The Westin Miyako Kyoto, Hotel Termewah di Kyoto

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Hari terakhir di Jepun, geng Kembara KBBA9 ke Kyoto. Disini kami menginap di The Westin Miyako Kyoto, hotel termewah di Kyoto. Salah 1 hotel yang juga menjadi tumpuan VVIP antaranya Sultan dan Tengku Ampuan Besar Terengganu pada tahun 1971 dan juga Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah pada tahun 1991.




The Westin Miyako Kyoto sekarang ni sedang menjalankan renovasi dan mereka bentuk baru bagi menjadikan hotel ni paling terkemuka di Kyoto menjelang tahun 2020. 

Bilik penginapan

Kami bertuah sebab dapat duduk di bilik yang baru je direka bentuk tau. Semuanya serba baru. Sangat selesa dan luas. Dari bilik kami boleh nampak kawasan sekitar seperti Nanzenji Temple dan juga zoo. Seperti hotel-hotel lain bawah rangkaian Miyako Hotels, disini juga menyediakan kelengkapan untuk guest Muslim. Bilik mandi pun luas dan ade bathtub! Yang buat lagi jakun kan, tandas dia automatik terbuka kalau kite ada dalam tu. Hihiihihi.







Walaupun kat Jepun, Cosmoderm tetap tak tinggal. Kembara halal KBBA9 mestilah bawak travel companion halal juga. Hehehhee.

Disini pelbagai kelengkapan dan fasiliti disediakan untuk para pengunjung termasuklah gym, kolam renang (indoor/outdoor), jakuzi dan paling menarik premium lounge di tingkat 9 yang membolehkan kita tengok pemandangan yang lebih luas dari atas.






Bagi mereka yang nak buat majlis perkahwinan pula, kat sini menyediakan dewan bankuet dengan design menarik yang di dalamnya terdapat Aoiden Garden. Masa kami dibawa melihat sekitar hotel, hujan pulak makanya tak dapatlah berjalan dalam taman.






Selain tu, terdapat juga Chinese Restaurant dan juga sebuah tempat khas untuk "tea ceremony"


AJ juga berpeluang melihat sendiri bilik yang kedua termahal iaitu Higashiyama Suite Room berharga RM18,000. Staff hotel kata, bilik ni penah diduduki oleh Tom Cruise.



Sajian makanan

Misi utama geng Kembara KBBA9 ni nak war-warkan pasal hotel yang menyediakan makanan halal di Jepun. Jadi, The Westin Miyako Kyoto merupakan salah satu hotel yang menitik beratkan halal untuk guest Muslim. Kafe disini sangat teliti, setiap makanan diletakkan label bahan. Jadi takdelah kita yang Muslim ni terambil makanan lain dan bagus untuk mereka yang ada alahan makanan.


Sepanjang menjamu selera di Aquablu, kami diiringi oleh Chef Murat yang berasal dari Turki. Chef Murat ni dah lama berkhidmat disini tau dan beliau banyak membantu kami menerangkan status halal makanan yang dihidangkan. Kat sini pun kami makan menggunakan pinggan dan cawan kertas.









Untuk sarapan pagi pula, terdapat halal corner yang tak bercampur dengan makanan lain. Cara penyediaan makanan pun menggunakan dapur yang berasingan dan perkakas juga telah dilabel dengan perkataan halal. 






Paling best, chef sendiri buatkan omelete untuk kami. AJ siap request extra cheese lagi! Hahahahaha.




Terima Chef Murat atas layanan sepanjang di Aquablu.

Pengangkutan awam dan kawasan sekitar

Kalau nak menginap di The Westin Miyako Kyoto, korang boleh menaiki bas perantara yang disediakan di stesen Kyoto. Jika nak naik tren, korang boleh berhenti di stesen Kaege yang terletak bersebelahan hotel.


Kat Kyoto ni banyak tempat yang boleh korang singgah antaranya Kaege Incline, landasan keretapi lama dan Nejimanpo (Spiral Brick Tunnel) yang ada di sebelah hotel.


Lepas tu korang boleh ke Nanzenji Temple. 10 minit je berjalan dari hotel. Pemandangan kat sini cantik sangat. Nak pulak hari terakhir tu kan, daun-daun dah start merah. Bentuk temple kayu yang unik pun menarik perhatian AJ sepanjang berada kat Nanzenji ni tau!






Selain tu, korang boleh ke Fushimi Inari yang terletak lebih kurang 30 minit dari hotel menaiki teksi ataupun tren. Kat sini menariknya terdapat banyak pintu gerbang berwarna oren dari bawah sampailah ke puncak Mt. Inari. Fushimi Inari ni salah satu kawasan temple. Yang AJ boleh tengok ramai yang berhajat datang kat sini dengan menggantung gerbang oren mini sebagai simbolik. Macam kita, berdoalah tapi dengan cara mereka sendiri.




Sebelah malam pulak, boleh ke Kyoto Tower. Cuma 2 stesen je dari Kaege. Kami sempatlah singgah di Kyoto-Yodobashi Mall disebelah Kyoto Tower tu cari jam. Kalau sesiapa yang nak tengok sekitar Kyoto dengan lebih jelas, bolehlah naik ke atas Kyoto Tower ni. Tapi diorang masa matahari nak terbenam lagi cantik.



Selain tu boleh ke Arashiyama Bamboo Groove , Nijo Castle ataupun Nishiki Market kalau berkesempatan. Kami tak sempat singgah. Sob sob sob. Tapi takpe, banyak sangat tempat yang kami dapat pegi sepanjang berada di Jepun.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Miyako Hotels Group untuk penginapan yang superb selesa. Tak lupa juga kepada J-Horizons fan Cosmoderm. Dan tak lupa kepada Seino-san yang banyak bantu kami sepanjang trip. Semoga berjumpa lagi! 😍



P/s : Jepun! AJ pasti kembali.....


1 ulasan