Teaser Sikit Cuti-Cuti Pulau Pangkor 2017!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

2 minggu lepas AJ duk sakan bercuti dengan kengkawan AJ. Ni kira macam aktiviti tahunan kitorang la. Setiap tahun, paling tidak mesti ada sekali bercuti ramai-ramai. Tahun ni destinasi cuti-cuti kami, Pulau Pangkor. Sapa yang ikut blog AJ mesti perasan dah 2 kali kitorang pilih untuk bercuti kat sini walaupun orang kata Pulau Pangkor ni takde pape.


Pulau Pangkor terletak di Negeri Perak. Kalau dari KL lebih kurang 2 jam perjalanan ke Lumut. Kalau nak kesana sekarang ni, AJ sarankan korang cari laluan alternatif sebab jambatan Simpang 5 ke Batu 5 dari Teluk Intan tu ditutup sementara. Sampai bila tu, AJ kurang pasti.

Hari pertama kitorang kat sana cuaca memang tak cantik. Hujan turun selebat-lebatnya. Sampai ke Jeti Marina hujan dah agak reda sikit, so kami naik bot untuk masuk ke Pulau Pangkor. Kalau nak masuk pulau korang boleh pilih untuk naik dari Jeti Lumut ataupun Marina. Kalau naik dari Marina lebih kurang 10 minit je. Dari jeti Lumut pulak makan masa lebih kurang 30 minit. Tapi kalau kat Marina ni, bayaran tempat letak kereta agak mahal RM15 sehari untuk sebiji kereta. Kami aritu 3 biji kereta pulak, nasib baik ada kawan yang tinggal sekitar situ, so kami parking kat rumah dia je. Hehehehee.


Sampai kat Pulau Pangkor lebih kurang jam 3 petang. Sampai pekan Pangkor, makan tengah hati dulu barulah bertolak ke Coral Beach Resort. Selesai check in, kami bersihkan diri dan keluar  jalan-jalan kat pantai dan cari makan lagi. Lepas makan, kami sempat pegi karaoke tau! Ingatkan Pulau Pangkor takde karaoke, rupanya ada! Tapi tempat karaoke dia ni tersorok sikit, dekat dengan kedai makan kat atas sikit pada Pasir Bogak. AJ nak bagitau exact location pun tak tau camne. Hahahahaha. Kalau korang google mungkin jumpa!

Hari pertama ni memang takde buat pape sangat lagipun cuaca pun tak berapa mengizinkan. Hujan je sampai malam. Kami cuma berdoa semoga hari esok cuaca okay.

Oh ya! Masa kami bercuti tu kan, Pulau Pangkor memang tengah ramai orang sebab ada event PULARA 2017. Kebetulan pulak event tu memang diadakan sekitar kawasan apartment yang kitorang tinggal tu. So agak sesak la kawasan Pasir Bogak tu. Tapi walaupun sesak, sikit pun tak ganggu kami kat sana. Kata omputih " the more the merrier " gittewwww!

Lepas makan malam dan karaoke, kami berehat dalam bilik sementara menanti hati esok. Nak tau apa aktiviti esoknya tu? Tungggguuuuuu!

P/s : Lepas ni entri-entri rentung kulit! Hahahahaa.




10 ulasan

  1. sonok jugak pangkor ni
    http://sinarcintaku.blogspot.my/search?q=pangkor&submit=search

    BalasPadam
  2. Wah menarik...betul..dari KL sekarang nak ke Lumut terpaksa menggunakan jalan yang agak jauh...

    BalasPadam
  3. rindu pangkorrrrrr tempat pertama dating jauh skit dari Putrajaya hahahha

    BalasPadam
  4. Lamanya tak pergi Pangkor! Tgk Ayue ni rasa rindu pula Pangkor!

    BalasPadam
  5. vestnya cuti-cuti kepulau pangkor. nak rehatlkan minda best

    BalasPadam
  6. Saya suka cuti Pulau Pangkor. Seronok! aktiviti laut best :)

    BalasPadam