ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kalau korang impikan percutian mewah di Jepun, apa kata korang menginap di Shima Kanko Hotel yang terletak di Kashikojima. Hotel mewah ni terletak di Ago Bay dan biasa diinap oleh VVIP. Tahun 2016 perhimpunan G7 Ise-Shima Summit telah diadakan disini dan dihadiri oleh beberapa orang kenamaan seperti Shinzo Abe, perdana menteri Jepum sendiri, Barack Obama President US, Justin Trudeau Perdana Menteri Canada dan ramai lagi.
Terdapat 2 buah hotel iaitu Shima Kanko Hotel The Classic dan juga Shima Kanko Hotel Bay Suites yang terletak bersebelahan. Kami menginap di The Classic, memang best! Paling menarik pemandangan dari dalam bilik menghadap teluk dan jauh dari kesibukan kota.
Bilik penginapan
Bilik yang geng Kembara KBBA9 huni kali ni juga sangat mesra Muslim. Menyediakan sejadah dan kompas kiblat.
Katil dan bantal sangat selesa. Lepas perjalanan yang jauh tu kan, letak kepala terus hanyut je dibuai mimpi. Hehehehe. Bilik mandi juga dilengkapi dengan toiletries dan bathtub! Memang lagi lama la AJ duduk dalam bilik air tu.
Disini terdapat pelbagai kemudahan antaranya kolam renang yang terletak diluar bangunan berkonsepkan dalam taman, ada onsen macam jakuzi air panas tu la dan juga menara tinjau di tingkat 6 untuk tengok pemandangan semasa matahari terbenam. Pukul 9 pagi, setiap hari guest hotel akan dibawa melawat sekitar bangunan, melihat sendiri struktur asal Shima Kanko Hotel dan juga G7 Ise-Shima Summit Gallery.
Sajian Makanan
Malam pertama di Shima Kanko Hotel kami dihidangkan dengan hidangan Fine Dining di french Restaurant, La Mer The Classic. Hidangan makan malam ni berasaskan seafood. Bab halal pun AJ tak ragu-ragu sebab bila dimaklumkan kami Muslim je terus mereka tukar set pinggan mangkuk dan alihkan cawan wine dari meja. Kat Jepun, AJ memang respek dengan diorang punya sensitiviti mengenai Muslim.
Sarapan pagi juga dihidangkan di La Mer. Terdapat 2 jenis sarapan yang boleh korang pilih iaitu Japanese Breakfast dan Western Buffet. Dah kata pegi Jepun, mestilah AJ pilih Japanese Breakfast. Hidangan ni memang sangat mengenyangkan dan staff yang bertugas pun alert pasal status kami sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah.
Malam kedua pulak, kami dihidangkan dengan Japanese Dinner di Hamayu Restaurant, Bay Suites. Kat sini staff dia berpakaian kimono, nampak klasik sangat. Nama menu yang kami jamah pun semua dalam tulisan Jepun. Hehehehe. Yang pastinya, halal! Kat sini memang mewah sugguh hidangannya, lepas 1, 1 diorang keluarkan lengkap dengan pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut.
Pengangkutan awam dan kawasan sekitar
Kalau menginap di Shima Kanko Hotel, kite kene naik keretapi. Dari stesen Osaka Namba, kami naik Kintetsu Limited Express ke Kashikojima yang memakan masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan banyak pemandangan menarik tau. Dari bandar ke kawasan perkampungan boleh tengok.
Kalau menginap di sini korang boleh pegi ke beberapa kawasan tarikan antaranya ke Okage Yokocho dan Ise-Jingu Naiku. 2 tempat ni terletak di kawasan yang sama. So dalam masa 1 hari boleh habis.
Okage Yokocho ni macam sebuah perkampungan, banyak makanan dan cenderamata boleh didapati disini. Tapi harga dia agak tinggi jugaklah. Tapi mutiara murah! Sebab Ise-shima memang terkenal dengan pengeluaran mutiara Mikimoto. Tau kan, ade crown Mikimoto dalam pertandingan Miss Universe? Haaa, dari Jepun la!
Ise-Jingu Naiku pulak sebuah hutan yang dijaga rapi dan tempat beribadat. Kat sini ada beberapa temple. Kalau korang pegi certain time, bolehlah tengok persembahan drum.
Nak kesini korang kene naik keretapi tempatan ke Isuzugawa dan naik bas ke Naiku. Dalam 45 minit perjalanan dari Kashikojima.
Selain tu korang boleh ke Shima Marineland. Kat sini ada beberapa buah akuarium yang ada banyak spesis ikan laut. Paling besar berukuran 150 meter. Besar kan? Korang juga boleh tengok pertunjukan bagi ikan makan. Teruja AJ tengok tau! Ngeri pun ye bile tengok ikan besar-besar tu serbu si pemberi makan. Penguin pun ada kat luar tu. Happy je AJ tengok diorang berenang-renang.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh korang pegi kat Ise-shima ni. Tapi masa tak mengizinkan kami jelajah semua tempat sebb kami nak jelajah Kyoto pulak. Insyaallah kalau ada rezeki kami jejak lagi Shima Kanko Hotel.
Terima kasih Miyako Hotels Group dan J-Horizons, tak ternilai rasanya pengalaman ni.
P/s : AJ suka laut, tapi pegi time autumn. Mau beku kalau mandi laut! Hehehehe.
Tiada ulasan