ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Baru balik dari Jepun, dah sebok nak plan trip ke tempat lain kan AJ ni? Sebenarnya lama dah AJ ni berangan nak ke Lombok... Bila tengok kawan-kawan post gambar kat Gili Trawangan tu, AJ pun rase diawan-awangan je dah sampai sane. Hehehe.. Teruk nau berangannya.
AJ ade suarakan hasrat nak ke Lombok ni kat Mr.JR tapi keadaan kewangan masa tu pulak terbatas. So tertangguhlah plan cuti ke Lombok AJ tu. Baru ni kan, AJ ade tengok Traveloka tau. Belek punya belek nampak pulak pasal Lombok tour packages ni... Eh? Macam seronok je.. AJ rasa ni la peluang yang ditunggu-tunggu!
Okay cerita pasal Traveloka ni, AJ memang selalu sangat buat booking dengan diorang. Tak kire la dalam website ataupun aplikasi mudah alih, Traveloka tetap jadi pilihan AJ. Nak tau sebab apa? Sebab AJ yakin 100 peratus ianya selamat bila buat apa-apa booking dan transaksi. Samada bercuti di dalam atau luar negara, tempahan yang kite buat memang dah secure untuk kita.
Sekarang ni AJ nampak ada pakej kombo flight + hotel , harga pakej yang ditawarkan pun AJ rasa berbaloi. Senang keje la cite dia, kalau tak kite nak kene tengok tarikh dan tiket flight, lepas tu nak cari tempat untuk kite stay lagi, dah jadi banyak keje. Katakan tarikh yang kita nak tu takde flight, dah kene buat plan lain. Nak plan trip tu bukan mudah! AJ ni pulak kalau boleh semua nak shortcut. So pakej kombo ni memang sesuai sangat dan pilihan terbaik.
Makanya, AJ pun selak kalendar sambil bukak aplikasi Traveloka. AJ rasa macam bulan April 2019 nak ke Lombok tu. Sambil-sambil tu AJ buat carian pakej Lombok.
Jom AJ bawak korang teroka aplikasi ni. Cara nak guna memang senang. Apps ni user friendly. Carian pun meluas, lepas tu paling best boleh cari ikut bajet korang. Takdelah isu terlebih bajet dan terkurang duit shopping! Hahahahahaha.
Oh ya, sebelum tu kan pakej kombo ni boleh didapati melalui website dan android je tau. Kalau korang pakai IOS, coming soon baru ade feature ni.
Okay first skali kenelah muat turun apps Traveloka dari android play store, yang IOS guna website tau. Dah bukak tu pilihlah pakej kombo kat tengah tu dan masukkan butiran tempat yang kite nak pegi. AJ mestilah pilih Lombok kan! Tempat idaman tu... Hehehehhe.
Jom AJ bawak korang cara nak buat tempahan dengan Traveloka. Ini cuba-cuba je dulu. Hehehhee.
1. Dah tau destinasi masukkan tarikh trip dan tempoh percutian idaman korang.
2. Pilih kombinasi flight + hotel yang ditawarkan mengikut bajet.
3. Semak butiran flight + hotel. Sekiranya berpuas hati boleh proceed untuk booking.
5. Masukkan butiran penumpang untuk urusan pembelian tiket penerbangan. Kat sini pastikan semua butiran tepat supaya tiada masalah mas nak travel nanti. Lagi 1 pastikan passport korang masih valid lebih daripada 6 bulan semasa trip tu.
6. Buat pembayaran la! Lepas semuanya selesai, e-tiket dan baucer akan dihantar kepada alamat emel yang berdaftar dengan Traveloka.
Senang je kan? Dah selesai semua barulah rasa gembira nak buat itirenary masa kat sana nanti. Sekarang ni AJ nak pegi jenguk-jenguk gambar kawan AJ kat Lombok tu. Nak tanya mana dia pegi, tempat makan mana yang best, kat mana nak cari cenderamata dengan harga berpatutan semua. Bila dah tau, barulah jimat hebat!
Rahsia dia? Amik je pakej kombo flight + hotel Traveloka. Bijak tak AJ? Hehehehhee...
Okay jom AJ bawak korang tengok Lombok pulak, mana tau kot lepas baca entri ni korang pun mengidam nak ke sana.
Pulau Gili (Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air)
Pulau Gili merupakan gugusan 3 buah pulau yang dikatakn cantik dan terletak di bahagian barat laut Lombok. 3 buah pulau ini adalah Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Antara 3 buah pulau ini, Gili Trawangan adalah pulau yang paling popular dikalangan pelancong. Sebab tengok gambar Gili Trawangan la AJ tertarik nak kesana tau!
Rinjani Lodge
Bila tengok gambar kolam infiniti je AJ dah eksited. Pemandangan dia tu, perghhhh menarik! Rasanya tak terucap dengan kata-kata. Dari Rinjni Lodge boleh tengok pemandangan semulajadi pergunungan dan hamparan hutan hijau. Sejuk mata memandang. Kalau ada masa dan cukup stamina, korang boleh cuba memdaki Gunung Rinjani jugak!
Gua Bangkang
Bagi mereka yang sukakan cabaran, boleh ke Gua Bangkang. Kata orang, masuk dalam gua ni dah rasa macam filem Hollywood. Kot ada yang fefeeling nak jadi Indiana Jones, sesuai sangat kesini. Barulah adventure kan!
Gua Bangkang juga dikenali sebagai Goa Gale-Gale, korang boleh tengok ribuan ekor kelawar mengepakkan sayap masa matahari mula terbenam. Jangan lupa untuk bawak topi atau payung. Kalau tak, korang tau la ape akan jadi kan? Hehehehehe.
Air Panas Aik Kalak
Air Panas Aik Kalak ini terletak berdekatan kawasan perkhemahan Gunung Rinjani. Laluan nak masuk pun katanya mencabar. So kalau sesiapa yang nak mendaki gunung tu boleh la ke tempat air panas ni. Katanya dapat menyembuhkan seribu satu macam penyakit. Nak tajamkan penglihatan pun boleh. Tapi wallahualam, nak tau kene cuba sendiri.
Nota : Gambar hasil carian google.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat Lombok ni. Tak sabar pulak AJ nak teroka kawasan sekitarnya. So sape nak join? Jom Ke Lombok dengan Traveloka!
Tiada ulasan