Koleksi Raya Kurta, Baju Melayu dan Jubah Lima Waktu (5 Waktu) Kini Dilancarkan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kalau tahun lepas Lima Waktu (5 Waktu) telah berjaya menembusi pasaran dan menjadi fenomena, tahun ini sekali lagi Lima Waktu tampil dengan koleksi raya kurta, baju melayu dan jubah Lima Waktu (5 Waktu) untuk gaya yang lebih elegan dan moden khas untuk peminat-peminat koleksi Lima Waktu pada majlis Syoknyeee Raya 2017 yang telah berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara minggu lalu...

Tahun ni memang istimewa sangat sebab buat pertama kalinya Lima Waktu berkolaborasi dengan pasangan selebriti comel iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafril untuk Koleksi raya Keluarga, Baju Wanita dan Kanak-Kanak....

Gandingan mantap ni membuatkan orang ramai yang berminat dengan koleksi ini boleh membuat pilihan untuk digayakan pada Hari raya Aidilfitri nanti....
Selain itu Lima Waktu juga mengetengahkan Chazynash iaitu Duta Rasmi Lima Waktu.....




Masa malam pelancaran tu kan, temanya Bollywood.... Merelip masing-masing berbusana tau...
AJ pakai sari je datang... Malam tu jugak, selain pertunjukan fashion, kami diberi mandat untuk menjadi salah seorang yang pertama tengok video bollywood Wawa Zainal dan Aeril Zafril kat Kashmir tau..
Kalau korang belum tengok pegi kat page Pen Merah, Roti Kaya semua... Mesti ada!

Okay sekarang AJ nak tunjuk dengan korang antara Koleksi Raya Kurta, Baju Melayu dan Jubah Lima Waktu yang diperagakan malam tu...
Cantik-cantik okay... Material dia pun dipertingkatkan lagi dari tahun lepas tau...
Mr.JR pun dah tergoda... Nampak gayanya ada yang sambar sepasang dua ni... Hihihihih...












Amacam?? Ni baru sikit je yang AJ tunjuk, ada banyak lagi koleksi dan warna-warna yang menarik ditawarkan.... AJ suka yang warna mint green tu, sejuk je nengoknya tau...
Selain tu terdapat pelbagai koleksi lain diperagakan di bawah jenama ShawlPublika...
Memang cantik-cantik... Rasa macam nak semua tau!

Jom tengok sikit antara koleksi Raya Keluarga yang merangkumi fesyen lelaki, wanita dan kanak-kanak....




Cantik kan?

Malam tu jugak ada persembahan istimewa Wawa Zainal...
Rugi sapa tak datang tau... Dapat tengok Bole Chudiyan versi Wawa Zainal..





Okay kalau korang berminat nak dapatkan Koleksi Raya Kurta, Baju Melayu dan Jubah Lima Waktu ni, korang boleh hubungi AJ tau....
Ini serius okay... Jangan lepaskan peluang tau...
Oh ya, Koleksi Lima Waktu takde pre-order tau....
Korang order, buat payment je terus Lima Waktu ni terbang ke rumah korang....

Nak tau lebih lanjut boleh layari / hubungi :

Website :

Facebook :

Instagram :

Tempahan online / butik :
012-2828 907

Tahniah Lima Waktu atas pelancaran koleksi baru...
Semoga terus maju...

P/s : Puasa tak lama lagi...


1 ulasan

  1. suka tgk wawa ngan aeril,cantik2 bajunya tapi org body lawa,ok la hahahah

    BalasPadam