ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Ada ke yang masih menanti cerita short trip AJ hujung minggu lepas? Seriuslah, syok berkampung kat Natasya Riverside Resort, Gopeng ni. Banyak bende menarik yang kita boleh buat kat sana. Nak pulak untuk orang bandar macam AJ ni, dapat kutip buah durian gugur pun dah excited! Hahahahahaha.
Jarak daripada KL ke Gopeng lebih kurang 182 km, kira-kira 2 jam la dari Pusat Bandaraya. Nak ke Natasya Riverside Resort pulak lebih kurang 5 ke 10 minit je dari plaza tol Gopeng. Korang waze je Natasya Riverside Resort. Nanti korang akan dibawa masuk ke kawasan kampung, tak salah AJ nama kampung tu Kampung Datuk.
Natasya Riverside Resort, Gopeng diusahakan oleh pemilik produk Natasya Skincare, Datin Muniroh Haji Kassim dan suaminya, Datuk Suhaimy Othman. Berkesempatan berjumpa dengan mereka memang 1 pengalaman yang berharga. Mereka sangat merendah diri dan ramah. Kedatangan geng #KelabBloggerBenAshaari seramai 8 orang disambut baik. Terima kasih Datuk dan Datin. 😊
Masa mula je sampai terpampang papan tanda "happily ever after start here". Nak tau happy tak happy bacalah entri-entri AJ sampai habis. Kat sini terdapat 2 jenis tempat penginapan yang boleh korang pilih, ada suite wooden chalet yang boleh menempatkan sehingga 4-5 orang dan juga cabin yang boleh memuatkan 2-3 orang.
Kami berlapan ditempatkan di dalam 2 wooden chalet. Setiap satu chalet tu ada 1 katil bersize queen dan juga 1 katil 2 tingkat. Biliknya dilengkapi dengan tv, sofa, kipas dan aircond. Tapi percayalah korang takde mananya nak tengok tv bila dah sampai sana. Hahahaha. Bilik jenis cabin pula dilengkapi dengan 3 katil bersize single.

Natasya Riverside Resort ni lapang tau, kawasan sekitarnya dilengkapi dengan kemudahan dewan makan, karaoke, pit barbecue, surau, kawasan wall climbing, flying fox serta kemudahan permainan kanak-kanak dan surau. Nak beriadah dengan keluarga tu memang sesuai sangatlah. Kat situ juga terdapat kolam kecil untuk bebudak mandi manda. Tapi nak lagi best mandi sungai lah!
Jom kita tengok sekitar Natasya Riverside Resort, Gopeng. Mana tau lepas ni korang ada nak buat hari keluarga ke, bolehlah letak dalam list korang. Disini boleh menampung sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.
Haaaa, kat sini ada satu tarikan yang buat AJ nak culik dia bawak balik. Sara seekor Ungka! Sara ni sangat manja, menurut datuk mereka dah bela Sara ni dari umurnya 3 bulan. Sara ni kalau dilepaskan pun takkan lari, even panjat pokok pun tak tau. Tapi dia tak kacau orang, naughty sikit je, paling tidak dia tarik tudung je. Dengan AJ dia memang manja, siap suruh AJ garukan belakang lagi bila nampak muka AJ lalu kat sangkar dia. Dah terasa macam kakak angkat Sara pulak. Hahahahhahaha.
Selain tu ada juga kuda, menurut staff Natasya Riverside Resort, kita boleh menunggang kuda ni. Tapi masa kat sana AJ tak berkesempatan pulak nak menunggang kuda sebab aktiviti pack sepanjang 2 hari 1 malam tu. So far memang berada kat sana buat AJ terasa macam ada kat kampung. Yelah, AJ kan budak bandar jarang-jaranglah nak rasa suasana macam ni. Sekali dapat nikmati duduk kat kampung, jakun kejap! Hihihihihihihi.
Okaylah kalau nak tau apa aktiviti kami sepanjang kat sana, tunggu entri AJ yang seterusnya tau? Sampai hilang suara lah AJ bila balik KL.
Kalau korang nak tau lebih lanjut, follow :
Facebook : https://www.facebook.com/natasyariverside/
Instagram : https://www.instagram.com/natasyariverside/
P/s : Best, malam pun sejuk je...

wow menariknya kalau dapat bercuti ke sana ye
BalasPadamCantiknyaa wooden chalet tuuu. Unik!
BalasPadamwah.. ni dekat je. boleh la sesekali ubah angin hujung minggu ke sini
BalasPadamWah suasana kampung lah
BalasPadam