Outlet ke-34 Hair Depot Malaysia di Melawati Mall

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bila cerita bab rambut mesti AJ ingat pasal Hair Depot, outlet yang menjual pelbagai jenis produk penjagaan rambut dari beberapa buah negara seperti Greece, Spain dan sebagainya. Produk yang terdapat di Hair Depot bukan hanya tertumpu pada rambut je tau, malahan produk untuk perawatan kulit kepala dan peralatan rambut pun ada. Kenalah dengan slogannya " Treat Your Hair Right " Sekarang ni pulak, Hair Depot sedang berjinak-jinak untuk meluaskan pasaran dengan produk penjagaan diri jugak.


Baru ni AJ singgah ke outlet ke-34 Hair Depot yang terletak di Melawati Mall. Outlet ni baru je dibuka bulan lepas. Pendek kata ada bau kedai lagi la. Hihihiiihi. Masa kunjungan AJ tu, banyak produk yang diperkenalkan kepada kami yang hadir pada hari tu. Antaranya produk tersebut ialah Mea Natura Olive ni. Yang ni memang menarik perhatian AJ la, sebab kandungan utamanya adalah olive atau zaitun yang sememangnya dikenali dengan kandungan vitamin E yang tinggi baik untuk kesihatan rambut dan juga kulit kita. Produk Mea Natura ni pulak mengandungi 88% - 94% bahan natural. Ianya bebas dari SLES, Paraben, Propylene Glycol, Silicones, Alcohol dan Synthetics Dyes.



Mea Natura Olive ni didatangkan dalam 2 jenis untuk rambut kering dan rosak dan untuk rambut yang sihat dan berkilau. Bau pun lembut je. Syampu ni pun sangat sesuai buat mereka yang berhijab tau. Selain membantu menangani bau yang kurang menyenangkan, syampu ni jugak boleh menjadikan rambut lebih volume bila bukak tudung. Takdelah balik rumah rambut leper je. Hehehehehe. Selain Olive ada juga Mea Natura Pomegranate yang sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut berwarna dan rosak.


Selain produk ni banyak lagi produk lain yang terdapat Hair Depot, macam-macam variasi untuk macam-macam jenis dan keadaan rambut ada. Staff kat sini pun sangat membantu, diorang akan terangkan satu persatu produk yang korang nak tau dengan lebih terperinci. Kalau perlu mereka pun boleh suggestkan produk mana yang sesuai untuk korang.


Macam AJ cakap tadi, kat sini bukan setakat produk penjagaan rambut semata, peralatan untuk rambut pun ada macam hair dryer, curling thong semua. AJ sendiri berpeluang mencuba peralatan rambut yang ada aritu. AJ cuba straightening iron. Best tau! Peralatan ni memang berkualiti, lepas tu peralatan yang AJ cuba ni pula buat rambut AJ jadi lebih terurus dan tak nampak kering. Selalu kalau guna straithening iron kan rambut mesti rasa kasar sikit kan, nak-nak hujung rambut. Tapi peralatan yang AJ guna ni buat rambut nampak more shine kot..



Bestnya kat Hair Depot macam-macam ada! So kalau korang nak cuba dan dapatkan produk-produk penjagaan dan perawatan rambut, apa kata kunjungi outlet Hair Depot di Melawati Mall ni.


Betapa seronoknya seorang AJ di Hair Depot!

 Info lanjut :

Hair Depot Melawati Mall
LG-14, UP2-01, Melawati Mall,
355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Website : www.kcareshop.com
Facebook : HAIRDEPOT
Instagram : @hairdepot_my

P/s : AJ ni pantang sikit bab-bab rambut ni. memang suka! Hehehhehe..

4 ulasan

  1. rugi tak leh p hari tu , packagig dia cantikk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la Qaseh..
      Takpe mana tau nanti ade rezeki lain... =D

      Padam
  2. bestnya..kan? kak min x berpeluang join ekekek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup kak Min, best sangat..
      Produk-produk dia pun best....

      Padam