ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
REVIEW : Set Pelurus Rambut Straight Pro dari Straight Pro HQ Malaysia
Sekarang ni macam-macam gaya rambut jadi pilihan kan? Ada yang suka rambut lurus, kerinting, rambut berwarna, panjang, pendek dan sebagainya. Macam AJ pun bermusim jugak, kalau rasa nak rambut lurus, lurus la jadinya. Kalau nak kerinting, kerinting la jadinya. Hehehehehe. Bab warna pulak, macam-macam warna AJ dah cuba, tinggal belum buat warna pelangi je. Yang tu nanti AJ fikir.
Tapi nak gayakan rambut ni bukannya murah. Macam AJ kalau sekali pegi salon tu RM 100 lebih ++ jugak keluar duit. Nak luruskan rambut je pun dah RM 100 tau. Sekarang ni nak dapatkan rambut lurus, senang je dengan menggunakan produk Straight Pro. Serius lah??? Lepas tu kan kan kan... Murah pun murah tau!
Straight Pro ni produk buatan Malaysia yang diformulasikan dari German. Cara nak guna pun cukup mudah. Korang hanya perlukan lebih kurang 30 minit ke 1 jam bergantung kepada keadaan rambut dengan 3 langkah mudah. AJ sendiri pun dah cuba produk ni sendiri dan hasilnya setanding dengan luruskan rambut kat salon. Tak payah nak buat rebonding ataupun iron rambut lagi.
Produk ni didatangkan dengan 3 produk / step iaitu :
❀ Straightening Cream
Sapukan pada rambut yang kering selama 12 ke 30 minit bergantung kepada keadaan rambut dan bilas bersih. Jarakkan sekurang-kurangnya 1 inci dari akar rambut. Yang korang nak luruskan tu rambut, bukan kulit kepala tau. Hihihihihih.
❀ Neutralizer
Keringkan rambut dan sapukan neutralizer cream pada keseluruhan rambut. Biarkan selama 10 minit dan bilas bersih. Step kedua ni nak bagi rambut korang nampak lebih bersinar, lembut dan lebih natural. Takdelah rambut nampak keras kejung je kan.
❀ Sleek & Shine Serum
Lepas selesai step 1 dan 2, korang boleh sapukan serum ni untuk mendapatkan rambut yang cantik, bersinar, lembut dan lebih terurus. Bau dia wangi sangat. Macam bau tembikai susu. Tekstur dia pun tak berminyak dan melekit.
P/s : Kalau korang tak dapat rambut yang betul-betul lurus masa penggunaan pertama, korang boleh ulang step diatas lepas seminggu. Lagi 1 kalau korang gunakan Straight Pro, korang dinasihatkan tidak mencuci rambut selama lebih kurang 3 hari untuk mengekalkan rambut yang lurus.
Berapa lama boleh tahan lurus tu? Rambut kekal lurus sehingga 6 bulan tau!
Senang je kan? Dalam masa 30 minit ke 1 jam je korang dah boleh dapatkan rambut yang lurus, cantik dan bersinar hanya dengan Straight Pro. Buat kat rumah je pun, jimat masa dan jimat duit jugak. Hehehehe.
Harga pasaran :
RM 80 (Semenanjung Malaysia)
RM 90 (Sabah/Sarawak)
Dengarnya, sekarang ni tengah ada promo tau!
1set RM65 & 2Set RM100 (Semenanjung Malaysia)
1set RM75 & 2set RM110 (Sabah/Sarawak)
1 set tu boleh digunakan berulang kali ikut panjang rambut kita. Jimat okay. Masa AJ buat tu, setengah botol tu tak habis tau.
Info lanjut :
Facebook : StraightPro HQ
Instagram : @straightprohq
Jom tengok pulak rambut AJ sebelum dan juga selepas menggunakan Straight Pro. Amacam?
Lain pulak muka AJ bila rambut lurus ni. Hehehehe. Oh ya! Produk StraightPro ni hasil dia lain-lain bergantung kepada jenis rambut jugak. Kalau rambut korang jenis tebal dan kerinting sangat kenalah repeat step tu lepas seminggu okay.
P/s : So far AJ pakai sekali je dah lurus. 😊
Lain pulak muka AJ bila rambut lurus ni. Hehehehe. Oh ya! Produk StraightPro ni hasil dia lain-lain bergantung kepada jenis rambut jugak. Kalau rambut korang jenis tebal dan kerinting sangat kenalah repeat step tu lepas seminggu okay.
P/s : So far AJ pakai sekali je dah lurus. 😊
wow..terbaik..:)
BalasPadamRambut lurus nampak makin comel laa ayue..bagus kan produk ni.. best..
BalasPadamAyat ni win..Yang korang nak luruskan tu rambut, bukan kulit kepala tau. Hihihihihih. Hahaha bukan nak luruskan kulit kepala okey nak luruskan rambut kan kan kan
BalasPadamWahh mudahnya nak luruskan rambut guna Straight Pro. Macam guna produk mahal je. Paling best boleh buat sendiri di rumah
BalasPadamsenangnya luruskan rambut. best2!
BalasPadamWahhh memang nampak lurus. Senang dah sekarang ada macam² produk nak gayakan rambut.
BalasPadamwah bestnya produk luruskan rambut ni..
BalasPadamWahhh... Nice yer...xyah g kedai dah pas ni.. ��
BalasPadamWah!! Senangnya nak luruskan rambut.. Tq AJ share pasal straightpro ni..
BalasPadammenarik ni... boleh share pasal ni ngn kawan2...
BalasPadampergh memang lurus..
BalasPadamOkey, lepas ni buat rebonding sendiri je kat rumah... ;)
BalasPadamKat malaka mana Sy boleh dpat ni produk
BalasPadam