Mekap Dengan ENVIDIA Beauty

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Perempuan dan mekap mana boleh berpisah kan? So arini AJ nak share dengan pasal ENVIDIA Beauty. Penah dengar tak? Sebenarnya ENVIDIA Beauty ni dah bertapak hampir 2 tahun dalam industri. Salah satu produk ENVIDIA Beauty juga telah memenangi Harper's Bazaar Best Beauty Award 2018 dan Marie Claire Beauty Award 2019.

Kredit : YB Shehan
Kredit : Ummi Nani

Sabtu lepas, AJ berkesempatan ke acara Sepetang Bersama ENVIDIA Beauty. Masa acara ni kami dapat belajar cara-cara mekap dan dapat beberapa tips mekap dari MUA terkenal Aizat Abdul Razak ataupun Baby Nana. kalau korang nak tau ENVIDIA Beauty ni memperkenalkan set Flawless-On-The-Go yang akan memudahkan kita mekap. Yelah, ada ke orang yang gigih nak bermekap berjam-jam sehari? So inilah set mekap yang sesuai untuk wanita. Ringkas, padat dan terus cantik!



Terdapat 5 jenis produk yang dikeluarkan oleh ENVIDIA Beauty iaitu :
  • 5-in-1 Cream Foundation
  • Gorgeous Cheek Stick
  • Flirty Pearl Shadow Stick
  • Matte Liquid Lipstick
  • No Smudge Stay-all-Day Waterproof Gel Liner
ENVIDIA Beauty 5-in-1 Cream Foundation



Tak lengkap rasanya kalau bermekap tanpa foundation. Yelah foundation berfungsi untuk menutup cela pada wajah dan perkara paling asa dalam bermekap. Tapi selalunya bila nak start pakai foundation kite kena prep dulu muka dengan pelembab, sunblock dan sebagainya. Tapi dengan ENVIDIA Beauty 5-in-1 cream foundation, tak perlu semua ianya diformulasikan untuk melembabkan kulit, melindungi kulit dari sinar UV dengan SPF50++, boleh melicinkan dan merapi kulit wajah, menutup jerawat dan jeragat dengan sempurna dan boleh merawat serta membuatkan tona kulit lebih sekata. Best kan? Sebab tu ianya dinobatkan sebagai pemenang Harper's Bazaar Best Beauty Award 2018 dan Marie Claire Beauty Award 2019.

Didatangkan dengan 2 tona untuk kulit cerah dan medium sesuai dengan kulit orang Asia iaitu #21 Sand Beige dan #23 Beige.

ENVIDIA Beauty Gorgeous Cheek Stick



Yang ni produk yang AJ suka, sebab blusher ni datang dalam bentuk krim. Pada AJ la, yang jenis krim ni paling mudah nak apply kat kulit. Calit-calit dan ratakan je. ENVIDIA Beauty Gorgeous Cheek Stick siap dengan span lembut, tak perlu nak bawak berus mekap lain bila nak apply. Berusnya boleh ditanggalkan dan mudah untuk dicuci. Formulanya pula ringan pada kulit, berpigmentasi tinggi, tak nampak bercapuk dan tahan lama shingga lebih kurang 8 jam. Tak payah nak kejap-kejap touch up!

Boleh didapati dengan 2 tona iaitu Warm Coral dan Pink Lemonade

ENVIDIA Beauty Flirty Pearl Shadow Stick




Didatangkan dalam bentuk stick dan jenis krim, macam blusher ianya juga mudah untuk digunakan. Kualitinya bertaraf antarabangsa dan berpigmentasi tinggi. ENVIDIA Beauty Flirty Pearl Shadow Stick kalis air dan tak berminyak. Tekstur dia pun lembut dan ada glitter sikit untuk menampakkan efek mata bundar. Dihutung tip eyeshadow tu pulak ada sponge untuk memudahkan kita ratakan eyeshadow. Nak buat efek smokey pun senang. Tak payah nak guna 2-3 warna shadow.

Terdapat 2 tona menarik iaitu Violet Plum dan Golden Bronze

ENVIDIA Beauty Matte Liquid Lipstick




Matte lipstick memang dah jadi trend kebelakangan ni. AJ sendiri pun salah seorang penggemar lipstik jenis matte. Sebab senang digunakan dan tak payah nak apply dan tahan lama. ENVIDIA Beauty Matte Liquid Lipstick cepat kering bila dah apply kat bibir dan warnanya pun menarik. Kalau nak lagi cantik, korang boleh campurkan 2 warna untuk menyerlahkan lagi bibir korang.

Didatangkan dalam 4 tona iaitu Cherry Sorbet, Strawberry Shortcake, Sweet Toffee dan Rose Truffle.

ENVIDIA Beauty No Smudge Stay-all-Day Waterproof Gel Liner



Ni produk terbaru dari ENVIDIA Beauty. Ramai yang cakap nak apply eyeliner ni susah. Lepas tu ada yang jenis tak lekat, terus nampak sememeh mata tu, macam baru lepas kene tumbuk. So ENVIDIA Beauty No Smudge Stay-all-Day Waterproof Gel Liner, diformulasikan supaya tak mudah sememeh dan tahan lama. Dihujung tip jua ada sponge kecil untuk memudahkan korang meratakan eyeliner dengan efek smokey. So mata nampak elok dan tak comot!

Datang dalam 2 tona iaitu Black dan Brown


Semua produk ENVIDIA Beauty memang sangat on-the-go. Mudah nak pakai dan senang nak bawak travel. Masa acara tu kitorang dapat tengok sendiri MUA Aizat Abdul Razak mekapkan Kak Azni dengan menggunakan produk ENVIDIA Beauty. Memang berubah terus muka Kak Azni bila dimekapkan. Nampak lebih fresh dan flawless je mekap tu.



Menurut Puan Liza pengasas produk ENVIDIA Beauty, produk ni dikeluarkan bagi memudahkan para wanita bermekap. Konsep yang ingin ditampilkan ialah simple dan flawless. Puan Liza juga memastikan setiap produk selamat digunakan, tiada paraben, 100% vegan, tiada alkohol dan mesra solat. ENVIDIA Beauty ni made in Korea tau! So memang bertaraf antarabangsa.


Kalau korang nak dapatkan produk ENVIDIA Beauty, korang boleh berkunjung ke SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ada promosi sehingga 10 September 2019. Harga promosi dari RM15 sahaja.



Untuk info lanjut, layari :

Website : www.envidia.com.my
Instagram : www.instagram.com/endiviabeauty
Whatsapp : 013-3451511






Ramai dah serbu, korang bila lagi?

email signature

Tiada ulasan