ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Cuti sekolah dah nak dekat, dah plan ke tempat nak berjalan? Yelah selain budak-budak cuti, mak bapak pun mesti tengah kalut fikir nak menghabiskan cuti jugak kan? Hehehehe. Apa kata AJ bawak korang ke Penang atau Pulau Pinang yang terkenal sebagai salah satu destinasi perlancongan terbaik di Malaysia. Sebenarnya kan, banyak tempat menarik yang ramai tak berapa tau kat sini. AJ sendiri pun setiap kali pegi sana mesti rasa tak puas berjalan, macam ada je tempat yang AJ belum singgah. Tahun ni je dah berkali-kali dah AJ pegi Penang.
Jom AJ bawak korang berjalan, bagi korang fefeeling macam tengah berjalan-jalan kat Penang gitu. Manalah tau kot-kot lepas baca entri AJ ni dapat idea pulak nak kemana kan?
Tempat pertama yang korang kene tuju mestilah Bukit Bendera. Kat sini korang boleh tengok pemandangan 360 di sekitar Pulau Pinang. Bukit Bendera dahulunya merupakan tempat menanam strawberry kerana suhunya yang sejuk lebih kurang 21 darjah celcius. Nak naik atas tu korang boleh menggunakan khidmat kereta kabel. Dulu kereta kabel dia kayu, sekarang dah cantik dah. Rasa macam naik LRT okay. Nak rasa adventure sikit boleh jugak naik atas tu melalui denai jungle trekking yang disediakan.
Kek Lok Si Temple pun menarik jugak, terletak di atas bukit Air Itam tapi nak naik atas ni kene mendaki tangga. Mengah jugaklah kalau tak cukup stamina. Sepanjang jalan nak naik atas tu ramai juga peniaga yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Sambil-sambil nak mendaki sempatlah beli buah tangan sikit untuk rakan-rakan. Orang kata, Kek Lok Si Temple ni temple Buddha terbesar kat Malaysia dan juga di Asia. Dibina sekitar tahun 1890 ke 1905 dikenali sebagai "The Pagoda of 1000 Buddhas" menggabungkan senibina dari negara Thailand, China dan Burma di dalam satu struktur.
Muzium-muzium yang terdapat di Penang juga tak kurang hebatnya, ada Muzium Perang, Muzium 3D, Muzium Peranakan Penang dan sebagainya.
Muzium Perang
Muzium yang terletak di Batu Maung ni dikatakan antara tempat yang paling berhantu di Asia terletak di kawasan berkeluasan 20 ekar. Tapi betul kot, dulu AJ penah main paintball kat situ dan ada antara kami ternampak askar berpakaian tentera Jepun ke Gurkha entah bernombor 13. Yelah situ kan dulunya kubu British masa Perang Dunia ke-2 dan kemudiannya ditukar menjadi kem untuk menyiksa tawanan yang terdiri daripada askar Melayu, Gurkha dan Jepun. Tapi sekarang ni AJ tanak cerita pasal hantulah kan, yang AJ nak cerita kat sini korang boleh tengok kesan peninggalan sejarah seperti berek askar, tempat memasak, tempat menyimpan senjata, tempat memasung dan memancung tawanan serta kesan peluru sehinggalah ke terowong bawah tanah. Terkesan juga di hati bila tengok sisa peninggalan perang yang ada disini. Terasa bertuah hidup di zaman yang bebas dari peperangan tau.
Gambar ihsan : Google |
Gambar ihsan : Google |
Kalau ada kat tengah town Penang tu, apa kata korang singgah sekali Penang 3D Trick Art kat Lebuh Penang, Georgetown. Kat sini paling sesuai untuk bawak anak-anak sebabnya kat muzium ni ada banyak lukisan efek 3D. Kalau tak salah AJ ada lebih kurang 40 jenis hasil seni untuk bergambar. Karakter-karakter dalam filem E.T, Journey to The West semua ada. Seronok jugak dalam tu tau, AJ pulak yang excited! Hahahahahaha.
Rumah 2 tingkat peninggalan hartawan Peranakan ni mempamerkan pelbagai artifak dan khazanah zaman dahulu yang mencecah jutaan ribu ringgit. Kebanyakannya milik peribadi dari baju pengantin dan hiasan nyonya juga potret keluarga yang terdapat pada dinding muzium ni. Kat sini korang boleh mempelajari dan mendekati cara hidup orang Cina lama berpandukan lebih daripada 1000 barang yang dipamerkan.
Gambar ihsan : Google |
Gambar ihsan : Google |
Gambar ihsan : Google |
Nak fefeeling macam dalam filem? Apa kata korang berkunjung ke Avatar Secret Garden yang merupakan tempat tarikan terbaru kat Penang, AJ tau pun sebab kuasa viral. Hahahaha. Terletak di Thai Pak Koong Temple, Tanjung Tokong. Nak datang sini janganlah datang siang nanti tak terasa macam kat Avatar pulak sebabnya lampu-lampu kat situ yang buat tempat ni unik. Tempatnya takdelah besar mana tapi tarikan dia AJ pasti buat korang terpegun. Pokok-pokok yang dihias dengan lampu-lampu berwarna warni buatkan korang rasa macam di alam fantasi. Spot bergambar yang memang cantik!
Nak lagi 1 tempat syok bergambar? Apa kata jelajah Penang Street Art, banyak hasil karya pelukis-pelukis berbakat sepanjang sepanjang Jalan Muntri ke Weld Quay ni tau. Nak cari ais kepal pun senang. Sepanjang jalan banyak orang jual. Kat KL mana nak dapat.
Penang juga terkenal dengan pantainya yang menarik, tak lain dan tak bukan Pantai Batu Ferringhi! Kalau korang sukakan laut macam AJ, sesuai sangat nak bermandi-manda kat sini. nak beraktiviti laut pun boleh. Ada macam-macam yang boleh dicuba seperti banana boat, jetski dan sebagainya. Nak yang mencabar sikit, korang boleh cuba paragliding. Bolehlah merasa tengok pemandangan laut dari atas udara!
Takkan nak jalan je, tak nak makan ke? Penang juga dikenali sebagai syurga makanan. Pasemboq, Laksa Penang, Nasi Kandar memang makanan wajib dicuba bila dah jejakkan kaki ke Pulau Mutiara ni.
Tempat makan yang paling famous kat Penang ialah Gurney Drive, kat sini macam-macam jenis makanan ada. Sebut je nak apa? Pasemboq joget, laksa penang power? Order je berdesup makanan terhidang depan mata. Hahahaha.
Kalau rasa Gurney Drive tu biasa-biasa je korang boleh cuba Nasi Kandar Beratur bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Dibuka setiap hari bermula jam 10 malam sehingga awal pagi menghidangkan nasi kandar resepi turun temurun sejak tahun 1943. Kedai dia comel je tapi orang yang beratur. Perghhhh! Berpeluh jugak nak menunggu turn untuk dapat makan tu. Tapi rasa dia memang "worth the wait" la.
Gambar ihsan : Google |
Gambar ihsan : Google |
Rojak Penang Ho Wei Jeng pun best jugak. Yang membuatkan dia special adalah kuah rojak yang digunakan. Tekstur rasa manis dan pedas serta kuahnya yang pekat memang 'umphh' dengan buah-buahan dalam rojak tu.
Gambar ihsan : Google |
Nak hilangkan dahaga dengan cendol? Hangpa pi cuba Teochew Cendol kat Lebuh Penang. Dimiliki oleh keluarga Tan sejak tahun 1950. Resepi yang digunakan lebih 5 dekad ni memang best sebab rasa dia yang manis dengan santan dan gula merah yang diadun sempurna. Macam iklan pulak rasa. Hahahaha. Kecoq lioq oi!
Sebenarnya kalau nak cerita pasal Penang Trip, tak cukup 1 entri tau. Kene buat 30 entri baru complete jalan-jalan Penang. Nak tau apa lagi yang menarik? Jom kita buat Penang Trip! Kalau nak tau tempat menarik kat Malaysia selain Penang pun boleh. Antara senarai tempat menarik ada di infografik https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia.
Sekarang dah tau nak jalan-jalan ke mana sepanjang cuti sekolah? Tak payah ke luar negara pun, kat dalam negara macam Pulau Pinang ni pun dah banyak sangat tempat best!
P/s : Nak cuti!!!!!
Penang art street tu nampak sgt menarik la ayu...kena pi lg penang ni hehe
BalasPadamMemang best kak... Banyak mural kat situ... Orang pun rase tak abis pusing mase g sane...
PadamWahh bestnya Penang. Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Boleh la cuti sekolah nanti ke sana. Terima kasih Ayue atas info ini
BalasPadamSesama... Nanti pegilah Pakya, banyak bende best....
PadamLamanya tak pergi Penang, dah banyak tempat baru dan menarik. Nanti cuti sekolah bolehlah plan pi sana.
BalasPadamAah kak, banyak sangat..
PadamRase cam tak abis pusing setiap kali pegi sane.. Hehehehe
Xsabar nak balik Penang , rindu mknn!
BalasPadamBalik ty balik... Kalau balik akk nak ikut...
Padambanyak tmpat menarik dekat Penang sekarang.dulu cari tempat lukis dinding je
BalasPadamBanyak sebenarnya Nad... Ramai tak tau...
PadamPenang ni memang dalam wishlist auni kalau ada rezeki. Sebab banyak tempat bersejarah & of coz laa because of the food. Haha.. Bestnya...
BalasPadamPegilah Auni.. Insyaallah ade rezeki tu...
Padambest nya Penang..pernah pegi skali je..nak pergi lagi hunt makanan pulak..
BalasPadamPegi jangan lupa ajak tau!
PadamBila lah agaknya rezeki den nak pi Pulau Pinang ni😂
BalasPadamHahhaha.. Ade rezekinya tu...
Padamkak ayue ! nak ikut p penang. belum pernah p penang >.<
BalasPadamJom min, bila?
PadamBanyak muzium juga kat Penang ni, belum sempat nak pergi lagi ke sana
BalasPadamBanyak sangat... Ni pun baru sikit dalam entri ni sis...
Padambanyak lagi muzium yang tak pergi ni
BalasPadam