ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Cukup AJ katakan ini merupakan antara pengalaman AJ yang paling berharga bila AJ dapat menyelami tugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diatas Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271 (KLGS) bersempena Program TLDM bersama Media yang diadakan pada minggu lepas. Bangga AJ bila diberitahu, pihak media ni antara orang pertama yang dapat naik dan tengok sendiri kapal ni tau!
Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271 (KLGS) yang merupakan kapal pertama bagi tujuan latihan warga TLDM telah disiapkan dan diserahkan kepada TLDM pada 1 Mac 2017. Sebelum beroperasi sepenuhnya KLGS diletakkan di bawah Markas Pemerintahan Armada Barat dan telah menjalani Latihan Penyesuaian di laut mulai 30 Mac sehingga 5 Mei 2017 yang lalu.
Nama KL GAGAH SAMUDERA pula merupakan kesinambungan dari Kapal Layar Diraja (KLD) TUNAS SAMUDERA dimana "samudera" merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.
Banyak kemudahan yang terdapat di dalam KLGS sepanjang 75.9 meter dengan berat keseluruhan 1366 tan metrik yang dilengkapi dengan tempat pendaratan helikopter. KLGS mampu beroperasi sejauh 2500 batu nautika tanpa henti dengan kelajuan optimum 12 knot atau 14 hari dilautan.
KLGS boleh memuatkan 45 orang kru terdiri daripada 8 pegawai dan 37 anggota. Boleh menampung 60 pelatih dan 10 jurulatih pada satu-satu masa. KLGS juga dilengkapi dengan sistem kombat, radar dan peralatan navigasi serta komunikasi serta senjata jarak dekat untuk tujuan latihan dan perlaksanaan tugas operasi.
Pengalaman AJ berada di atas Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271.
Best! Tu je yang AJ boleh kata. Bukan senang dan bukan semua orang dapat merasa berlayar atas kapal TLDM ni. Masa AJ dapat je jemputan ni kan, memang excited gila kot!
Masa dalam kapal ni, kami semua dibawa menjelajah di sekitar kapal dari dek pengendalian sehinggalah ke bahagian enjin kapal. Kami diperkenalkan dengan setiap peralatan dan juga fungsinya.
Warga TLDM juga telah membuat beberapa demonstrasi antaranya latihan kebanjiran dan kebakaran sekiranya berlaku kecemasan di atas kapal. Selain itu kami juga berkesempatan melihat sendiri cara pihak TLDM berkomunikasi dan cara meminta dan menghulurkan bantuan dari/dengan kapal lain. Terima kasih KD LEDANG yang turut sama dalam demonstrasi ni.
Kami juga diberi peluang menjalani latihan menembak menggunakan 2 jenis senjata jarak dekat. Yang ni memang mencabar jugak sebabnya AJ penah menembak pun last masa tingkatan 4. Latihan menembak ini dikendalikan oleh pegawai bertauliah bagi memastikan pihak media mematuhi SOP keselamatan dan dapat mengendalikan senjata dengan betul.
Time ni kan dalam pada excited, AJ nervous gila sebenarnya. Hahahaha. Setiap pada kami diberi 10 butir peluru dari setiap senjata untuk menembak pada sasaran. Tembakan AJ? Satu pun tak kena!! Hihihi.
Selepas seharian berada di dalam KLGS, kami dibawa ke majlis Hi-tea di Wisma Indah dan sebagai penghargaan, kami dapat "lucky draw". Yeayyyyy!!!!
Bukan mudah sebenarnya bertugas dilautan ni. AJ yang baru seharian dalam tu pun terasa penat. Inikan pula mereka yang berkhidmat 24 jam, 7 hari seminggu secara rutinnya bagi memastikan keselamatan negara daripada perairan ni.
TLDM juga merupakan salah satu badan berkanun yang penting dalam institusi keselamatan negara yang tak semua orang nampak. Peluang yang AJ dapat ni memang sangat berharga tau!
Terima kasih kepada warga TLDM atas kesudian menjemput AJ dan rakan media lain merasai sendiri pengalaman dan cabaran berada di lautan dan menyelami tugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Semoga terus maju jaya. AJ harap akan ada lagi program TLDM seperti ni pada masa hadapan.
Kalau nak mengetahui info lanjut dan aktiviti TLDM boleh follow laman sosial di bawah :
Website : www.navy.mil.my
Facebook : Tentera Laut Diraja Malaysia
Twitter : @tldm_rasmi
Instagram : @tldm_rasmi
Youtube : Tentera Laut Diraja Malaysia
Terima kasih!
Sedia Berkorban.
P/s : Rentung wehhhh!
Seronoknya kak ayu dapat main tembak tembak tuuu
BalasPadamSeronok sangat... Tak puas rasa! Hehehhee..
PadamTak mabuk ke Ayue? Tapi salute utk TLDM sebab bukan mudah nak hadapi semua cabaran di tengah lautan
BalasPadamSo far tak pulak.. Maybe sebab kapal bergerak.. Tak rasa sangat goyang².. Hehhehee..
Padambest yer, pengalaman yang berharga dapat tengok depan mata.
BalasPadamBest sangat Huda...
PadamTak tau bila lagi dapat merasa..
haihh..ketaq ni tengok ayue pegang pistol. ehehehehehe.btw terserlah keayuanmu... ayu dan jean berpisah tiada..
BalasPadamHehehhehe.. Belum tengok masa menembak... Lagi ketaq... Ntah mana² sasar peluru tu.. Ehhehhehe..
Padamtagline sedia berkorban tu terlalu bnyk makna. syabas tldm. hrp dpt join next time
BalasPadamBetul! Insyaallah.. Dengarnya tahun depan TLDM nak buat lagi...
Padammenarik.. teringin jugak nak join tapi tak mengizinkan huhuh
BalasPadamYanie kene cuti outdoor, lasak² ni... Hehehehehe...
PadamTahniah Ayu. Dapat lakukan semua aktiviti dengan baik !!
BalasPadamTerima kasih kak Sal...
PadamSeronok sangat dapat join..
Tapi tak puas rasa, next time kalau ada lagi nak join jugak..
Wahhh bestnya dapat rasa pengalaman camni, terutama bab percubaan menembak tu. Kita tengok pun teruja!
BalasPadamBest sangat kak...
PadamKalau ada rezeki dapat cuba nanti akk cubalah... Seronok orang dapat menembak walaupunnnn.... Memang sungguh ke laut peginya peluru tu... 😂😂😂