Jom Kahwin di Laman Warisan, Taman Warisan Pertanian Putrajaya!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semalam AJ ade cerita pasal dusun dalam bandar Taman Warisan Pertanian Putrajaya, arini pulak AJ nak bagitau korang pasal Pakej Perkahwinan Laman Warisan yang disini. Yup! Kat sini ada menawarkan pakej perkahwinan bermula serendah RM12,900 untuk 500pax. Menarik tak? Mana lagi nak dapat pakej perkahwinan yang murah camni kan?

Pakej Perkahwinan Laman Warisan ni hasil kerjasama Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) dengan Felda D'Saji Sdn Bhd. Kalau sebut je D'Saji, korang mesti dah sedia maklum makanan dia camne kan. Katerer ni bukan nama asing lagi kat Lembah Klang ni so bab kualiti dan juga rasa superb!

Antara menu yang terdapat di Laman Warisan

Majlis kawen dalam dewan dah biasa sangat kan? Kat Laman Warisan ni pasangan pengantin akan diraikan kat bangunan rekaan tradisi dikelilingi dusun bandar. Lepas majlis boleh buat outdoor photoshoot dalam dusun. Unik dan lain pada yang lain.


So korang yang berada di sekitar Putrajaya ataupun bakal pengantin yang nakkan kelainan dalam majlis tu bolehlah survey-survey Pakej Perkahwinan Laman Warisan, Taman Warisan Putrajaya. AJ dan Mr.JR pun tengah duk intai-intai jugak ni.



Pakej perkahwinan ni merangkumi :

❀ Menu buffet tradisi Melayu
❀ Meja makan beradap dengan lauk pauk istimewa
❀ Sewaan laman warisan, kerusi, meja dan dekorasi
❀ Dekorasi pelamin dan karpet merah
❀ PA system
❀ Lokasi fotografi dibTaman Warisan Pertanian Putrajaya secara percuma
❀ Bilik persalinan / ruang menunggu
❀ Tempat letak kereta
❀ Kemudahan tandas dan surau
Info lanjut :

Tel : 014-3388794 (En. Mohd Azan Dalal, Pegawai Jualan Felda D'Saji Sdn Bhd)
Email : azan.md@felda.net.my

P/s : Plan nak buat kecik-kecik je. Bersederhana.

4 ulasan