Mukadimah : Trip Bermotor KL - Koh Lanta, Thailand

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Disebabkan beberapa hari ni mood macam tak berapa gembira, marilah kita menggembirakan hati dengan bercerita mengenai trip bermotor KL - Koh Lanta, Thailand bulan April aritu. Nampak tak berapa lama kisah ini diperam bak ikan pekasam? Hahahahha.... Bukan taknak cerita tapi tak tau kenapa tak tercerita pasal Trip Koh Lanta AJ ni... Ceh! Alasan kauuuuu.... AJ ni asal pegi trip je mesti pilih Thailand kan? Entah kenapa macam terasa kat negara sendiri je bila kat sana tu. Kalau tak Hat Yai, pegi Songkhla, lepas tu terlajak sikit ke Krabi. Dah gi Krabi, jalan jauh sikit masuk Phuket. Nasib Bangkok tu agak jauh, kalau tak silap-silap mau terlepas ke Bangkok! So entri kali ni, AJ cuma bagi mukadimah dulu la. Kang tulis semua, panjang berjela pulak korang nak membacanya. Hahahhaah!



Okay sebenarnya trip ni dah lama dah kitorang plan, dari tahun lepas lagi nak ke Thailand bulan April. Kenapa bulan April? Songkran kan... So nak rasa la sendiri kemeriahan pesta Songkran kat negara sebelah walaupun hakihatnya kami tau Songkran kali ni tak disambut sangat sebab kematian King Bumibol, September 2016 yang lepas. Kan setahun berkabung... Kami bertolak naik motor lebih kurang pukul 11 malam, 11 April 2017. Aah la, naik motor je dah tu je yang hadooo.. Hahahaha... Lagipun kami ni rasa selesa sikit bila naik kenderaan sendiri, senang nak explore tempat orang. Kalau cite bab penat, tipulah kalau AJ kate tak penat kan. Tapi harga sebuah pengalaman yang kita dapat tu lain tau. Bukan semua orang boleh merasa pegi Thailand naik motor. Kalau geng-geng " Bikers Kental " tu, tak payah cakap lah. Tapi kami ni kategori separa kental la. Motor skuter je kan. Hehehehhe.


Macam biasa, Mr.JR bawak motor pun relax-relax je, takde nak berlumba ke ape ke. Malam tu memang banyak motor yang menghala ke arah Thailand, sebabnya weekend tu pun ada Phuket Bike Week juga selain daripada Songkran. Dalam 8-9 jam perjalanan kami sampai kat border. Selalu kan, bila sampai border, kejap je nak cop passport semua. Tapi disebabkan Pesta Songkran dan Phuket Bike Week, 3 jam kami beratur kat imigresen wehhhh! Elok tengah mengantok masa sampai tu, terus hilang mengantuk. Hahahhahah.. Selesai berurusan dengan imigresen kami teruskan perjalanan ke Koh Lanta, rasanya adalah dalam 4-5 jam perjalanan lagi. Phewwwww.



Plan asal, kami nak stay 1 malam dulu kat Hat Yai, tapi lepas fikir masak-masak kami tukar plan terus ke Koh Lanta je. Alang-alang tu biar penat atas jalan tu sehari je. Kalau tak nanti macam lagi penat atas jalan pada penat travel. Haaaa. Kalau naik motor ni korang kene plan betul-betul tau perjalanan. Naik motor tak sama macam naik kereta. Sepanjang perjalanan ke Koh Lanta kan, cuaca memang tak berapa cantik, kejap hujan, kejap okay. Makanya kami-kami yang atas motor ni pun kejap basah, kejap kering. Haaaa lagi 1 kalau naik motor ni, dah kuyup kene hujan tu korang teruskan je la perjalanan ye. Buang masa je kalau berenti bila dah basah tu. Hahahahaha... Sejuk? Gila tak sejuk! Bertabah je la atas motor tu woi!



Petang tu dalam pukul 6, kami sampai kat jeti Koh Lanta. Nak masuk Koh Lanta ni, korang kene naik feri tau. Memang takde jalan darat sebab dia betul-betul pulau. Koh Lanta ni takdelah femes sangat macam Koh Samui semua. Tapi taktau la, memang kami ni kalau pegi travel suka explore tempat yang tak berapa femes. Nak tau apa yang menarik kat Koh Lanta ni, nanti AJ cerita okay. Lebih kurang pukul 7 macam tu, kami sampai ke tempat penginapan. Terlepas nak tengok sunset tapi takpe, esok lusa ade lagi. Harapnya cuaca okay je la sepanjang trip.


Dapat pulak tengok sunset dari atas feri...

Lepas je check in, terus je bersihkan diri semua dulu. Memang stail kitorang kalau berjalan jauh, ko jangan terus landing atas katil. Bila dah start landing, memang tak jadi apa la cite dia. Kelaut peginya! Hahahahhaa. Selesai mandi, kami-kami terus keluar cari tempat makan. Kat Koh Lanta ni bab makan jangan risau sebab nak cari makanan halal tu memang tak susah. Alhamdulillah la even kawasan ni AJ perati banyak mat-mat saleh berbanding orang Malaysia. Sebab kat sini memang tak berapa femes dikalangan orang kita. Rasanya AJ tak nampak pun ada orang Malaysia. Kalau masa trip yang lepas-lepas ke Hat Yai, Krabi, Phuket semua tu nampak je la orang kita. Dah jumpa tempat makan, dapat makanan tak pandang kiri kanan dah okay. Terus melahap je! Lapar baq ang! Kat sini harga makanan memang korang boleh senyum. Tak mahal sangat dan potion dia pun besar. Pastu rasa pun mabeles! Hahahahahhaa.

Habis makan, merempit balik guest room terus ZzZzZzZzZzZzZzZzZ....... Bersambung! Hahahahaha

P/s :  Panjang nau mukadimah kakak AJ! Hahahahhaha. Next entri kakak AJ sambung kendian ye. Nak belek balik album buat aktiviti apa pulak pastu!



6 ulasan

  1. hoiiii ni bukan mukadimah ,ni dah part 1 namanya hahahhaha

    BalasPadam
  2. Kite pn cm xgembira dua tiga arini..nasib ade gak terserempak2.. Dpt bersenyum2 sikit.. Hihi..

    Belum pnh pegi naik moto ni..naik kete penahlaa

    BalasPadam
  3. hehehe ni jiwa kental jugak ni.. bwak motor 4-5 jam memang tabik spring..

    BalasPadam
  4. seronok layan trip macam ni, leisure

    BalasPadam
  5. belum pernah masuk naik moto.. nek keta penah le.. hihihi

    BalasPadam
  6. wahhhhh..bestnya...berjalan bersama tersayang... hihihi

    BalasPadam