Cosplay Party 3.0 di Klang Parade

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


AJ ada berita baik untuk dikongsikan buat peminat Cosplay. 3 Disember 2017 nanti Cosplay Party 3.0 akan diadakan di Main Court, Klang Parade. So Cosplayer, apa lagi? Inilah masanya korang pakai costume menarik dan tunjukkan bakat terpendam korang.


Cosplay Party pada kali ni merupakan kali ketiga diadakan oleh Klang Parade bertujuan untuk menarik minat pengunjung serta orang awam dan menghargai peminat Cosplay. Di sini mereka berpeluang menunjukkan kreativiti dan bakat tak kira tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya.

Kalau nak tau kan, AJ memang salute gila dengan peminat Cosplay, bagi AJ mereka ni berani. Yelah tampil dengan berpakaian watak anime di khalayak ramai bukan semua orang boleh. Lagi 1 mereka ni kreatif dari segi pemakaian, make-up dan juga aksesori tambahan. Ada yang dibuat sendiri tau!



Masa Cosplay Party ni nanti, para peserta akan diadili oleh 3 orang juri iaitu Reina Cheng, Micho The dan Venus Lim 1 nama yang tak asing lagi dalam Cosplay.


Jom berkenalan sikit dengan para juri melalui soal jawab dengan mereka

"Sejak bila mula berjinak dengan dunia Cosplay dan mengapa memilih untuk berada dalam dunia Cosplay  dalam jangkamasa yang agak lama?"

Micho Teh :

Mula mengenali Cosplay ketika menghadiri acara AGC (Anime, Comic, Games) pada tahun 2009 dan penyertaan pertama pada tahun 2010 di acara Comic Fiesta. Memilih untuk kekal dengan Cosplay kerana menganggap ianya sebagai 1 seni. Malahan beliau berasa gembira bila karakter yang dibawa dikenali oleh peminat Cosplay.



Venus Lim :

Bermula pada tahun 2009. Minat terhadap dunia Cosplay jadi semakin mendalam bila dapat ramai rakan-rakan yang mempunyai minat sama dalam komuniti Cosplay. Kepelbagaian dalam karakter baru menjadikan hobi ini sesuatu yang menyeronokkan.

Reina Cheng :

Bermula pada Jun 2010. Dunia Cosplay selalu ada sesuatu yang baru untuk dilihat, dipelajari dan sebagainya membuatkan dunia Cosplay tidak pernah membosankan.

Karakter pertama yang dibawa dalam dunia Cosplay dan mengapa?

Micho Teh :
Pisca daripada Dragon Quest Monstee-Joker2. Lebih berminat dengan watak lain, tapi disebabkan masih baru saya memilih watak yang disukai kerana tak mahu watak anime yang lebih diminati tu kalah. Untuk kali pertama, saya rasa sangat teruk kerana tidak mempunyai pemgalaman dari segi mekap, props dab sebagainya sehinggakan tiada sesiapa pun yang mengambil gambar saya.

Venus Lim :
Yuuko Ichihara (with Dimension) daripada XXCHolic kerana menyukai wataknya yang cerdas dan juga kepelbagaian almari pakaiannya. Mempunyai kuasa yang luar biasa dan sangat mengagumkan. Semasa pertama kali menyertai Cosplay saya tak tahu apa yang ingin saya gayakan, kerana kekurangan sumber. Semuanya dilakukan dengan tangan kecuali rambut palsu. Tapi pengalaman yang sangat berharga kerana ramai yang mengenali karakter yang dibawa.

Reina Cheng :
Megurine Luka (Magnet Version). Dibuat oleh seorang rakan. Disebabkan pertama kali menyertai cosplay kami memilih watak ni kerana kami mennyukai lagunya! Percubaan pertama di Nilai, kami meminta bantuan dari senior dalam bidang Cosplay dari swgi mekap dan pengayaan rambut palsu.

Haaaa. Banyak kan pengalaman mereka? Tak mustahil la bila mereka dipilih menjadi juri kan.

Pertandingan Cosplay ini terbuka kepada semua tak kira apa sahaja bangsa ataupun usia. Bagi mereka yang berumur  18 tahun kebawah, mereka mestilah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada penjaga.

Cosplayer berpeluang membawa pelbagai hadiah menarik semasa Cosplay Party 3.0 antaranya :

✤ Pemenang Utama : RM 2000
✤ Tempat Kedua : RM 1000
✤ Tempat Ketiga : RM 500
(Hadiah merupakan 50% wang tunai dan 50% barangan tajaan)

✤ Saguhati : RM 100 bagi 3 orang pemenang

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang di : https://goo.gl/forms/yDGKinWLVdwaKpII2

Maklumat lanjut mengenai Cosplay Party 3.0 Klang Parade : https://www.facebook.com/events/1979792088930131/

Bagi korang yang nak tau apa itu Cosplay dan keunikkannya, apa kata jom ramai-ramai ke Main Court, Klang Parade pada Ahad, 3 Disember 2017. Pertandingan bermula dari jam 1 tengah hati sehingga ke 5 petang. Jangan lupa tau!

P/s : AJ tak berani macam Cosplayers ni, warna rambut je berani. Hehehehehe.

Baca Selanjutnya »

Tanah Aina Fahad, Best Gile!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tanah Aina Fahad, first time AJ jejakkan kaki kat sini. Sebelum datang lagi AJ dah excited sebenarnya. Yelah, alam semulajadi, hutan, sungai dah memang jiwa AJ. AJ memang sukakan tempat-tempat macam ni okay.

Tanah Aina Fahad ni terletak kat Raub, Pahang. Nak kesana cuma memakan masa lebih kurang 2 jam dari KL. Aritu AJ pegi dengan 7 orang lagi geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Nak ke sana taklah susah mana, korang cuma perlu menghala ke Ulu Dong dan ikut arah Lata Jarum. Kat sepanjang laluan tu nanti akan ada signboard Tanah Aina Fahad, so ikut je la. Nanti korang akan jumpa signboard besar depan Tanah Aina Fahad tu.


Masa mula-mula masuk kan, AJ dapat rasa tenang sangat kat sini. Jauh dari kesesakan bandar dan sikit pun tak fikir pasal keje. Hahahaha. Best sangat. Kemudahan yang ada di sini pun cukup selesa dan terjaga rapi. Kalau nak buat private function pun sesuai kat sini.


Sepanjang 2 hari ni, kami sempatlah buat beberapa aktiviti. Yang paling mencabar semua orang ialah jungle trekking. Trek dia pada AJ takdelah susah mana, tapi kalau takde stamina pancit jugaklah sebab korang kene turun naik bukit! Dekat trek tu nanti, bukan korang je yang akan ikut trekking tau. Ada bende lain yang akan join korang iaitu PACAT! Hahahahhaah. Sapa yang geli dengan pacat tu memang cuak jugaklah. Masa kami trekking tu tak banyak sangat sebab cuaca elok. Kalau hujan lagi banyak pacat kat situ tau.






AJ kene gigit sekor pacat je. Terima kasihlah kepada Magic Body Lotion dari Cosmoderm! Kalau takde ni, maunya lagi banyak kene gigit pacat.



Lepas hampir 2 jam trekking, kami mandi sungai pulak. Sungai kat sini tak tercemar, airnya bersih je. AJ ni jenis kulit sensitif, kalau mandi sungai yang tak bersih kulit AJ akan naik gatal-gatal. Kat sini, sikit gatal pun takde. Hihihihih. Terima kasih En. Shiva dan staff Tanah Aina yang lain mengiringi kami sepanjang aktiviti.





Kalau korang tak gemar mandi sungai sangat, boleh mandi kolam jugak! Air kolam kat sini pun bersih sebab sumber air ni datang dari sungai dan sentiasa mengalir. Sesuai untuk mereka yang datang dengan anak-anak. Tapi jangan kata anak, yang dah besar panjang ni pun boleh join sekaki.



Malam pula korang boleh create aktiviti sesama sendiri. Macam kitorang buat mini games depan unggun api. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan kene hantar sorang wakil untuk bagi clue untuk meneka tajuk filem la, binatang la dan macam-macam lagi yang diberikan oleh pihak lawan. Masa ni tak fikir dah nak tengok telefon ke mende ke. Hilang status dewasa masing-masing. Hahahahahha. Macam bebudak dah semua!





Dari segi kemudahan pulak kat sini memang sangat selesa, lebih privasi dan terjaga rapi. Terdapat beberapa jenis tent yang boleh korang pilih ikut bajet dan kesesuaian. Konsep kat Tanah Aina Fahad ni ialah Glamping Resort. Camping cara moden gitu. Memang best!

King Tent


Yang ni sesuai untuk pasangan yang sukakan outdoor. Destinasi honeymoon yang dekat dengan alam semulajadi dan juga lebih privasi. Bunyi sungai yang mengalir, unggas buat honeymoon korang tu lebih romantik dan rare la. Hihihi.

Queen Tent




Boleh memuatkan 2 ke 3 orang. Ada 1 katil bersaiz queen dan 1 katil single.

Single Tent




Boleh memuatkan 4-5 orang. Yang ni merupakan tent yang kitorang tidur. Selesa sangat dalam tu, nyamuk pun takde. Dalam tu ada 4 katil single.

Terrace Room (Dorm Durian)





Kalau korang datang ramai-ramai kat sini juga ada menyediakan dorm yang boleh memuatkan sehingga 10 orang. Yang dorm ni special sikit sebab dia ada bilik air sekali kat dalam bilik

Terrace Room (Ciku, Amra, Belimbing)




Boleh memuatkan 2-3 orang. Kalau korang taknak duduk dalam glamping tent dan nak yang sedikit eksklusif, korang boleh pilih untuk tinggal di 3 terrace room ni. Didalamnya dimuatkan 1 katil queen dan boleh tambah 1 lagi katil.

Kalau nak tau harga setiap tent dan bilik yang terdapat disini, korang boleh rujuk Website Tanah Aina Fahad

Kalau korang pilih untuk bermalam di tent-tent, tandas terletak di luar khemah. Bab ni korang tak payah risau, tandas dia banyak dan juga bersih. Terasa macam tandas hotel, lengkap dengan shower, krim mandian, syampu dan perapi rambut. 3 bende ni kaau korang tak bawak pun takde masalah!



Kemudahan lain yang terdapat kat sini ialah :

Dewan




Kalau nak buat private function, gathering ataupun team building, Tanah Aina Fahad ada menyediakan dewan yang boleh memuatkan 100 orang dalam 1 masa lengkap dengan pentas dan juga peralatan audio.

Ruang makan

Ruang makan di Tanah Aina Fahad pun sangat selesa. Bab makan jangan risau sebab kat sini menyediakan 4 kali buffet. Kualiti dan rasa makanan memang dijaga kat sini. Ahamdulillah semuanya sedap-sedap dari makan pagi sehinggalah ke makan malam.






Amacam? Best tak tengok gambar-gambar AJ kat Tanah Aina Fahad? Nak lagi best apa kata korang sendiri berkunjung ke sini. Gerenti puas hati! Terasa separuh jiwa AJ tertinggal kat Tanah Aina Fahad. Dia punya best macam dah taknak balik KL kau!

Nak tau lebih lanjut mengenai Tanah Aina? Layari : http://www.tanahaina.com/resort/
Tanah Aina ni ada beberapa lagi resort lain tau! Lepas ni AJ nak plan beraktiviti kat Tanah Aina yang lain pula.




P/s : Nature, memang jiwa AJ!

Baca Selanjutnya »

Destinasi Percutian Menarik Di Penang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Cuti sekolah dah nak dekat, dah plan ke tempat nak berjalan? Yelah selain budak-budak cuti, mak bapak pun mesti tengah kalut fikir nak menghabiskan cuti jugak kan? Hehehehe. Apa kata AJ bawak korang ke Penang atau Pulau Pinang yang terkenal sebagai salah satu destinasi perlancongan terbaik di Malaysia. Sebenarnya kan, banyak tempat menarik yang ramai tak berapa tau kat sini. AJ sendiri pun setiap kali pegi sana mesti rasa tak puas berjalan, macam ada je tempat yang AJ belum singgah.  Tahun ni je dah berkali-kali dah AJ pegi Penang.



Jom AJ bawak korang berjalan, bagi korang fefeeling macam tengah berjalan-jalan kat Penang gitu. Manalah tau kot-kot lepas baca entri AJ ni dapat idea pulak nak kemana kan? 

Tempat pertama yang korang kene tuju mestilah Bukit Bendera. Kat sini korang boleh tengok pemandangan 360 di sekitar Pulau Pinang. Bukit Bendera dahulunya merupakan tempat menanam strawberry kerana suhunya yang sejuk lebih kurang 21 darjah celcius. Nak naik atas tu korang boleh menggunakan khidmat kereta kabel. Dulu kereta kabel dia kayu, sekarang dah cantik dah. Rasa macam naik LRT okay.  Nak rasa adventure sikit boleh jugak naik atas tu melalui denai jungle trekking yang disediakan.




Kek Lok Si Temple pun menarik jugak, terletak di atas bukit Air Itam tapi nak naik atas ni kene mendaki tangga. Mengah jugaklah kalau tak cukup stamina. Sepanjang jalan nak naik atas tu ramai juga peniaga yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Sambil-sambil nak mendaki sempatlah beli buah tangan sikit untuk rakan-rakan. Orang kata, Kek Lok Si Temple ni temple Buddha terbesar kat Malaysia dan juga di Asia. Dibina sekitar tahun 1890 ke 1905 dikenali sebagai "The Pagoda of 1000 Buddhas" menggabungkan senibina dari negara Thailand, China dan Burma di dalam satu struktur.




Muzium-muzium yang terdapat di Penang juga tak kurang hebatnya, ada Muzium Perang, Muzium 3D, Muzium Peranakan Penang dan sebagainya.

Muzium Perang

Muzium yang terletak di Batu Maung ni dikatakan antara tempat yang paling berhantu di Asia terletak di kawasan berkeluasan 20 ekar. Tapi betul kot, dulu AJ penah main paintball kat situ dan ada antara kami ternampak askar berpakaian tentera Jepun ke Gurkha entah bernombor 13. Yelah situ kan dulunya kubu British masa Perang Dunia ke-2 dan kemudiannya ditukar menjadi kem untuk menyiksa tawanan yang terdiri daripada askar Melayu, Gurkha dan Jepun. Tapi sekarang ni AJ tanak cerita pasal hantulah kan, yang AJ nak cerita kat sini korang boleh tengok kesan peninggalan sejarah seperti berek askar, tempat memasak, tempat menyimpan senjata, tempat memasung dan memancung tawanan serta kesan peluru sehinggalah ke terowong bawah tanah. Terkesan juga di hati bila tengok sisa peninggalan perang yang ada disini. Terasa bertuah hidup di zaman yang bebas dari peperangan tau.


Gambar ihsan : Google

Gambar ihsan : Google

Muzium 3D (Penang 3D Trick Art)

Kalau ada kat tengah town Penang tu, apa kata korang singgah sekali Penang 3D Trick Art kat Lebuh Penang, Georgetown. Kat sini paling sesuai untuk bawak anak-anak sebabnya kat muzium ni ada banyak lukisan efek 3D. Kalau tak salah AJ ada lebih kurang 40 jenis hasil seni untuk bergambar. Karakter-karakter dalam filem E.T, Journey to The West semua ada. Seronok jugak dalam tu tau, AJ pulak yang excited! Hahahahahaha.






Muzium Peranakan Penang

Rumah 2 tingkat peninggalan hartawan Peranakan ni mempamerkan pelbagai artifak dan khazanah zaman dahulu yang mencecah jutaan ribu ringgit. Kebanyakannya milik peribadi dari baju pengantin dan hiasan nyonya juga potret keluarga yang terdapat pada dinding muzium ni. Kat sini korang boleh mempelajari dan mendekati cara hidup orang Cina lama berpandukan lebih daripada 1000 barang yang dipamerkan.

Gambar ihsan : Google

Gambar ihsan : Google

Gambar ihsan : Google

Nak fefeeling macam dalam filem? Apa kata korang berkunjung ke Avatar Secret Garden yang merupakan tempat tarikan terbaru kat Penang, AJ tau pun sebab kuasa viral. Hahahaha. Terletak di Thai Pak Koong Temple, Tanjung Tokong. Nak datang sini janganlah datang siang nanti tak terasa macam kat Avatar pulak sebabnya lampu-lampu kat situ yang buat tempat ni unik. Tempatnya takdelah besar mana tapi tarikan dia AJ pasti buat korang terpegun. Pokok-pokok yang dihias dengan lampu-lampu berwarna warni buatkan korang rasa macam di alam fantasi. Spot bergambar yang memang cantik!




Nak lagi 1 tempat syok bergambar? Apa kata jelajah Penang Street Art, banyak hasil karya pelukis-pelukis berbakat sepanjang sepanjang Jalan Muntri ke Weld Quay ni tau. Nak cari ais kepal pun senang. Sepanjang jalan banyak orang jual. Kat KL mana nak dapat.






Penang juga terkenal dengan pantainya yang menarik, tak lain dan tak bukan Pantai Batu Ferringhi! Kalau korang sukakan laut macam AJ, sesuai sangat nak bermandi-manda kat sini. nak beraktiviti laut pun boleh. Ada macam-macam yang boleh dicuba seperti banana boat, jetski dan sebagainya. Nak yang mencabar sikit, korang boleh cuba paragliding. Bolehlah merasa tengok pemandangan laut dari atas udara!


Gambar ihsan : Google
Takkan nak jalan je, tak nak makan ke? Penang juga dikenali sebagai syurga makanan. Pasemboq, Laksa Penang, Nasi Kandar memang makanan wajib dicuba bila dah jejakkan kaki ke Pulau Mutiara ni.

Tempat makan yang paling famous kat Penang ialah Gurney Drive, kat sini macam-macam jenis makanan ada. Sebut je nak apa? Pasemboq joget, laksa penang power? Order je berdesup makanan terhidang depan mata. Hahahaha.


Kalau rasa Gurney Drive tu biasa-biasa je korang boleh cuba Nasi Kandar Beratur bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Dibuka setiap hari bermula jam 10 malam sehingga awal pagi menghidangkan nasi kandar resepi turun temurun sejak tahun 1943. Kedai dia comel je tapi orang yang beratur. Perghhhh! Berpeluh jugak nak menunggu turn untuk dapat makan tu. Tapi rasa dia memang "worth the wait" la.

Gambar ihsan : Google

Gambar ihsan : Google
Rojak Penang Ho Wei Jeng pun best jugak. Yang membuatkan dia special adalah kuah rojak yang digunakan. Tekstur rasa manis dan pedas serta kuahnya yang pekat memang 'umphh' dengan buah-buahan dalam rojak tu.

Gambar ihsan : Google

Nak hilangkan dahaga dengan cendol? Hangpa pi cuba Teochew Cendol kat Lebuh Penang. Dimiliki  oleh keluarga Tan sejak tahun 1950. Resepi yang digunakan lebih 5 dekad ni memang best sebab rasa dia yang manis dengan santan dan gula merah yang diadun sempurna. Macam iklan pulak rasa. Hahahaha. Kecoq lioq oi!

Gambar ihsan : Google
Gambar ihsan : Google
Sebenarnya kalau nak cerita pasal Penang Trip, tak cukup 1 entri tau. Kene buat 30 entri baru complete jalan-jalan Penang. Nak tau apa lagi yang menarik? Jom kita buat Penang Trip! Kalau nak tau tempat menarik  kat Malaysia selain Penang pun boleh. Antara senarai tempat menarik ada di infografik https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia.

Sekarang dah tau nak jalan-jalan ke mana sepanjang cuti sekolah? Tak payah ke luar negara pun, kat dalam negara macam Pulau Pinang ni pun dah banyak sangat tempat best!

 P/s : Nak cuti!!!!!

Baca Selanjutnya »