ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Macam setiap tahun, Zende Restaurant, Seri Pacific Kuala Lumpur juga ada menyediakan pakej buffet Ramadhan 2018. Konsep pada tahun ni kan, " Santapan Buka Puasa ". Banyak juadah yang tak kurang hebat yang ditawarkan tau antaranya kambing bakar (ini bagi AJ memang wajib!), kacang pool, Nasi Briyani Gam, Nasi Kandar, Sup Gearbox dan pelbagai lagi. Pada AJ kan semuanya menepati citarasa AJ.
Hidangan pertama yang jadi pilihan AJ semestinya bubur lambuk. Tetiap kali puasa, AJ mesti nak makan bubur lambuk. Kat sini bubur dia memang A, lebih kurang macam bubur lambuk Kampung Bharu je rasa dia tau. Cukup rasa segala rempah dan isinya. Puas hati makan!
Lauk-pauk Melayu pun ada tau. Yelah, kadang bila bawak orang-orang tua, mana maunye diorang makan makanan hipster ni kan. Kat sini juadah tempatan nye AJ boleh katakan memang membuka selera. Ada masak lemak telur itik, masak lemak nangka, sambal udang petai, asam pedas ikan pari, daging masak hitam yang empuk, tumis siput buluh sos pedas ataupun pepahat, pelbagai jenis kerabu dan juga ulam-ulaman beserta aneka sambal.
Hidangan wajib kambing golek pulak dipadankan dengan nasi briyani gam tu kan memang mengancam! Nasi dia cukup rasa rempah siap ada telur rebus lagi dalam tu. Power! Lepas tu ada pulak nasi kandar dengan kari, kuah dalca, ayam goreng, ikan goreng, papadom dan sayur.
Selain tu, yang lain pada lainnya kat Zende Restaurant, Seri Pacific Kuala Lumpur ada sup gearbox tau! AJ ni penggemar sup, semestinya hidangan ni berjaya menambat selera AJ. Nak pulak bila nampak sum-sum dia tu. Terangkat abis! Tapi nak pesan siap-siap tau, sapa ada masalah kesihatan tu jangan la makan sorang. Kongsi dengan keluarga atau kengkawan la ye. Jadilah buat rasa kan. Hehehehehehe.
Kat sini hidangan shellout pun ada, pekat likat kuah black pepper nye tu. Pizza dan lok lok pun ada juga. Segar je nampak cucuk-cucuk dia tu. Aneka goreng satay skewer pun tidak terkecuali, didatangkan dengan pelbagai pilihan.
Sampai kat pencuci mulut, rasa taknak berhenti makan pulak! Hahahahha. Pilihan buah-buahan, kuih-muih tradisional memang banyak, ada juga pilihan dessert yang pelbagai termasuk kek coklat serta chocolate fountain. Paling besttttttt. Cendol durian! Siap letak seketul durian lagi dalam tu tau. Bukan sekadar flavor je. ABC pun ada. Pendek kata semua best!
Harga Buffet Ramadhan 2018 | Zende Restaurant, Seri Pacific Kuala Lumpur
So kalau korang nak mencuba sendiri " Santapan Buka Puasa " di Zende Restaurant, Seri Pacific Kuala Lumpur harganya cuma RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. Buffet Ramadhan pula bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018.
Bagi mereka yang membuat tempahan awal, harganya cuma RM90 sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk info dibawah :
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Telefon : 03-4042 5555 / 4049 4351 / 4352
Email : sfbresv@seripacific.com
Kemudahan Lain di Seri Pacific Kuala Lumpur
Selain ruang makan yang selesa, Seri Pacific menyediakan 4 buah bilik yang dijadikan surau dan sebuah function room untuk terawih. So tak perlulah nak berkejar untuk menunaikan ibadat kalau korang berbuka kat sini.
Kalau korang memandu ke Seri Pacific, tak payah risau pasal parking. Korang boleh pilih untuk meletakkan kenderaan di ruang parking hotel ataupun parking je kat Sunway Putra Mall dan berjalan kaki sikit ke Zende Restaurant.
bagi mereka yang naik kenderaan awam pun mudah, sebab Seri Pacific terletak berhampiran stesen LRT dan KTM. Jalan kaki sikit je dah sampai. Mudah kan? So apa lagi. Jom berbuka di Zende Restaurant, Seri Pacific Kuala Lumpur!
Tiada ulasan