ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Disclaimer : Entri penuh dengan gambar dan keriangan! Hahahahaha.
Disclaimer : Entri penuh dengan gambar dan keriangan! Hahahahaha.
Sape ikut AJ punya socmed mesti perasan yang AJ ada pegi Glamping di The Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak. Ini merupakan kali pertama AJ jejakkan kaki kat situ. AJ ingat sama je macam Sunway Lagoon, tapi rupanya kat sini lagi best dan lebih dekat dengan nature.
Selain daripada taman tema air, terdapat beberapa lagi tarikan di The Lost World of Tambun antaranya :
❀ Lost World Water Park
❀ Lost World Amusement Park
❀ Lost World Tiger Valley
❀ Lost World Tin Valley
❀ Lost World Adventure Park (Glamping Zone)
❀ Lost World Petting Zoo
❀ Lost World Hotsprings & Spa
❀ Lost World Hotel
Apa yang best sangat dengan The Lost World of Tambun? Eh! kalau nak cerita betapa bestnya kat sini, 4 hari 4 malam tak abis story dia tau. Memang best sangat dan bersesuaian dengan mereka yang suka outdoor ataupun nak beriadah dengan keluarga. Kat sini sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur.
Jom tengok aktiviti AJ kat sana selama 2 hari di The LWOT. Kitorang sampai kat sana lebih kurang pukul 10 pagi. Kat sini parking tak payah risau sebab kemudahan tempat letak kereta yang disediakan cukup luas. Harganya pun cuma RM 1 je sekali masuk.
Lepas tu kitorang dibawa ke Glamping site dengan menaiki tram yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Yelah, nak bawak barang banyak-banyak takkan nak jalan kaki, hilang diva kakak! Kakahkah! Okay gurau je. Dari sebelum AJ datang lagi AJ memang excited nak try glamping ni tau. Aritu tengok gambar kawan AJ, tak sangka pulak lepas tu AJ sendiri berpeluang merasa pengalaman Glamping. Lokasi Glamping ni dekat Adventure Park. Jauh sikit ke dalam berdekatan dengan Boga Lake. Kawasan ni agak privasi, walaupun bukan terletak betul-betul dalam hutan, feeling-feeling camping tu tetap ada.
Kalau dulu tertanya-tanya jugak kenapa bagi nama glamping? Rupanya ini camping style moden dan penuh glamour. Tengoklah sendiri dalam khemah yang kitorang tidur tu, terdapat 1 katil bersize queen, 2 katil single, kipas dan juga cermin untuk bersiap. Nak caj telefon pun boleh kat dalam tu. Luas kan? Memang selesa sangat dalam tu. Tapi siang memang berbahanglah, nak pulak AJ punya khemah glamping tu yang jenis floating.
Okay lepas dah siap check in, kitorg pegi Hippo Kingdom yang terletak kat sebelah glamping site tu. Macam-macam binatang ada dalam tu selain Juwita si badak! Kat sini AJ ada 1 pengalaman yang manissss sekali sepanjang trip. Kene tanduk dengan rusa! Chehhhh! Hampeh encik rusa, dalam banyak-banyak bende punggung AJ yang ditanduknya. Terus terbahak-bahak saksi-saksi kejadian ketawa!
Usai Hippo Kingdom kami dibawa pula menerokai 6th Miles Tunnel. 1 pengalaman yang mencabar jugak buat kami semua. Sebabnya kitorang perlu merentasi terowong yang dipenuhi dengan air dan penah digunakan oleh Komunis suatu ketika dahulu. Kat dalam terowong tu sangat-sangat gelap kalau tak bawak lampu tau.
Lepas tu kitorg dibawa minum petang di Dulang Tea House, kalau perasan Dulang Tea House ni penh viral tau! Minum kat sini rasa macam ada kat zaman-zaman dulu je, siap ade lesung batu atas meja. Tap lesung tu bukan hiasan semata. Lesung tu digunakan untuk buat roti tumbuk. Sedap baq ang roti tumbuk ni. Cecah pulak dengan gula melaka + kelapa. Perghh! menusuk kalbu seorang AJ yang tak penah makan roti tumbuk.
Usai je minum petang kat Dulang Tea House, kami buat free & easy activity, masa ni kami siap eksplore kawasan sekitar sementara nak tunggu persembahan dan bbq pada sebelah malam. Besar jugak kawasan The Lost World of Tambun ni, ingatkan kecik je. Sempatlah masuk rumah hantu sekejap. Hahahahahaha.
Malam pulak kitorang dihiburkan dengan persembahan Abang Api, AJ tak tau la nama persembahan dia, yang api keluar dari mulut tu la. Okay flaming percussion! Hahahahaha. Dan yang paling best BBQ! Terbaiklah chef dia, makanan semua sedap-sedap. Pastu sagu gula melaka tu paling ramai suka. Lemak!
Kalau korang bermalam kat sini kan, korang boleh pegi hotsprings tau. Tapi AJ tak pegilah, tak sempat pulak nak terjun dalam tu. Tapi nanti AJ nak repeat. Sebab tak puas rasanya.
Esoknya pulak, kitorang dibawa bersarapan pagi kat kawasan Petting Zoo. Breakfast konsep open space dalam taman gitu. Dikelilingi hutan, bukit bukau dan biawak! Hahahaha. Taklah tempat makan ni paling dekat kolam biawak tu, bukanlah makan dengan biawak.
Dan aktiviti terakhir adalah meneroka Tarantula Valley, Petting Zoo, Tiger Valley dan Catopia!!!
Amacam? Best kan? Nanti AJ nak bawak family AJ pulak ke sini. Rasa tak puas lagi nak explore itu ini tau. Kalau korang nak datang sendiri ke The Lost World of Tambun boleh tengok ino kat bawah ni okay.
Alamat : No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, perak.
Tel : +605- 5428888
Fax : +605- 5428899
Email : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : www.sunwaylostoftambun.com
Waktu operasi Taman Tema :
Isnin - Jumaat : 11 pagi - 6 petang
Sabtu & Ahad : 10 pagi - 6 petang
Cuti Sekolah & Cuti Umum : 10 pagi - 6 petang
Tutup pada setiap Selasa kecuali Cut Sekolah & Cuti Umum
Waktu operasi Lost World Hot Springs waktu malam :
Isnin - Jumaat : 6 petang - 11 malam
Waktu operasi Lost World Crystal Spa
Isnin - Ahad : 12 tengah hari - 11 malam
P/s : Jom ke The Lost World of Tambun!
selalu pergi lost world, tapi adventure park tak pernah masuk lagi. tq info
BalasPadamBestnya glamping!
BalasPadambest betul tengok aktiviti korang LWOT ni. teringin nak pergi juga!
BalasPadamWahhh... Rindu nak ke sana lagi... Jom repeat...
BalasPadamPengalaman yg menyeronokkan... nak pulak dpt jumpe seketol Ayue ni...
BalasPadamhy AJ, kalau glamping tu berapa ye hrga die, kalau bulan oktober nie, perak musim ujan ke ye,,
BalasPadam