ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Entri penutup untuk Ekspresi Media Tasik Kenyir 2019 ni, AJ nak cerita pasal penginapan sepanjang berada kat Tasik Kenyir. Dah semestinya houseboat. Ni merupakan pengalaman pertama AJ menginap dalam houseboat. Sebelum ni dengar cerita orang je dan sejujurnya mindset AJ ni kata, tempat ni hanya untuk kaki pancing. Tapi bila dah bermalam sendiri kat houseboat tu, memang lain sangat. Kalau tak memancing pun boleh je stay.
Masa trip kami ni, 2 buah houseboat digunakan, Buyong Houseboat dan Pesona Houseboat 2digabungkan menjadi 1. Sepanjang trip korang boleh lompat-lompat je mana-mana houseboat. Yang AJ duduk Buyong Hpuseboat la. Kami punya houseboat ni special sikit, kire macam ala-ala VIP sikit. Ada bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi sendiri dan ada juga yang macam dorm.
Kedua-dua buah houseboat ni 2 tingkat dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, ruang tamu, dapur dan paling best dilengkapi dengan set karaoke. Sebab tu AJ kata, kalau bukan kaki pancing pun boleh stay kat sini. AJ sepanjang 2 malam memang melalak je kejenya! Hahahahaha.
So jom AJ bawak korang teroka Buyong houseboat ni.
Amacam? Best tak?
Kalau korang nak merasa sendiri pengalaman bermalam di houseboat, korang boleh hubungi :
Buyong Houseboat
Facebook : Buyong Houseboat
Telefon/Whatsapp : 013-9347439 (Cikgu Shabri)
Pesona Houseboat 2
Facebook : Pesona Houseboat Kenyir
Telefon / Whatsapp : 016-9868344, 019-9857144, 013-9214144 & 019-5611984
Banyak pakej yang ditawarkan oleh kedua-dua houseboat ni, kalau korang ada plan nak buat family day ke, company event ke, minta je quotation dari mereka melalui contact kat atas ni okay.
P/s : Insyaallah1 hari AJ nak plan bermalam lagi kat houseboat dengan kawan-kawan AJ pulak.
menariknya houseboat
BalasPadambestnya, jom p ramai2>>mesti best
BalasPadam