ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Ramai dah start bergossip nampaknya pasal Althea Bare Essentials Skincare Terbaru dari Althea Korea ni. Tahniah Althea kerana dah keluarkan rangkaian skincare pertama! AJ pun sama teruja sebabnya AJ merupakan antara orang pertama yang cuba!!
Setelah sebulan AJ cuba kan, ternyata AJ puas hati sangat dengan hasil dia. Sebelum tu, jom tengok dulu apa yang ada dalam rangkaian terbaru ni. Produk dia simple sangat, ada pencuci muka, primer water dan krim. Nak bawak travel pun senang, takde la nak kene angkut 10 rangkaian dalam 1 set. Bawak 3 ni je dah cukup.
Masa memula dapat kotak pink Althea tu seronok weh! Dalam tu bukan ada 3 produk tu je tapi ada sample packs, cermin dan juga ceramic hiasan. AJ paling love cermin tu. Nampak chic sangat tau!
Okay produk Althea Bare Essentials mengandungi 3 jenis produk iaitu :
Ini sememangnya langkah pertama dalam setiap set penjagaan wajah. Althea Bare Essentials Contour Cleanser merangkumi bahan aktif utama seperti :
➢ Ice Plant yang menghidrasikan kulit dan juga membantu meredakan kemerahan pada kulit wajah
➢ Lemon Myrtle yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menjadikan kulit lebih sihat.
Bahan lain yang terdapat dalam pencuci muka ini ialah Glycerin, Water, Myristic Acid, Stearic Acid, Potassium Hydroxide, Palmitic Acid, Lauric Acid, PEG-32, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Cocamidopropyl Betaine, Glyceryl Stearate SE, Microcrystalline Cellulose, Zea Mays (Corn) Starch, Lactose, Potassium Cocoyl Glycinate, Polyquaternium-67, Sodium Chloride, Disodium EDTA, Menthol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Polyquaternium-7, Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate, Pullulan, 1,2-Hexanediol, Tocopheryl Acetate, Mesembryanthemum Crystallinum Extract, Sodium Benzoate, Sodium Acetate, Butylene Glycol, Lippia Citriodora Leaf Extract, Ethylhexylglycerin & Fragrance.
Cara penggunaan :
Bersihkan kulit wajah dengan air kemudian picit sedikit dan urut lembut pada kulit dengan gerakan bulat dan bilas dengan air.
Review AJ :
AJ suka sebab produk ni banyak buih walaupun kita guna sikit je. AJ suka sangat dengan bau dia, ala-ala lemongrass. Lepas tu ada kapsul mikro untuk membantu mengurang sel kulit mati. Dan paling best boleh membantu kita mengurangkan lelemak dan membentuk wajah. Sebab tu nama dia contour cleanser!
Harga : 150g/5.29 oz (RM23.00)
✿ Althea Bare Essentials Primer Water
Langkah kedua pula ialah toner. Sebenarnya toner ni sangat baik untuk kulit tau. Tapi tu la, ada sesetengah orang rasa leceh kan. Tapi percayalah, bila korang dah try primer water ni, korang takkan rasa leceh dah. Primer Water ni kan akan menghidratkan kulit, membantu memperbaiki dan membantu menyamaratakan kulit.
Althea Bare Essentials Primer Water mengandungi :
➢ Snow Lotus yang membantu melembutkan dan mencerahkan kulit serta mencantikkan struktur kulit.
➢ Formulasi "dewdrop" yang dipaternkan untuk kulit yang lebih berkelembapan dan meremajakan kulit.
Bahan lain yang terdapat dalam Althea Bare Essentials Primer Water ialah Water, Propanediol, Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone, Alcohol, 1,2-Hexanediol, Salvia Hispanica Seed Extract, Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tromethamine, Betaine, Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin, Pullulan,Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract, Saussurea Involucrata Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Origanum Vulgare Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Extract, Thymus Vulgaris (Thyme) Flower/Leaf/Stem Extract, Sclerotium Gum, Agar, Polysorbate 20, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil & Fragrance.
Cara penggunaan :
Tuangkan beberapa titis diatas tapak tangan ataupun kapas muka dan ratakan pada kulit wajah. Dap-dapkan seluruh wajah untuk penyerapan yang lebih baik.
Review AJ :
Toner ni agak likat, so bila tuang kat tapak tangan ianya takkan menitis jatuh. Lepas tu AJ ada masalah kulit tak sekata, so bila pakai primer water ni kulit AJ makin kurang bercapuk dan tona lebih sekata. AJ perasan, kulit pun sedikit cerah dari biasa walaupun tak putih melepak. Lepas buat aktiviti pun, kulit tak rosak teruk tau.
✿ Althea Bare Essentials Fixer Cream
Langkah terakhir dalam set penjagaan wajah Althea Bare Essentials ni ialah fixer cream. Dia krim pelembab la, mampu memberikan kelembapan pada kulit dan menghidrasi kulit sehingga 24 jam! Meresap jauh kedalam kulit.
Althea Bare Essentials Fixer Cream mengandungi :
➢ Trehalose yang mampu mengekalkan kelembapan kulit
➢ Wild Green Tea untuk menghidrasi, melembutkan dan padat dengan antioksidan
➢ Baobab Tree Extract pelembab yang tidak melekit membantu meningkatkan pertumbuhan kolagen pada wajah.
Bahan lain yang terdapat dalam Althea Bare Essentials Fixer Cream ialah Water, Glycerin, Methylpropanediol, Dimethicone, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin), Cyclopentasiloxane,Glyceryl Stearate, 1,2-Hexanediol, Cetearyl Alcohol, Polysorbate 60, PEG-100 Stearate, Cyclohexasiloxane, Salvia Hispanica Seed Extract, Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract, Carbomer, Tromethamine, Polyacrylate-13, Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate, Polyisobutene, Propanediol, Ethylhexylglycerin, Pullulan, Disodium EDTA, Polysorbate 20, Butylene Glycol, Sorbitan Isostearate, Trehalose, Sodium Hyaluronate, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower/Leaf/Stem Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Imperata Cylindrica Root Extract, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Adansonia Digitata Seed Extract & Fragrance.
Cara penggunaan :
Review AJ :
Fixer cream ni memang best pakai, dia tak melekit dan cerap meresap bila kita apply pada kulit. Tapi AJ kurang suka bau dia. Bukanlah ada bau yang kurang menyenangkan, tapi masa nak apply tu ada bahan dia yang bau kuat sikit. Lepas dah meresap tu takde bau pun. Hihihi. Kulit AJ memang terasa lembut je.
Harga : 50g / 1.76 oz (RM50.00)
So far, selama sebulan pakai ni memang AJ puas hati sangat. Rangkaian Althea Bare Essentials memang sesuai dengan AJ dan buatkan kulit AJ ada efek "glass skin" sikit. Berkilat tapi tak berminyak. Terima kasih Althea Korea sebab baby baru ni dah berjaya tambat hati AJ. Pastu setiap 1 set tu pun tahan lama tau. Dah sebulan AJ guna pun baru abis suku botol je.
Sebelum, walaupun pakai ringlight pun nampak sangat gelap dan kulit tak sekata.
Selepas, kulit nampak lebih sekata dan cerah. Tak mekap pun takpe!
So kalau korang nak dapatkan set ni boleh layari : Althea Bare Essentials Skincare (Set). Beli 1 set lagi jimat korang. Berbaloi. So dah baca gossip AJ? Tunggu apa lagi, jom ber "Bare Essentials"
P/s : Love dengan kulit sendiri!
Tiada ulasan