Nak Beli @Hurr.TV

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Beli online sekarang ni memang dah jadi pilihan almost semua orang, AJ pun sekarang ni jarang sangat nak gi store atau outlet. Kadang rasa macam tak berbaloi je pegi sana. Yelah kat KL ni nak shopping pun kene fikir duit minyak, tol, parking. Kadang lagi mahal dari harga barang yang kita nak beli tau! Hahahhah. Sadis okay! Ini AJ dengar ada 1 program baru yang korang boleh shopping secara online je. Nak tau apa? Meh baca entri ni.



Sape penah dengar pasal program Nak Beli @ hurr.tv? Kalau nak tau rancangan ni merupakan rancangan terbaru hurr.tv menampilan instafamous untuk jual barang-barang pre-loved diorang. Korang mesti ada teringin nak ada baju ke, beg ke macam diorang kan? so inilah masanya nak dapatkan barang-barang tu. Tapi special dia, korang dapat hak milik instafamous tu sendiri.

Nak beli @ Hurr.TV akan menampilkan beberapa orang instafamous  macam Sharifah Rose, Nisha Izzati,  Ikashafarey, Syuhaila dan beberapa orang lagi selama lapan minggu. Dalam setiap episod personaliti media sosial kegemaran anda akan menampilkan koleksi barangan peribadi mereka yang akan dijual dengan harga menarik di laman web Beli@hurr. 






Empat episod web pertama ‘Nak Beli’ akan disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam setiap hari Jumaat bermula 20 April 2018 sehingga 11 Mei 2018, dan empat episod web berikutnya pada jam 12 tengah hari bermula 18 Mei sehingga 8 Jun 2018 di laman web www.hurr.tv. Barangan pre-loved yang ditampilkan boleh didapati secara eksklusif di laman web beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv.


Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Arah aliran untuk memilih barangan pre-loved memang telah ada sejak dulu lagi dengan kehadiran kedai vintaj, flea market, car boot sale, bazaar, kedai amal dan sebagainya. Kini, pembelian barangan pre-loved secara online sudah lazim di kalangan belia. Menerusi program ‘Nak Beli’, penonton bukan sahaja berpeluang untuk mengenali lebih dekat personaliti kegemaran mereka, malah koleksi peribadi mereka juga boleh diperoleh dengan harga yang rendah dan mampu milik.”

Tambahnya lagi, “Menjelang bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk penonton membeli-belah barangan pre-loved yang dipaparkan dengan harga yang menarik sekaligus bergaya dengan koleksi berkenaan di musim perayaan. Sudah pasti membeli barangan pre-loved adalah alternatif untuk pembeli bijak yang mahukan harga lebih baik, membantu mengurangkan pembaziran dan mesra alam serta memberikan keseronokan dan kepuasan yang hebat kepada pembeli.”

Dalam episod web pertama yang disiarkan pada 20 April lepas, Sharifah Rose memperkenalkan sepuluh barangan peribadinya termasuk baju, kasut tumit tinggi, tas tangan dan shawl yang dijual secara eksklusif di laman web Beli@hurr, http://shop.hurr.tv. Barangan pre-loved Sharifah Rose mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan sejumlah enam daripada sepuluh barangan yang diperkenalkan berjaya dijual di dalam tempoh dua jam selepas program berlangsung. Wow sangat kan? So korang tak teringin ke nak dapatkan barangan instafamous, influencer lain. Eksklusif tu walaupun pre-loved!


Saksikan episod web pertama di sini: https://www.hurr.tv/jom-layan/nak-beli/sharifah-rose/



Untuk episod 3 nanti kita ada sape pulak? Haaa. Kita ada Kasha! nak tau apa yang Kasha jual? Jangan lupa esok, Jumaat jam 8.30 malam tau. manalah tau ada barangan pre-loved Kasha yang korang berkenan ke. Tengok tau, jangan tak tengok!







Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti hurr.tv di:
WebsiteFacebookYouTubeInstagram Twitter

MENGENAI HURR.TV

hurr.tv ialah hab digital gaya hidup kontemporari yang dilahirkan dari keperluan untuk mencipta portal yang memberikan nuansa segar dengan tumpuan pada kandungan yang hiburan, urban, relevan dan realiti di layar internet. Ruang ini kami dedikasikan untuk memenuhi kapasiti inspirasi anda merangkumi segenap halaman gaya hidup; dari trend style terkini, gosip hangat artis Malaysia, teknik tata rias paling ‘on -point’, resepi ‘simple’ dan mudah, idea dan tips DIY hiasan rumah, kembara berkayuh sambil beramal, hinggalah tips -tips kesihatan khas untuk anda tampil unggul secara fizikal dan spiritual sepanjang hari! Percaya atau tidak, apa yang kami tampilkan di sini adalah sesuatu yang kami lihat, fikir, dan rasa ia perlu disampaikan kepada anda semua. Hanya yang hiburan, urban, relevan dan realiti di hurr.tv.

P/s : Nak Beli tak? Jom tengok Nak Beli @ Hurr.tv!

Tiada ulasan