Rawatan Silk Peel di Premier Clinic Bangsar

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

2 minggu lepas AJ buat rawatan Silk Peel di Premier Clinic Bangsar...
Nama Premier Clinic bukan nama asing dalam dunia aesthetic, ramai VVIP dan artis-artis ternama yang mendapatkan rawatan kat sini...
Blogger popular macam Red Mummy pun penah buat rawatan muka kat sini okay!



Sebelum mulakan apa-apa rawatan, kita akan dibawa berjumpa doktor aesthetic yang bertauliah untuk menentukan rawatan yang sesuai dengan keadaan kulit kita....
Macam aritu kulit AJ dianalisis oleh Dr. Jaswine, mulanya AJ plan nak buat whitening treatment, tapi lepas dapatkan analisis dari doktor, AJ disarankan buat rawatan Silk Peel...

Setelah menerangkan proses dan kaedah rawatan, barulah kita boleh teruskan dengan prosedur yang dilakukan oleh staff yang bertauliah...
Macam rawatan yang AJ buat ni tak makan masa yang lama pun.... Lebih kurang 45 minit je....

Sebelum memulakan rawatan, kulit AJ dibersihkan.. Nak mulakan rawatan ni muka kenelah bebas dari sisa mekap...
Selepas mekap dibersihkan, barulah rawatan dibuat...
Mulanya kulit AJ diletakkan krim dan kemudiannya, 1 mesin khas digunakan ke atas kulit...
Mesin ni mempunyai permukaan yang agak kasar... Ianya bertindak merawat kulit muka dari dalam....


Apa tu rawatan Silk Peel?

Rawatan Silk Peel ni dilakukan untuk orang yang memiliki kulit yang kering dan juga pori-pori tersumbat....
Kulit AJ memang ada ciri-ciri tu, sebab tu Dr Jaswine sarankan AJ buat rawatan ni...
Menurut Dr Jaswine, rawatan ni membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan juga menjadikan kulit muka lebih lembab....
Mesin yang digunakan bertindak membuang sel-sel kulit mati dan juga membuka serta membersihkan liang-liang pori yang tertutup....
Semasa proses rawatan ni AJ tak rasa sakit pun, AJ cuma dapat rasa macam ade benda kasar dilalukan kat muka....


Selepas lebih kurang 45 mins rawatan, muka AJ dibersihkan sekali lagi dan disapukan dengan pelembab dan tabir suria..
Hasil selepas rawatan buat AJ berpuashati.... Kulit AJ terasa lebih cerah dan lembut...
Lepas tu bintik putih dan bintik hitam pada kulit wajah pun ilang serta merta!
Alhamdulillah, selepas rawatan kulit AJ okay je, takde rengsa ataupun merah-merah....
Tapi kalau ada pun, itu adalah perkara biasa... Ikutlah kulit korang jenis yang macam mana kan?

Selain Silk Peel, terdapat beberapa lagi rawatan yang boleh korang buat di Premier Clinic antaranya :

So kalau korang teringin nak membuat rawatan Silk Peel ataupun apa sahaja rawatan aesthetic, korang boleh tengok info dibawah :

Website :

Facebook :

Instagram :

Kalau nak tau Premier Clinic ada lagi 2 outlet yang terletak di Puchong dan TTDI....
 
So apa tunggu lagi, hubungi Premier Clinic sekarang... Nak-nak raya ni kenelah cantikkan kulit... Barulah berseri-seri di pagi Syawal nanti..😀

P/s : Lagi berapa hari je lagi nak puasa...

2 ulasan

  1. Heee sempat manjakan diri sebelom #Ramadhan... Thanks share ;)

    BalasPadam
  2. ada suntikan vitamin c tak kawan tanya

    BalasPadam