Iftar di Verandah, Cyberview Resort & Spa


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Haaa.... Ni AJ nak cerita pasal lagi 1 tempat yang best untuk berbuka puasa...
Tapi kali ni AJ nak bawak korang ke Verandah, Cyberview Resort & Spa...
Kat sini konsepnya sangat santai... Terdapat  23 buat station makanan yang terdiri daripada lebih daripada 222 juadah yang dijamu untuk para pengunjung....
Menariknya station makanan ini diletakkan ala-ala dalam taman gitu....



Kat sini korang boleh pilih dari hidangan Melayu, Cina, Japan, Italian, Mexican dan juga hidangan favorite tempatan iaitu udang, sotong, kupang, sosej jumbo, kepak ayam, daging dan juga kambing...
Terliur betul AJ bile tengok menu-menu yang terdapat kat situ.....

Pertama sekali AJ nak tunjuk dengan korang kambing bakar sebagai pembuka selera...
Berbuka tak lengkap rasanya tanpa kambing bakar... Keenakkan dan rasa empuk daging tu... Perghhh! Ditambah pula dengan sosnya yang masam manis pedas, memang terangkat!
Gittewww ayat seorang AJ penggemar kambing bakar! 😁😁😁



Selain tu kan, yang bestnya kat sini ada masak lemak! AJ punya all time favorite...
Ada ayam, daging salai dan juga itik... Paling spesel, kat sini ada siput sedut tau!
Kat mana lagi korang nak dapat hidangan masak lemak siput sedut? Susah nak jumpe sekarang...
Masak lemak ni korang boleh pilih nak campurkan dengan rebung ataupun pucuk ubi...
AJ ni kalau bercerita bab masak lemak, terbayang-bayang kuahnya yang berlemak tu..
Alahai... Dah tak pasal tetibe mengidam masa tulis entri ni...
Kalau tak gemar masak lemak, gulai kawah pun ada...



Setiap tempat yang menyediakan juadah iftar pasti ada satu atau dua menu uniknya yang tersendiri... Verandah, Cyberview Resort & Spa juga ada menu uniknya tau!
Korang penah makan Durian Rolls tak?
AJ bukan penggemar durian sangat, tapi bila AJ dah pekena crispy durian roll dia...
Ya ampunnnn... Tak cukup 1! Nak pulak durian yang digunakan tu musang king...
Perghhh! Merembes air liur rasanya.. Hahahahhahahaha....
Menurut chef Cyberview Resort & Spa, durian roll ni memang signature menu...
No wonder sedap gila!


Yang bawak anak-anak pulak, korang tak perlu risau sebab Cyberview ada menyediakan beberapa menu yang bakal menarik perhatian anak-anak macam popcorn bersalut karamel, kek, chocolate fountain, cookies dan aiskrim....
Bile sebut pasal aiskrim, kat sini perisa aiskrim dia pelik-pelik okay...
Paling AJ tak boleh nak hadamkan, aiskrim rendang ayam! Yup aiskrim rendang ayam...
Rasa dia memang sebiji macam rendang tau.. Siapa ade rasa pedas-pedas sekali..... Tak terjangkay dek fikiran adanya aiskrim berperisa rendang ni....
Pastu ade jugak aiskrim teh tarik.. Yang ni memang kene sangat dengan tekak AJ... Hhihihi...



Kalau korang nak tau setiap makanan kat sini kan, disediakan panas-panas...
Ada yang bila korang nak baru dimasak... Tu yang best!
Kesegaran makanan tu pun terjamin...
Jom intai lagi apa yang ada...









Saujana mata memandang juadah-juadahnya kan...
Okaylah apa kata korang datang sendiri cuba Buffet Ramadhan di Verandah, Cyberview Resort & Spa...
Kalau setakat menjamu mata je tak best!

Kat bawah ni AJ sertakan info serta harga yabg ditawarkan di sini :

-------------------------------------------------------------

Harga Buffet Ramadhan Verandah, Cyberview Resort & Spa

Isnin - Jumaat
RM 138 (Dewasa)
RM 100 (Kanak-Kanak)

Sabtu & Ahad
RM 100 (Dewasa)

Alamat :
The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel :
03-8312 7091
03-8312 7092

-------------------------------------------------------------

Apapun, terima kasih Tourism Selangor atas jemputan.... Memang puas hati sangat menu iftar kat sini....

P/s : Tak sabar nak tunggu Ramadhan

2 ulasan

  1. Durian Rolls tu menarik perhatian PC la pulak...

    BalasPadam
  2. menyelerakan sungguh tengok sume makanan tu.. yang paling tak tahan, kambing tu.. hihi

    BalasPadam