kadang produk tu tak kene dengan rambut dan kulit kepala kita. Lagi 1, AJ kerap travel dan berpanas. Tu pun salah 1 faktor kulit kepala naik kelemumur.
Baru ni AJ cuba rangkaian produk Safi Shayla pakar rambut wanita berhijab tu. Ade banyak jenis jugak syampu nye. So AJ pilih yang anti-kelemumur. Pertama kali guna, kulit kepala AJ kurang gatal dan kelemumur pun berkurangan.
Sekarang ni dah hampir sebulan AJ pakai, so far memang berkesan dalam menghilangkan kelemumur. Lepas tu kan, kalau AJ tak cuci rambut hari-hari pun okay. Selalu kalau AJ skip sehari mulalah gatal-gatal teruk.
Rangkaian Safi Shayla Anti-Kelumumur dan cara penggunaan.
Minyak rambut ni dirumus daripada beberapa bahan iaitu :
- Minyak organik Habbatus Sauda yang bertindak melembutkan rambut, memberikan nutrien, anti-bakteria dan perlindungan dari matahari.
- Minyak Zaitun tulen untuk memelihara dan melembabkan rambut kering, kusam atau kerinting.
- Ejen anti-kelemumur dan mentol untuk mengurangkan kelemumur, minyak dan kegatalan kulit kepala serta memberikan efek dingin dan segar pada kulit kepala.
Sebelum cuci rambut, AJ akan ratakan minyak rambut pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit. Walaupun namanya minyak rambut, dia tak terlalu berminyak dan mudah meresap. Kepala AJ pun rasa berangin je. Heheheee.
Bahan itama terdiri daripada :
- Micro Bamboo Charcoal merupakan bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam pada kulit kepala dan rambut.
- Habbatus Sauda untuk menghalang pembiakan bakteria,menyihatkan, melindungi dan mencantikkan rambut.
- Micro ZPT Complex yang merupakan agen anti-kelemumur yang berkesan menghapuskan kulat punca kelemumur.
Cara pengunaan
Basahkan rambut dan ratakan syampu pada seluruh rambut dan urutkan pada kulit kepala. Syampu ni best sebab buih dia banyak dan bau pun wangi. Bila rasa rambut dah cukup bersih, bilas rambut dari sisa syampu.
Ini merupakan antara produk kegemaran AJ tau! Bahan utamanya terdiri daripada :
- Micro Bamboo Charcoal untuk menghilangkan minyak pada kulit kepala dan bau kepam pada rambut.
- Minyak organik Habbatus Sauda yang kaya dengan nurtrien untuk membantu melindungi dan menyuburkan kulit kepala.
- Menthol yang mmberikan efek nyaman dan sejuk serta menyegarkan kulit kepala
Ratakan pada seluruh kulit kepala, urut dan biarkan selama lebih kurang 1 minit, automatik rasa sejuk je kulit kepala korang. Macam AJ, lepas ratakan penyegar kulit kepala, AJ akan sapukan perapi sekali pada tengah sampai hujung rambut. Jimat masa juga! Hehehehee. Lepas tu bilas rambut sampai bersih.
Okay, ada berita baik yang AJ nak share dengan korang. Sekarang ni kalau korang beli mana-mana rangkaian produk Safi Shayla sebanyak RM35, korang boleh dapatkan Sling Bag We Bare Bears limited edition tau. Ada 4 corak yang boleh korang dapat. Jangan lepaskan peluang nak kumpulkan kesemuanya tau!
P/s : Safi Shayla penyelamat rambut dan kulit kepala AJ!
Tiada ulasan