D'apartment / D'Holiday Suite @ Mahkota Hotel! Apartment Ke Apa Ni?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bulan lepas AJ ade berjalan-jalan kat Melaka. Ye, Melaka lagi! Hehehehe. Walaupun plan nye macam-macam tempat, penyudahnya akan berakhir kat Bandaraya Bersejarah juga.

Macam biasa, partner bercuti AJ mesti geng bujang AJ la. Sape lagi kalau bukan Mr. JR, Razi dan Nan.  Tapi kali ni AJ tanak cite dulu pasal tempat yang kitorang pegi. Tapi nak cerita pasal apartment yang kitorang stay tu. Berhantu ke?

Plan cuti ni jadi sebab AJ dapat voucher RM200 dari Traveloka masa join event dengan Butterfly Malaysia, disebabkan masa nak redeem dah betul-betul suntuk. AJ book je kat Mahkota Hotel Melaka. AJ memang dah selalu stay kat sana sebab senang, dia terletak kat tengah-tengah town. So, tanpa ragu dan was-was AJ book apartment 2 bilik D'apartment / D'Holiday Suite @ Mahkota Hotel ni.



Masa ni AJ memang tak perasan yang AJ dah "ter"booking apartment yang bukan bawah selengaraan Mahkota Hotel sendiri. Maksudnya AJ amik unit persendirian. Tapi diorang register bawah Traveloka la.

Okay, masa dapat confirmation email tu baru AJ perasan. So takpe la, dah booking pun. AJ pulak tak baca review masa booking. Inilah silap AJ. Sampailah hari kitorang pegi Melaka.

Pertama sekali, nak amik kunci bilik punyalah jauh. 10 minit drive dari Mahkota Hotel tu, sebab kene amik kat orang yang manage apartment tu iaitu D'Hotel. Diorang patutnya kene deliver kunci tu kat Mahkota la, buatnya yang booking tu takde transport sendiri macam mana?

Lepas tu bilik kat tingkat 14. So seronoklah dapat unit yang tinggi ni. Boleh nampak view best-best katanyaaaa... Tapi bila masuk bilik tu, AJ terkedu kejap....

Sofa nampak dah legam, tak tau la berapa lama tak cuci. Bahagian dapur takde langsir ataupun blind. Pastu cerminnya tak tinted. So korang buat apa dalam apartment tu, orang unit depan boleh nampak. TV pulak yang petak zaman bile punya entah. Tapi takpe, AJ kalau cuti mane tengok TV. Bz jalan dengan cari makan! Hahahahaah. 

Tingkap dapur dekat ngan ruang tamu. Tapi lupa amik gambar ruang tamu dia! Sorryyyy...

Masuk bilik lagi terkedu. Bukak sius lampu, nampak pulak notis tampal kat dinding almari bagitau aircond tak boleh adjust. Dahlah aircond punya adjuster controller tu pun terkeluar. Aircond pulak jenis lama yang tak pakai remote. Lepas tu almari rosak, tak boleh bukak. Pintu almari pun macam nak roboh! Dengan dinding pun teruk. Hurmmmm...



Katil pulak? Ya.. Sangat nighmare! Cadar dan sarung bantal pun kotor, siap ade kesan-kesan warna merah kuning entah pape tu. Alamak, nak tidur pun macam seriau je. Langsir bilik pun koyak!

Ni ape niiii??? Euwwww!
Langsir koyak!

Malam tu pulak, lepas balik dinner baru AJ perasan aircond dia leaking! Habis menitik-nitik air aircond tu. Sampai banjir lantai. Penyudahnya AJ amik tong sampah buat tadah air tu. Tapi still air aircond tu merembes kat memana! Dahlah amik 3 hari 2 malam! Nak taknak kami stay je la. Mana nak cari tempat lain sebab kami pegi masa cuti Hari Malaysia. Waaaaaa!




Okaylah, kalau korang nak plan cuti kat memana or nak book hotel tolonglah baca review dulu. AJ ni memang selalunya baca review. Tapi sebab kelam kabut nak redeem voucher yang nak expired hari tu jugak AJ main booking dan buat bayaran je.

Kalau kata nak ke Melaka kan, tolong jangan booking unit apartment persendirian di Mahkota Hotel yang bernama D'apartment @ Mahkota Hotel. Kalau tak korang akan menyesal macam AJ! Huhuhuhu. Oh baru check kat Traveloka, diorang dah tukar nama ke D'Holiday Suite @ Mahkota Hotel!

Nah, bacalah review orang yang dah penah stay kat sini. Ok ke idok?






Banyak yang tak okay dari okay weh!


P/s : AJ nak email Traveloka pasal Apartment ni, harap ada tindakan la.


28 ulasan

  1. Harap dapat pembelaan, tuntut! Tuntut! Tuntut!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Akan aku buat tuntutan.. EH!
      Hahahahaha..

      Padam
  2. Adoi. . Terokkkks sangat! Complain complain supaya tak kan ada org lain pun terkona!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kak Nina, nanti nak log complaint. Teruk sangat apartment dia....
      Seram gile..

      Padam
  3. Makkk aihhhhh... Seramnye dpt bilik mcm ni... Brapa lama xbasuh cadar tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau la... Nak tidur pun cam krik krik je...
      Huhuhuhuhu...

      Padam
  4. Huhuhu.. Scary nya bilik yg kirang stay..Thanks Ayu sbb share.. Lepas ni kena hati2 bila nak book..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang... Scary... Lagi scary dari bilik berhantu tau...
      Hiihihihihi.... No problem, harap takde yang gi book lagi apartment ni.

      Padam
  5. Uish... Dah ramai komplen pun buat dek je ea... Aiseyyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la kak Moha, orang nak suh Traveloka view balik dia ni...
      Bagi bad review kat diorang je nanti...

      Padam
  6. Sian yer ayue.. semoga pihak traveloka ada buat tindakan la.

    BalasPadam
  7. Teruknya! Tak sanggup nak stay situ, nampak scary pun ya huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini terpaksa stay kak...
      Sebab hari cuti umum kan...

      Padam
  8. Ni maintenance and housekeeping tak penah masuk ni,ya ampunnn ,bawa anak kecik mmg tak leh tido gini huhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpe kak sue.... Sekladar nak cedok duit je ni orang rasa...

      Padam
  9. Balasan
    1. Tu la... Kalau tengok sofa dia lagi la...
      Hahahhahha...

      Padam
  10. Teruknya servis... Eiii geli tgk katil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok pun geli.. Yang duduk situ lagi la..
      Hahahhahaha...

      Padam
  11. scary oit. apa kebenda lah apartment mcm nih. ishhhh.. naya btul. hrp Traveloka review komen2 sblmni & banned je dari list

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, nanti nak hantar email rasmi kat Traveloka....

      Padam
  12. makkk oiiii teruknya,
    part cadar tompok² pelbagai color tu yg paling scary TO THE MAX

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahaha.. Tu la, nak tdo pun fikir 100 kali!

      Padam