ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Benda yang paling malas AJ nak buat ialah packing baju! Bila nak travel ke kan, AJ adalah orang paling lambat packing. Sebab AJ bukan jenis yang packing awal. Pastu bila packing awal kan, banyak bende yang AJ rasa AJ tak bawak. Lepas tu mulalah punggah balik semua. Dah jadi 2-3 kali keje pulak.
Selalunya kan, hari nak travel tu la hari AJ packing baju. Contohnya nak travel pukul 6 pagi, makanya AJ akan bangun seawal jam 4 pagi untuk packing baju. Tak reti sungguhlah nak berkemas awal ni. Kadang tu, time nak keluar rumah tu la baru AJ sebok capai itu ini. Hahahaha. Selebet gila perangai!
AJ memang kaki travel dan merayap sana sini, tapi packing baju failed. Ada sekali tu kan, dalam banyak-banyak bende AJ packing, ada 1 bende paling penting tertinggal. Ya ampun, ko bayangkan lah AJ boleh tak packing baju kecik, padahal mende tu la duk pakai hari-hari. Bila sampai destinasi, dah mandi dan nak bersiap baru AJ perasan tak bawak baju kecik. Dah 1 hal pulak kene pegi mall terdekat untuk beli. Hahahaha.
Esok pulak AJ ada aktiviti kat Natasya Riverside Resort Gopeng, tapi kan AJ tak packing baju pun lagi. Ni pun still kat ofis. Esok nak pegi barulah kalut cari itu ini. Harapnya takde pape la yang tertinggal, kalau tak haru jadinya. Hahahahaha.
Ada tak orang yang buat servis packingkan baju setiap kali nak travel? Kalau ada kan syok. Takdelah kelam kabut nak kemas kan? Nampak tak dia punya pemalas? Hahahahahaha.
P/s : Sementara tunggu "supir" datang amik.
Takpo laa last minit pon janji semua yang nak bawak tu dah ada.. capai je masuk dalam beg..
BalasPadamadesss i sampai demam sebab makan banyak sangat durian
BalasPadam