ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Awal minggu lepas, AJ ke Terengganu untuk program Ekspresi Media Kenyir 2019 dengan Tourism Malaysia. Program ni bukan je melibatkan new edge media macam blogger semua, tapi mainstream media jugak. Seramai lebih kurang 23 orang peserta yang join.
Trip yang Ekspresi Media Kenyir 2019 4 hari 3 malam pada 18 sehingga 21 Mac 2019 ni bermula di Kuala Terengganu. Lepas tu barulah kami ke Tasik Kenyir.
Trip yang Ekspresi Media Kenyir 2019 4 hari 3 malam pada 18 sehingga 21 Mac 2019 ni bermula di Kuala Terengganu. Lepas tu barulah kami ke Tasik Kenyir.
Terengganu ni banyak kali jugak AJ dah jejakkan kaki, tapi takde lah pusing habis kot. Paling tidak pun pegi Pulau Kapas. AJ kan suka pulau, so Terengganu pulak memang terkenal dengan pulau yang cantik dan terpelihara macam Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Sebenarnya selain pada pulau, banyak lagi tempat menarik yang korang boleh jelajah kat Terengganu. AJ sendiri pun tak jangka Terengganu ni banyak tempat best!
Persinggahan pertama kitorang masa trip ni ialah Masjid Tuanku Nur Zahirah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung yang terletak lebih kurang 4km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ni mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding masjid lain. Dibina di atas permukaan air di Muara Sungai Ibai sekitar tahun 1993 ke 1995 menjadikan ianya masjid yang terulung di Malaysia. Kat sini selain boleh beribadat, korang jugak boleh beriadah di taman sekitar masjid.
Masjid ini berkeluasan 1,372 meter persegi dengan 38 meter ketinggian menara dan dikelilingi air sedalam lebih kurang 1.5 meter. Diinspirasikan oleh Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Nasiruddin Shah dan dinamakan sempena bonda Al-Marhum Sultan.
Kemudian kami dibawa bersarapan di Warung Norazila, Kuala Ibai. Warung ni terletak tak jauh dari Masjid Terapung. Kat sini kami dihidangkan dengan Nasi Dagang. Tak sah ke Terengganu kalau tak cuba nasi dagang!
Usai sarapan kami dibawa ke Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu yang berstatus 4 bintang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang dan gym. Dari hotel, kami dibawa menaiki beca. Jangan tak tau, ni pestime AJ naik beca tau! Hahahahaha. Beca ni macam semua orang tau merupakan pengangkutan awam utama dari zaman dulu sekitar tahun 1920an. Tapi bila dah makin moden, beca semakin dilupakan. Anak-anak muda sekarang pun dah tak berminat nak bawak beca.
Kat Kuala Terengganu ni, golongan yang masih aktif mengayuh beca berusia sekitar 60 ke 70 tahun. Caj yang dikenakan pulak sekitar RM20 satu trip bergantung pada lokasi. Kalau korang berkunjung ke Kuala Terengganu, apa kata pusing seround dua naik beca. Selain boleh cuci mata tengok kawasan sekitar, boleh jugak tolong golongan ni jana pendapatan kan?
Lokasi pertama berbeca ialah pusing sekeliling Pasar Payang dan juga Masjid Zainal Abidin. Dari situ kami dibawa ke Kampung Cina atau Chinatown yang terletak berhampiran muara Sungai Terengganu. Berusia lebih 300 tahun dan pernah menjadi tempat tinggal pedagang-pedagang dari negara China.
Apa yang menariknya kat Chinatown Kuala Terengganu ni? Kat sini terdapat pintu gerbang bercirikan seni dan budaya Cina malahan bangunan yang terdapat di sekitar perkampungan ni juga masih mengekalkan rekabentuk lama dari abad ke-15. Di bangunan-bangunan tu pulak korang boleh dapatkan pelbagai jenis cenderamata, songket, kebaya ataupun nak mengopi dan merasa masakan peranakan. Masyarakat Cina disini pula sangat fasih berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu tau! Selain tu, terdapat beberapa lorong yang dihiasi dengan lukisan dan seni moden seperti Turtle Alley. Nak ootd? Takde masalah! Kawasan ni AJ boleh katakan sangat "instagramable"!
Bila dah hampir setengah hari mengelilingi bandar Kuala terengganu, perut pun dah mula berkeroncong kan? Bolehlah singgah ke Singgang Budu. Kat sini macam-macam lauk yang boleh korang pilih. Kalau dah namanya pun singgang budu, mestilah santapan utamanya singgang dan juga budu! Macam-macam jenis singgang ada, nak ikan? Nak daging? Bereh bos!
Kalau tak nak singgang pun takpe, lauk-pauk yang ada kat situ beratur je. Tinggal korang nak pilih je! AJ ni pulak kalau dah jumpa ulam dengan budu, bende lain dah tak pandang. So far, makanan yang AJ cuba kat sini semuanya menepati citarasa. AJ ni kalau bab makan memang agak memilih sikit! So kalau AJ kata sedap, ko ghase? Hahahahaha. Tapi bergantunglah pada citarasa masing-masing kan?
Banyak lagi yang AJ nak cerita pasal trip Ekspresi Media Kenyir 2019. Ini baru setengah hari, ada beberapa lagi aktiviti yang AJ nak cerita. Stay tuned okay! Lepas ni AJ nak share keseronokan paragliding!! Tunggu tau korang. Bagi AJ cari ilham dulu. Hahahahaha! Kalau sambung kat sini berjela pulak korang nak membaca kan.
Info lokasi :
Masjid Tuanku Nur Zahirah @ Masjid Terapung
Kuala Ibai, 20400, Terengganu.
Hotel Paya Bunga
Alamat : Jalan Tengku Embong Fatimah, Off Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu, Terengganu, MY
Website : https://www.payabungahotel.com/
Tel: +609-600 6666
Fax: +609-600 6688
Kampung Cina @ Chinatown
Alamat : Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu.
Singgang Budu
Alamat : 20300, Kuala Terengganu, Terengganu.
Facebook : https://www.facebook.com/Debeq21/
Tel : +6012-9668584