Review - Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ nak cerita pasal Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion. Dah 3 minggu AJ gunakan produk ni dan hasilnya tidak mengecewakan. Kulit AJ ni dalam kategori kulit kombinasi, agak berminyak di bahagian t-zon dan kering di beberapa bahagian. So AJ kena pilih produk yang betul-betul sesuai dengan kulit AJ.


Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni yang bagusnya sebab dia 2 dalam 1, bertindak sebagai penyegar dan pelembab. Okay, honestly AJ kadang-kadang tak berapa rajin nak letak itu ini sangat kat muka. Jadinya produk 2 dalam 1 ni memang sangat efektif untuk AJ. Hahahahhahaha.

Ramai yang dah guna produk ni sebenarnya, AJ je yang baru cuba. Kebanyakan feedback yang AJ baca positif. So AJ amik keputusan nak cuba sendiri. Kalau tak cuba, tak tau kan?

Minggu pertama

Actually AJ quite amaze jugaklah dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion, bila sapu je kat muka memang automatik kulit tu rasa lebih anjal dan segar. Lotion ni sejuk kat kulit dan tak buat kulit AJ rengsa. Paling AJ suka bila dia cepat meresap dan tak melekit. Kalau korang perasan, AJ paling tak gemar kalau produk tu melekit! Rasa macam ade gam pulak melekat kat muka! Hahahahha. Tapi Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion takde rasa melekit langsung. Okay syarat pertama LULUS! Hahahahha.



Bahan Aktif dan Kebaikan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid yang boleh memberikan kesan pencerahan extra pada kulit dan 2 kali lebih penghidratan iaitu :
  • Macro Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate
  • Oligo-Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid
Kesemua bahan ni bertindak sebagai pelindung kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan lebih optimum.

Minggu Kedua

Selain tu terdapat formula Oxywhite = Nano Oxygen + Nano Biowhite
  • Nano Oxygen - membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar lebih segar, bermaya dan berseri.
  • Nano Biowhite - Memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion juga boleh mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.

Cara pengunaan :

Lepas cuci muka, AJ tuangkan beberapa titis Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion  atas tapak tangan dan ratakan keseluruh muka. Lepas tu barulah AJ pakai serum kegemaran AJ dan sunblock.

Minggu Ketiga

Senang je kan nak jaga kulit dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion. So kalau korang nak dapatkan produk ni boleh ke mana-mana outlet Watsons, Guardian dan pasaraya terpilih. Oh ya, produk ni memang tengah laris tau. Kawan AJ nak beli aritu dah habis. Kalau jumpa terus beli lebih tau!

Untuk info lanjut mengenai produk :

Website : https://safi.com.my/
Facebook : SAFI
Instagram : @safimalaysia

#SafiBalqis #safiMY #SafiSkinStory #safibalqishydrationlotion

P/s : Senang nak bawak travel jugak...


1 ulasan


  1. Hi nak tanya lepas pakai safi balqis oxywhite hydrating lotion ni lepastu pakai serum then pakai lagi moisturizer boleh ke?

    BalasPadam