Ekspresi Media Kenyir 2019 | Aktiviti dan Paragliding di Bukit Maras

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lepas seharian pusing Bandar Kuala Terengganu, kami dibawa menuju ke Bukit Maras pada sebelah petang. Apa yang menarik di Bukit Maras ni ek?


Bukit Maras terletak di daerah Kuala Nerus, tak jauh dari Kuala Terengganu sekitar 20 KM  dan mengambil masa dalam 30-40 minit perjalanan. Ketinggian Bukit Maras ialah 329 meter dari paras laut dan terkenal dengan aktiviti hiking, perkhemahan dan night walk. Selain daripada tu, korang juga boleh mencuba terbang di awan biru dengan aktiviti Paragliding!


Kami difahamkan oleh En. Rushdi (Jawatankuasa Pendakian Maras) dan En. Anuar (Setiausaha PLUT) segala aktiviti di Bukit Maras diusaha dan diuruskan oleh Hiking Maras Committee (HMC) dan Jawatankuasa Penaja Pengurusan Kelestarian (JPKL) Bukit Maras yang menggabungkan penggiat rekreasi sukan mendaki dan komuniti setempat. Manakala puncak bukit seluas 1.5 ekar disewakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus untuk dijadikan tapak aktiviti luncur udara (paragliding) kepada Persatuan Luncur Udara Terengganu (PLUT). So sebarang aktiviti berkumpulan haruslah dimaklumkan kepada pihak HMC dan mendapat kebenaran dari PLUT.



Waktu pendakian ada dua sesi, iaitu siang dan malam.

Siang 
6.00 pagi - 7.00 malam

Malam
7.00 malam - 12.00 tengah malam

*Pendakian waktu malam hanya dibenarkan sekiranya diiringi oleh guide



Sebelum memulakan aktiviti Paragliding, team Ekspresi Media Kenyir 2019 dibawa naik ke Bukit Maras dengan kenderaan pacuan 4 roda oleh Kelab Terjoh 4x4 Terengganu. AJ pilih nak duduk belakang, syok wo! Boleh je kalau nak hiking, 45 minit "je" sampai puncak ataupun 1.8 KM dari kaki bukit! Hihihihi.


Sampai ke atas kami trekking pula di Batu Biruk dengan diiringi En. Rushdi. Batu Biruk ni sebenarnya penanda aras puncak Bukit Maras. Korang boleh tengok sunrise dan sunset dari atas puncak ni. Kat sini juga terdapat pelbagai jenis flora dan fauna termasuk Tongkat Ali dan cendawan. Tapi jangan pulak korang gatal tangan pegi amik pulak tau! Amik gambar je okay.


Usai trekking, kami dijamu dengan air kelapa, buah tembikai fresh dari ladang dan jugak kuih muih tradisional negeri Terengganu. Kopok lekor pun ada, tak sah la kalau takde kan? Sedap betul bila rasa kuih tradisional yang diperbuat dari air tangan orang Terengganu sendiri. Antara yang dijamu ialah belebab ubi, sata dan otak-otak. AJ pun pestime rasa belebab ubi tu. Sebelum ni tak penah tau pun kuih ni. Hahahahaa.



Paragliding di Bukit Maras

Paragliding sukan lasak yang tak asing lagi dan merupakan salah satu produk pelancongan terbaru di Kuala Terengganu. Menurut En. Anuar, Paragliding Bukit Maras mula diperkenalkan di negeri Pantai Timur ni pada sekitar tahun 2017 dan mula tular dikalangan orang awam sekitar Februari 2018.  Pemandangan dari atas Bukit Maras memang cantik. Boleh nampak Laut China Selatan, sebahagian besar Kuala Nerus dan juga Bandar Kuala Terengganu. Peluncur udara profesional dari Perancis dan Switzerland pun penah cuba aktiviti kat sini dan mengagumi keindahan lanskap dan pakej yang ada di Bukit Maras. Jangan tak tau, En Anuar merupakan salah seorang peluncur udara. Yang lagi best bila AJ sendiri diberi peluang merasai pengalaman Tandem Paragliding ni sendiri!


Tandem Paragliding tu mende pulak kan? Haaa, kat sini kalau korang ada lesen untuk terbang bolehlah terbang sorang-sorang tapi kalau takde lesen dan pengalaman macam AJ, korang akan terbang bersama pilot yang berpengalaman dan terlatih. Pilot AJ aritu ialah Kapten Yusuf. Beliau berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang ni. Seronok tau paragliding. Korang kene cuba sendiri kalau ke Kuala Terengganu.

Nah AJ belanja sikit video AJ tandem paragliding dengan Kapten Yusuf.



Perasaan?

S.E.R.O.N.O.K! AJ tak gayat so masa kat atas tu takdelah rasa cuak gila nak tengok bawah, okay je. Seronok sebab boleh tengok 360 darjah Kuala Nerus dari atas, bukan semua orang merasa pengalaman tu kan? Masa AJ terbang tu pulak, Alhamdulillah cuaca elok dengan peredaran angin yang baik. So kat atas tu rasa smooth je. Masa nak turun tu tak rasa ape sangat, macam tengah turun naik roller coaster, geli-geli perut sikit! Hahahahahah. Takdelah menakutkan sangat! Jangan risau okay, kat sini mereka menitik -beratkan soal keselamatan pengunjung.



Kalau korang nak beraktiviti di Bukit Maras, kadar harga (per individu) yang dikenakan juga berpatutan :

Tandem Paragliding - RM 200
Perkhemahan - RM 10
Pendakian Trek Denai - RM 10
Pendakian Gua Kelwar - RM 5
Acara Rekreasi Berkumpulan - RM 100 - RM 200


Sekarang ni AJ difahamkan tandem Paragliding tengah ada promosi RM 150 je. Nak tau lebih lanjut mengenai sebarang aktiviti atau promosi di Bukit Maras boleh hubungi maklumat yang AJ sertakan kat bawah ni :

Surat Menyurat :
Persatuan Meluncur Uara Negeri Terengganu,
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
Telaga batin, 23100 Kuala Nerus
Tel : 012-295 6302 (En. Anuar Bin Ngah)
Email : anuar@tipco2017.com

Komuniti dan Media Sosial

Facebook : http://www.facebook.com/hikingmaras
Instagram : http://www.facebook.com/hikingmaras
Email : hikingmaras@gmail.com
Tel (call/whatsapp) : 016-621 7227 (En. Muhd Rushdi Samsudin)
Telegram :  t.me/bukitmaras

P/s : Banyak lagi aktiviti menarik yang AJ nak cerita lepas ni. Stay tuned okay!

2 ulasan