ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Sedar tak sedar dah masuk bulan Ogos kan? Cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar juga dah 7 bulan rupanya AJ tak keje. Hahahahaha. Kalau mana yang belum tau buat masa ni AJ memang jadi "blogger sepenuh masa" sekarang. Sebab tu la banyak masa nak join FAM trip dan event.
Sebenarnya AJ bukan berhenti keje pun aritu, AJ kene retrenchment. Kira macam VSS la. Company AJ tak mampu nak hired pekerja dah kot! Kahkahkah. AJ pun dah takde hati nak keje kat situ lagi kalau ikutkan. Dari tahun lepas memang dah ada niat nak berhenti, tapi boss AJ masa tu tak bagi berhenti. Dia kata, sayang kalau AJ berhenti macam tu je. Lagipun dah 5 tahun kan AJ keje kat situ.
So tunggu punya tunggu, Alhamdulillah diorang ada buat retrenchment dan nama AJ naik dalam list. Bak kata orang "pucuk dicita, ulam mendatang". AJ memang terima dengan hati yang terbuka "diberhentikan" keje tu.
Lagipun kan, department AJ tu nak tukar boss. Dan AJ pun tak suka dengan "boss" tu. Ada baiknya jugaklah kene retrench. Kalau tak, keje pun jadi tak best kan?
Lepas dah tak keje kat sana, kadar kegembiraan tu memang naik 290% kau! AJ pun tak payah nak hadap kepalsuan dan bakal "boss" baru tu. Hahahahhahaha.
Okaylah, tu je nak cerita. Nanti kalau tahap kerajinan nak bercerita tu sampai, AJ cerita lagi. Lama kan takde entri merapu dari seorang AJ? So kalau mana-mana nak ajak AJ join event, jangan malu dan segan nak contact AJ ye. Sekarang ni memang seorang AJ free and easy!
P/s : Dah mula nak cari keje balik. Harapnya adalah rezeki AJ kat mana-mana. Ramai suruh jadi travel guide. Nantilah AJ fikir!
artikal yang menarik. saya blogger suke-suke je...
BalasPadam