Kintetsu Rail Pass Memudahkan Perjalanan Sepanjang di Jepun

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Rindunya suasana kat Jepun, tak puas rasa seminggu kat sana. Huhuhuhuhu. Rasanya, kat sana semua teratur termasuklah kenderaan awam macam keretapi, bas dan sebagainya.

Sebagai pelancong, mesti banyak nak berjalan kesana sini kan? Tapi kalau korang nak beratur beli tiket setiap kali nak gunakan kenderaan awam, susah jugakkan? 

Bila kat sana kan, kita wajib ada pass perjalanan! Terus terang AJ cakap kos kat sana tinggi dibandingkan dengan duit kita. So kami pilih Kintetsu Rail Pass bagi memudahkan perjalanan sepanjang kat Jepun.



Yelah kat sana J-Horizons (M) Sdn Bhd, bagi kami trip ala-ala backpackers. Free and easy sesuai untuk mereka yang tak nak terikat dengan masa sangat. Tapi nak pilih ada orang yang guide pun okay, ikut kesesuaian masing-masing. 

Berbalik pasal Kintetsu Rail Pass, kat Jepun kenderaan awam memang kenderaan utama yang digunakan oleh rakyat Jepun. Kereta pun tak banyak sangat AJ rasa. Jalan sikit pun tak jem. Sebagai orang luar, chances untuk sesat tinggi woo. Line railway dia banyak sangat! Silap naik ke lain peginya. Hehehehe.



Kintetsu Rail Pass ada beberapa jenis, korang boleh pilih pass untuk 1 ke 5 hari bergantung kepada hari korang melancong. Dengan pass ni korang boleh naik semua Kintetsu Railway line tanpa batas ke Osaka, Nara, Kyoto, Ise-Shima dan Nagoya.



Tren pulak korang boleh naik regular train termasuk Rapid Express, Express, Semi Express dan tren tempatan. Dan korang boleh menaiki Limited Express train tapi korang kene tambah sikit duit tambang sebab tempat duduk dalam tu bernombor (reserved seat) dan ada pelbagai kemudahan seperti kafe, tandas dan loker untuk bagasi. Bilik solek pun ade tau!





AJ berpeluang merasa naik kesemua jenis tren. Best sangat! Dan yang paling best ialah Limited Express train dari Osaka ke Kashikojima dan Premium Train Shimakaze dari Kashikojima ke Kyoto. Walaupun kami naik tren 2 jam setengah setiap 1 perjalanan. Tak terasa ape pun. Kalau tren biasa-biasa pun dah selesa. Yang ni apatah lagi!




Istimewanya kedua-dua tren ni ialah kite ada tempat duduk sendiri. Lepas tu macam AJ cakap kemudahan yang ada dalam tren tu la dan tren lebih selesa serta luas. Jangan tak tau, tren Shimakaze siap ade kerusi urut tau kat semua seat. Hilang lenguh-lenguh sendi dalam perjalanan ke Kyoto tu.

Naik Shimakaze tak perlu transit kat mana-mana stesen pun, perkhidmatan tren ni terus je dari Kashikojima sampailah ke Kyoto.

Cara membeli Kintetsu Rail Pass

Cara nak dapatkan Kintetsu Rail pass ni mudah je. AJ sarankan korang beli sebelum sampai di Jepun sebab harga yang ditawarkan murah sikit berbanding beli kat Jepun. Nanti sampai sana tinggal nak amik pass je. Senang kan?

Layari : https://www.ticket.kintetsu.co.jp/vs/en/e-ticket/ untuk menempah tiket KintetsubRailwayy Pass korang ataupun untuk sebarang maklumat lanjut.

P/s : Nak plan gi Jepun lagi tahun depan. Hehehee.





5 ulasan

  1. Aduh hai. Nampak menarik perjalan ni. Direview pula blogger comel c

    BalasPadam
  2. Mudahnya ada pass camni, perjalanan jadi lancar sangat!

    BalasPadam
  3. Betul, nak travel lebih senang beli rail pass camni. Jimat masa tak yah beratur tiap kali beli tiket

    BalasPadam
  4. Bila lah boleh dapat g Jepun. Huhuhu.

    BalasPadam
  5. Cantiknya topi with love ayujean tu...pandai bawak props pi travel kagum kak juju tgk tau ayue hehhee...bab naik train di Jepun mmg hebat...seronok tgk pengembaraan ayu bersama team.

    BalasPadam