Buffet Ramadhan 2018 | Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tak lama lagi dah nak Ramadhan, masa ni la ramai duk cari buffet Ramadhan best-best selain daripada mengumpul pahala. Baru ni AJ ke Media Review Makan Kitchen di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur. Kat sini korang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan berkonsepkan ala-ala pasar malam. Bukan hidangan Melayu je macam kebiasaannya, hidangan Cina, India semua ada. AJ sampai duk ulang alik tak tau nak pilih yang mana.


AJ suka sangat konsep yang Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur tampilkan ni, sebabnya bila bulan puasa je kan, makanan ala pasar malam ni memang paling win. Yelah, mana lagi nak dapat kepelbagaian makanan selain kat pasar malam? Kat sini korang akan dapat semuanya dalam suasana yang mewah dan menarik. AJ ni kalau bulan puasa tak heran sangat dengan makanan hipster ni, ala-ala pasar malam dan masakan ibunda memang pilihan.

Antara makanan yang terdapat di sini ialah Sup Kawah Meletop, Char Juew Tiaw Basah, Ayam Penyet Berlada, Crispy Apam Balik dan hidangan wajib bulan puasa, Kambing Bakar. Haaa, tak lengkap rasanya buffet Ramadhan tanpa kambing golek kannn.



Tanpa buang masa, mehlah kita tengok hidangan apa yang ada di Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.















Pilihan AJ?

Dalam banyak-banyak makanan kat sini, AJ paling tertarik dengan tomyam "Chinese Style" dia. Rasa dia unik dan tak sama dengan tomyam Thai yang biasa kita makan. AJ sampai 2 kali  tambah kot! Hahahhahaa.




Selain tu AJ paling suka dessert section, barisan hidangan pencuci mulut dia memang sedap-sedap. Dan paling penting rasa dia just nice, tak tawar dan tak manis sangat. AJ ni alau dessert terlampau manis rasa macam potong mood sikit. Kat Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur, ngam! Dan tak lupa pelbagai kuih-muih tradisional. Kita kan Malaysia, banyak variasi kuih-muih yang sedap-sedap kan.












So kalau korang nak merasa sendiri hidangan Buffet Ramadhan di Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur boleh rujuk harga di bawah :

Minggu Pertama (17 Mei-23 Mei) - Bermula RM 148 nett



Minggu Kedua dan Ketiga (24 Mei-7 Jun) - Bermula RM 158 nett



Minggu Keempat (8 Jun-14 Jun) - Bermula RM 148 nett



Harga pembelian awal (15 April - 15 Mei) - Bermula RM 128 nett


Untuk info :



Telefon: 03-2172 7272



Alamat:
Makan Kitchen,
Tingkat 11, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
The Intermark, 348 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur


So jom ajak keluarga dan kawan-kawan ke Buffet Ramadhan 2018, Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.

P/s : Banyak lagi entri buffet Ramadhan 2018. Tungguuuuu....

1 ulasan