Lega Badan Dengan Rawatan di E-Genki

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Back to back trip memang memenatkan, dari pertengahan bulan Mac sampailah awal Mei, AJ memang kerap travel. Bila dah selalu sangat ke sana sini, badan AJ tak cukup rehat dan lesu. So beberapa hari lepas, AJ berkesempatan ke E-Genki di Healthland Family Wellness Center, Setapak. E-Genki merupakan 1 jenama yang berbeza dengan Healthland dan merupakan rakan strategik Healthland. Disebabkan tu, E-Genki terletak di bangunan yang sama.



Kat sini AJ buat 2 rawatan iaitu Modern Bioelectric Theraphy + Tradisional Chinese Massage dan juga Mud Balm Treatment. Ini merupakan kali pertama AJ cuba rawatan Modern Bioelectric Theraphy ni. Terus terang, AJ tak penah dengar lagi pasal rawatan ni. Sebenarnya rawatan ni dah lama dipraktikkan, cumanya AJ je yang tak tau.



Apa itu Rawatan Modern Bioelectric Theraphy + Tradisional Chinese Massage dan Mud Baalm Treatment?

Rawatan ini menggabung 2 elemen iaitu terapi bioelektrik moden Meridian dan juga urutan tradisional Cina. Semasa rawatan ni, 1 alat berarus elektrik rendah digunakan untuk mengesan kat mana kawasan ataupun anggota badan kita yang lenguh-lenguh tu. Dengan adanya alat ni, AJ tak payah pun nak bagitau kat mana yang sakit tau. Therapist kita dah sedia maklum kat mana. Magic kan? AJ memang selalu sakit dekat bahu dan juga pelipat kaki sebelah kiri. Memang dah lama dah dari AJ aktif sukan dulu. Cumanya, AJ jarang sangat merawat tempat yang sakit tu. Bila AJ ke E-Genki, terus je diorang dapat kesan sakit AJ tu dan rawat. Fuhhh! Memang lega bila diurut. Badan AJ pulak memang jenis cepat berangin. Eloklah dapatkan rawatan.




Selain daripada melegakan kesakitan, banyak kebaikan yang boleh korang dapat dari rawatan ni tau, antaranya :
  • Memperbaiki peredaran darah pada tubuh badan
  • Membentuk semula sel dan saraf
  • Menungkatkan sistem pencernaan
  • Meningkatkan anti keradangan
  • Menghilangkan keletihan dan lesu tubuh badan
  • melegakan ketegangan dan kesakitan
  • Baik untuk detok


Masa rawatan memang badan AJ rasa sakit terutama kat bahu dan pelipat kaki tu. Nak pulak bila diorang urut kat situ, lagilah terasa lenguhnya. Tapi lepas je 1 jam rawatan Modern Bioelectric Theraphy + Tradisional Chinese Massage, terus badan jadi segar dan bahagian yang sakit tu rasa lebih lega. Badan pun ringan je.



Rawatan tak habis setakat tu je, lepas urutan AJ diberikan lagi 1 jam untuk Mud Spa. Mud Spa ni memang AJ penah buat sebelum ni. Mud Balm yang hangat diletakkan pada seluruh tubuh untuk membantu melancarkan perjalanan darah kita. Memang panas sikit tapi kesan lepas mud spa tu yang paling penting. Tak tau macam mana AJ nak cakap betapa segar dan leganya seluruh badan ni lepas rawatan. Korang kene cuba sendiri kalau nak tau kesannya.

Korang boleh tengok proses rawatan kat VIDEO ni...

Berita baik untuk pembaca blog AJ! Kalau korang nak cuba sendiri rawatan di E-Genki, AJ ada 10 voucher bernilai RM 100 setiap 1 untuk 10 orang yang bertuah. Korang kene bagitau AJ, kenapa korang nak cuba rawatan ni.



Terdapat beberapa cawangan E-Genki yang boleh korang kunjungi. Kat bawah ni AJ sertakan outlet dan nombor telefon untuk korang dapatkan maklumat.

Healthland Taman Desa
+6014 368 8595

Healthland Sri Petaling
+6014 368 8636

Healthland Setapak
+6014 368 8492

Healthland Desa Park City
+60 17-236 9928

Healthland Taman Segar
+6014 618 9698

P/s : Best rawatan dia! AJ nak pegi lagi... Jom E-Genki!
#eGenki #eGenkiWellness #LetsBeGenki

9 ulasan

  1. Wahh... menarik! yang mud balm tu!... Pernah try chinese massage. takutnyaa selalu sakit, sebab dia pandai cari titik sakit tu.. hehehe.. Kalau thailand byk geli2.. hahaha...

    BalasPadam
  2. Kak nina pun 1st time tau pasal rawatan ni. Dari Ayue citer terasa syoknya badan rasa segar lepas rawatan. Badan kak nina pun kerap sakit lenguh, maklum lah mak anak 5 sibuk entah apa pun tak tau. Yang tau aduyai... Penatnya lenguhnya badan ni. Tingin nak try gak

    BalasPadam
  3. Wahh bestnya.. Sedapnya kalu dpt pi mgurut ni.

    BalasPadam
  4. wah wah.. untung lerrr dpt org picit pict... ulit ulit kan... tapi baca ni pun dah rasa best!

    BalasPadam
  5. 2 jam? aduhai bestnya kalau dapat pamper badan yang sakit2 nih. huhuhu

    BalasPadam
  6. Bestlah rawatan massage yang disediakan, berminat pulak nak cuba.

    BalasPadam
  7. Best yer ayue.. huda rasa wajib la try urutan kat sini,badan ni lenguh2,berkali urut kat mesin urut ogawa kat rumah takde kesan pun. InshaAllah lepas raya nk g KL nk dtg buat urutan kat e-genki

    BalasPadam
  8. AJ I nak!!! Saya nak awatan ini oleh kerana saya mengalami keletihan badan dan lenguh-lenguh badan, hopefully dapat manjakan diri sebelum raya ini. :)

    BalasPadam