Makan Sambil Bersantai di D'Pallet Place @ Langat


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Nak makan sambil bersantai?
AJ ade 1 tempat best untuk korang singgah... Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga mahupun yang single mingle...
Terletak di Batu 9, Langat, tak jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur...
Kalau korang nak lari sikit dari kesibukan kota, kat sini lah tempatnya...

D'pallet Place ni telah dibuka hampir setahun kalau tak salah AJ...
Yang uniknya kat sini, meja dan kerusinya diperbuat daripada pallet kayu, sebab tu ianya dinamakan D'pallet Place....


Dari segi pemilihan makanan, terdapat banyak stall yang menyajikan pelbagai jenis masakan...
Ada masakan melayu, ada masakan barat dan banyak lagi.....
Suasana kat sini memang sangat santai dan tenang...
AJ kalau datang ke sini, AJ pilih masakan melayu...
Memang sedap... Tak rugi mencuba...

Kat sini konsepnya layan diri... Masa nak order korang just bagitau no meja je kat stall pilihan korang tu....
Nanti masa makanan dihantar, baru korang bayar....

Jom tengok antara makanan yang AJ makan kat D'Pallet Place


Ikan Siakap Masak Asam Boi

Tomyam Poktek

Kangkung Goreng Belacan

Telur Bungkus



Lepas tu ada kambing bakar...
Nyum nyum!



Pulut Durian
 Kat sini korang boleh dapat menu istimewa tau....
First time AJ cuba... Memang sedap...

Bubur Delima

Dalam bubur delima ni, ada nangka, sagu, sengkuang kalau tak salah AJ..
Lepas tu kuah bubur ni pulak santan...
Bayangkan AJ yang tak makan nangka ni pun boleh abiskan...
Sedap wooo!

D'pallet juga menyediakan pentas karaoke buat mereka yang suka berkaraoke....
Open punya tau... Kalau AJ memang tak nyanyi dah...
Hahahahahha.....
Kadang-kadang ada busker pada hujung minggu....

Oh ya, masa CNY nanti kalau ada masa datanglah sini.....
D'Pallet Place ade buat sambutan ulangtahun nye yang pertama....
Ada pertandingan karaoke dan diskaun untuk para pengunjung...
Dan kalau korang pengunjung bertuah, korang boleh dapat hadiah okay....

So kalau nak datang ke sini, landmark dia senang je...
Berhadapan dengan Petron, Batu 9 Langat.....

Sebarang info mengenai D'Pallet Place dan aktiviti yang akan datang boleh like page :


P/s : AJ nak  makan jap... Bai!
Maaf Abg Jie, lama pulak hutang entri!



4 ulasan

  1. HI AJ, lama betul tak singgah sini. Oh, konsep sama mcm kt Aji Don, Plaza Damas...tp menarik juga kalau nak cuba

    BalasPadam
  2. Sedap sedap semuanya tu...tengok je terliur..hihi.. :)

    BalasPadam
  3. boleh lah try nnt. tempat pun cantik je tu

    BalasPadam
  4. omaiii kambing bakar.. omai pulut durian... kena try ni..

    BalasPadam