Persediaan ke Jepun, Dapatkan JR Pass di Matta Fair 2018!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal November nanti, AJ akan ke Jepun dengan 3 orang lagi geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Excited? Tak payah nak cakap sebab ni kali pertama AJ nak jejakkan kaki Jepun yang dikenali sebagai negara Matahari Terbit.

Bermula September ni, memang AJ duk cari info sebagai salah 1 persediaan nak ke Jepun nanti. Dari apa yang AJ baca, Jepun memang nombor 1 bab kenderaan awam ni. Kebanyakkannya menggunakan tren dan bas. So JR PASS ni merupakan benda penting yang AJ kene sediakan.




Apa itu JR PASS?

JR PASS ataupun Japan Rail Pass ialah pas untuk keretapi untuk perjalanan dari 1 destinasi ke 1 destinasi di Jepun. Yang bestnya pas ni dikhaskan untuk penggunaan pelancong asing sahaja dan menawarkan pengunaan tren tanpa had untuk lebih kurang 1 ke 3 minggu dengan kos yang sangat efektif.

Pengunaan JR PASS

✿ Pas ini sah digunakan di hampir semua tren yang dikendalikan oleh rangkaian JR di seluruh negara termasuk Shinkansen (bullet train), Limited Express, Express, Rapid dan tren tempatan.

✿ Tokyo Monorail ke/ dari Lapangan Terbang Haneda

✿ JR Feri ke Miyajima

✿ Sesetengah kereta api bukan JR untuk mengakses laluan JR terpencil seperti :

- Kereta Api Aoimori antara Aomori, Noheji dan Hachinohe untuk mengakses Jalur JR Ominato ke Semenanjung Shimokita.

- IR Ishikawa Railway antara Kanazawa dan Tsubata untuk mengakses Laluan JR Nanao ke Semenanjung Noto.

- Ainokaze Toyama Railway antara Toyama dan Takaoka untuk mengakses JR Himi Line dan JR Johana Line.

✿ Bas JR tempatan yang dikendalikan oleh JR (bukan lebuhraya) bagi beberapa laluan antaranya :
Yamaguchi - Hagi
Stesen Kyoto - Ryoanji - Takao
Stesen Kanazawa - Kenrokuen
JR bas ke Lake Towada
JR bas pelancongan di Hiroshima
JR bas bandar sekitar Sapporo
JR bas tempatan ke Kusatsu Onsen



Pendek kata JR PASS ni meliputi hampir semua kawasan dari Hokkaido ke Kyushu. Ada JR Hokkaido, JR West, JR Kyushu, JR Shikoku, JR Central dan JR East.

JR East PASS Takoku Area / Nagano, Niigata Area




JR East ni cover untuk 2 area tau iaitu Tohoku Area / Nagano, Niigata Area. jangan tersilap beli pulak nanti. Hihihihihi. Tak sabar pulak AJ nak menjelajah Jepun dengan JR PASS ni tau. Kalau nak tau area mana yang AJ akan pegi nanti, kenelah tunggu bukan November. Yang pasti banyak tempat menarik yang boleh AJ dan geng pegi dengan adanya JR PASS ni.



Eh duk cerita pasal pas ni je kan, kat mana nak dapatkan JR PASS ni?

Ada 3 cara sebenarnya yang membolehkan korang beli JR PASS antaranya :

✿ Beli daripada agensi perlancongan
✿ Melalui website www.eastjapanrail.com
✿ Beli semasa berada di Jepun



Nak lagi senang? 7 hingga 9 September 2018 ni kan ada MATTA FAIR 2018 di PWTC (Hall 1), korang boleh ke booth yang tertera dalam poster di bawah. Tanyalah A-Z apa yang korang nak tau pasaL JR PASS okay. Nanti siap ada hadiah misteri lagi tau!



Tak sempat nak ke Matta Fair? Boleh hubungi J-HORIZONS di talian 03-21610922 untuk pembelian.

AJ pun akan ke MATTA FAIR 2018 hari Sabtu ni. Jumpa disana tau! 


3 ulasan