ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Dah 10 hari dah kite berpuasa, kejap je masa berlalu... Ada ke yang dah buntu nak berbuka puasa kat mana selain daripada di rumah?
Kalau korang tak tau nak berbuka kat mana kan, apa kata korang berbuka dengan Buffet Ramadhan ala kampung sejati di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH)...
AJ pasti ramai yang tercari-cari tempat yang menyediakan juadah berbuka ala kampung kan...
Macam AJ sendiri, kalau nak berbuka mesti pilih lauk kampung tau... Dia punya selera lain macam!
Bila sebut pasal masakan kampung sejati, menu yang paling sinonim dan menambat selera mestilah kerabu... Dapat pulak kerabu yang cukup bahan seperti kelapa parut, kerisik, serai, bawang, cili padi dan udang kering yang digaul dengan ulam-ulam segar tu lepas tu pulak perah dengan asam limau....
Perghhhh! Terliur dibuatnya.... Tak lupa jugak sambal yang ringkas tapi pedasnya menambat rasa... Pedas tapi nak lagi gitu!
Kat mana lagi nak dapatkan kerabu yang pelbagai selain di Toppot Cafe, Kuala Lumpur International Hotel? Macam tahun-tahun sebelum ni KLIH memang terkenal dengan promosi berbuka puasa bertemakan masakan kampung sejati...
Kat sini terdapat 30 aneka jenis kerabu seperti kerabu mangga, sotong, daging salai, jantung pisang, rebung, surimi, pucuk gaus, limau barli, nangka muda, pucuk paku, obor-obor dan banyak lagi...
Juga 15 jenis sambal antaranya dabu-dabu manado, sambal ijo, berembang asam, udang geragau garing dan pedas, udang kering nyonya, lonteh, sambal hitam Pahang, cencaluk, tempoyak, budu dan belacan yang dihidangkan berbeza setiap hari ditambah pula dengan pelbagai jenis ulam-ulaman segar..
Confirm dah tak pandang lauk lain tau!
Confirm dah tak pandang lauk lain tau!
Selain daripada kerabu dan sambal, ada juga sajian lain dijamu untuk para pengunjung.. Antaranya "live cooking" dan juga hidangan nasi panas dengan pelbagai lauk pauk turut disediakan di KLIH. Ada kari kepala ikan, ketam kari ala bonda, sotong tumis jintan, daging kurma utara, gulai ikan tongkol, gulai nenas ikan masin, ikan kembung, pari panggang balut daun pisang dengan air asam dannnnnnnnn yang paling best siput sedut lemak keledek dengan daging salai masak lemak.... Perghhhh! Bertambahlah terliur bila tengok menu yang dihidangkan...
Kuih muih tradisional pun ada juga sebagai pemanis mulut, pembuka selera....
Cakap je nak kuih apa? Tako, seri muka, kole kacang, kuih lopez, cucur badak semua ada...
Bubur kacang hijau, bubur lambuk, pengat labu, agar-agar dan puding aneka rasa pun ada...
Kalau omputih ada dessert kek, candy semua kan, kita orang kampung ada roti jala cicah kari ayam atau serawa durian, sago gula Melaka, goreng pisang, keledek dan keropok lekor...
Yang ni, kek ape segala tak boleh lawan okay! Hihihihihihi....
Lok-lok telur puyuh, bebola ikan, udang, isi ketam, sotong dan tauhu bersama sos cili dan sos manis pun ada jugak... Lengkap serba serbi hidangan kampung kat sini... Tak lupa air buah bermusim.. Kang takde air tercekik pulak.. Hihihi...
Bila adanya pelbagai masakan kampung sejati, mesti ada orang yang bertanggungjawab dalam penyediaan menu-menu ni kan?
Di Kuala Lumpur International Hotel, sajian buffet Ramadhan ini disediakan oleh Ekskutif Chef, Kasim Man yang berpengalaman selama 36 tahun di dapur hotel dibantu oleh pembantu chef Kamal Ariffin, Azlan, Izwan, Izwani dan Zaharah... Tanpa mereka, tak dapeklah nak meraso lauk kampung ni ha! Timo kasih para chef yo... Sodap hinggo menjilat jari kato orang! Dah cito pasal lauk kampung, toruih kuar loghat kampung den! Penangan air tangan chef ni ha... Hihihihihihihi...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buffet Ramadhan Kuala Lumpur international Hotel :
Bermula seawal hari pertama Ramadhan sehingga menjelangnya malam Aidilfitri
Waktu : 6.30 petang - 9.30 malam
Harga Buffet Ramadhan :
RM 69.00 (dewasa)
RM 35.00 (kanak-kanak 4-12 tahun)
*harga termasuk 6% GST*
Lokasi :
Toppot Cafe, Aras 4 Kuala Lumpur International Hotel (KLIH),
Lorong Haji Hussien 2, off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang Ramadhan, pihak hotel menyediakan acara moreh secara percuma setiap hari untuk para jemaah yang menunaikan solat terawih di surau KLIH, tazkirah sebelum waktu berbuka puasa dan pengedaran surah Yassin. Kaunter zakat fitrah yang dikendalikan oleh pegawai Pusat Pungutan Zakat juga disediakan beroperasi bermula pada 20-27 Ramadhan di lobi hotel.
Sebagai tanda penghargaan, pihak hotel menyediakan pelbagai insentif dan promosi bagi memeriahkan promosi pada tahun ni.. Nikmati promosi Diskaun Kad Kredit, pakej Bilik Mesyuarat Percuma, pakej berkumpulan, pakej Ahli Facebook, pakej penajaan, baucer pra-bayar dan set pakej katering "Take-Away"
Untuk info lebih lanjut tentang promosi yang ditawarkan, boleh berhubung dengan :
Encik Azli bin Ariffin, Pengurus Jualan dan Pemasaran : 019-3822 100
Atau layari : www.klitel.com.my
P/s : Terliur tengok gambar juadah!
Tengok gambar2 makanan tu semua, laparlah pulak hehe
BalasPadammeriahnya menu kat situ
BalasPadamKerabu suhun tu mengancam habis. tergugat iman sekarang !
BalasPadam