ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Istana Budaya dihantui The Phantom of The Opera bermula pada 15 Jun yang lepas sehingga 7 Julai 2019. Siapa yang tak kenal karya agung klasik penulis Perancis, Gaston Leruox kan? Bahkan masa zaman AJ sekolah dulu pun karya ni dimasukkan dalam silibus pembelajaran.
Bila dengar pasal persembahan The Phantom of The Opera akan diadakan di Malaysia, AJ jadi teruja sebab ianya mengimbau kembali zaman persekolahan dan juga merupakan persembahan muzikal yang AJ nanti-nantikan.
Sebagai pengenalan, The Phantom of The Opera diadaptasi ke pentas muzikal West End oleh Andrew Lloyd Webber pada tahun 1986 dan kemudiannya dibawa ke pentas Broadway. Merupakan persembahan yang paling lama di dalam sejarah Broadway apabila ianya menjayakan persembahan ke 7,486 pada 9 Januari 2006 diikuti oleh persembahan ke 13,000 pada 1 Januari 2018.
Berpeluang menjadi salah seorang penonton teater muzikal The Phantom of The Opera pada 18 Jun 2019 yang lalu merupakan suatu pengalaman yang berharga. AJ bukan sahaja dapat menonton persembahan, malahan dapat menyaksikan sendiri suasana belakang pentas dan juga melihat pakaian yang dipakai oleh pelakon teater dengan lebih dekat. Bayangkan kostum para pelakon ada yang beratnya mencecah 15 - 20kg!
The Phantom of The Opera merupakan sebuah kisah romantik dan seram yang membabitkan 3 watak utama iaitu The Phantom, Christine dan Raoul. Kisah cinta 3 segi ini mengisahkan lagenda dimana susuk lelaki yang memakai topeng dan mempunyai wajah mengerikan yang menghantui Gedung Opera di Paris. Susuk lelaki ini telah jatuh cinta kepada watak utama pementasan Opera iaitu Christine. The Phantom telah menakluki pemikiran Christine yang merupakan kekasih kepada Raoul. Pelbagai konflik dan kejadian yang telah berlaku di Gedung Opera tersebut. Untuk mengetahui kisah ini dengan lebih lanjut, korang kene menonton sendiri The Phantom of The Opera yang sedang dipentaskan di Istana Budaya.
Pementasan ini diarahkan oleh Andrew Lloyd Webber dibantu oleh Rainer Fried dijayakan oleh para pelakon yang berbakat seperti Jonathan Roxmouth, Meghan Picerno, Matt Leisy dan diringi oleh pemuzik yang hebat diketuai oleh pengarah muzik David Andrews Rogers dan Jee Hyun Noh sebagai Kareografer serta dibantu oleh krew terbaik. Mereka baharu sahaja menjayakan persembahan di Singapura dan Filipina. Semasa persembahan, AJ terpegun dengan penataan cahaya dan pentas teater. Setiap pertukaran "scene" dan pentas juga nampak sangat pantas dan lancar. The Phantom of The Opera buat AJ rasa tak nak mengerdipkan mata supaya tak terlepas setiap plot cerita.
Jonathan Roxmouth sebagai The Phantom |
Meghan Picerno sebagai Christine Daae |
Matt Leisy sebagai Raoul, Vicomte De Chagne |
Dari segi suara dan alunan muzik, AJ tak nafikan mereka memang hebat! Lontaran soprano memenuhi setiap ruang di Istana Budaya buat AJ rasa macam turut berada diatas pentas bersama-sama para pelakon.
Apa yang boleh AJ rumuskan, persembahan The Phantom of The Opera memang rugi kalau tak ditonton! Bukan senang nak dapat pengalaman tengok sendiri karya agung ni di pentas teater. AJ bagi 10 bintang untuk para pelakon, pemuzik serta krew yang menjayakan pementasan ni.
Terima kasih juga kepada Base Entertainment yang membawakan The Phantom of The Opera di Malaysia.
Terima kasih juga kepada Base Entertainment yang membawakan The Phantom of The Opera di Malaysia.
Korang boleh dapatkan tiket The Phantom of The Opera di : ticketcharge.com.my. harga tiket bermula dari RM 200*.
P/s : AJ memang peminat teater muzikal dan Opera!
Tiada ulasan