Pengalaman di Hospital Phuket


ASSALAMUALAIKUM DAM SALAM SEJAHTERA

2 minggu lepas AJ bercuti dengan geng #KelabBloggerBenAshaari dan Ayden Averroes Travel kan??
Kalau sapa belum baca entri tu boleh klik sini 👉 cuti bajet!
Lepas tu masa trip tu salah seorang dari kami tak sihat pulak...
So masa kat Phuket tu kelam kabut duk cari klinik....

Seperti yang semua orang sedia maklum, salah satu perkara yang digeruni semasa bercuti di luar negara adalah sakit...
Kalau kat negara sendiri gagah lagi... Sebab kita tau selok belok klinik dan hospital terdekat serta caj dia...
Tapi kalau berada di luar negara terutamanya di tempat pelancongan terkemuka, memang sangat payah dan juga mahal!

Malam pertama masa sampai kat Phuket tu, kami pusing dulu sekitar Phuket untuk cari klinik...
Memandangkan jam dah menjejak ke angka 10 malam, sukar nak cari klinik yang masih buka...
Kalau farmasi tak payah cakap... Berlambak-lambak.. Rasanya setiap 100 meter ada....
Bila nampak signboard klinik berdekatan Bangla Road, kami berhenti tanya... Tapi orang kat sana cakap klinik dah tutup pukul 7 malam....
Sebabkan kawan kami agak teruk juga sakit perut dia tu, kami proceed cari klinik lain...

Pusing punya pusing jumpalah "Tourist Clinic"...
Kat sini memang agak tricky sikit ye kengkawan...
Notis yang ditampal kat luar klinik tu tulis caj perkhidmatan hanyalah 500baht...
Tapi bila masuk..... Mak aih! Jadi 6000baht pulak...
Kami bernasib baik sebab staff klinik tu awal-awal dah bagi explaination....
Kalau dia tak bagitau masak nak membayar 6000baht... Dekat RM700 jugak tu!
Disebabkan takde klinik lain yang bukak malam tu, kami tak pegi klinik dan hanya singgah farmasi beli ubat je...

Pagi tu pulak, kawan kami ni makin teruk pulak....
Muntah-muntah dan sakit perut..
Makanya takde pilihan lain, AJ dan travel agent terus je ke Hospital Phuket...
Sampai je kat Hospital Phuket, kawan kami ni terus dimasukkan ke bahagian emergency...
Kat sini bermulalah pengalaman AJ kat Hospital Phuket....
Memula masuk memang terkejut jugak.. Sebab ruangan kecemasan dia kan tak sesak langsung macam kat hospital kita tau...
Lepas tu staff hospital tu pulak macamm relax je...
Datang check, tulis-tulis dan pegi... Takdelah nak masukkan drip ke, bagi ubat ke.. Padahal kawan yang sorang ni dah berguling-guling sakit...
Tetiba dia datang bagi AJ slip dalam kotak dan cakap bahasa Thai kat AJ...
Ye.. Kalau pegi Thailand memang orang selalu ingat AJ rakyat tempatan... 😆
AJ pun bawak kotak tu pegi kaunter minta dia explain dalam bahasa Inggeris...


Rupanya sistem perubatan kat sini memang lain dari kat Malaysia...
Slip dan kotak yang dia bagi tu korang kene bawak pegi kaunter dan amik air drip serta ubat yang diperlukan kat unit kecemasan tu sendiri....
Memang 1 pengalaman baru buat AJ.... Kene amik sendiri kau...
Kalau yang datang tu alone macam mana ek?? Huhuhuhuh...

Okay lepas amik air drip dan ubat semua barulah mereka mulakan rawatan...
Lepas lebih kurang 45 minit, diorang panggil AJ untuk amik ubat dan bayar kat kaunter...
Masa ni memang berdebar weh..
Yelah, kau berada di bumi asing dan tak tau berapa caj perubatan kat sini....
Bila dia bagitau amount AJ memang terkejut....
Rupanya pegi Phuket International Hospital ni jauh lagi murah harganya dari klinik...
1994baht je...


So lepas ni kalau korang sakit masa bercuti kat negara luar, AJ sarankan korang carilah hospital...
Kalau cari klinik memang tercekik!
Dapat AJ 1 pengalaman kat Hospital Phuket ni...
So lain kali kalau ada kecemasan, AJ dah tau la nak tuju kat mana...

Ni AJ nak pesan... Kalau nak travel memana, make sure korang buat research sikit kat mana hospital atau klinik terdekat ye...
Takdelah terkial-kial mencari sekiranya ada apa-apa masalah nanti...
Bukan tu je, amik tau jugak kat mana balai polis, kedutaan Malaysia dan sebagainya....
AJ pun masa trip ni terleka pulak, lupa nak buat research awal....
Nasib boleh handle... Alhamdulillah... 👍

P/s : Gambar takde sangat...
Staff kat hospital ni garang, tak bagi amik gambar.... (Padahal semua hospital sama..)


4 ulasan

  1. Benda nak jadi...tapi bagus utk experience

    BalasPadam
  2. Satu pengalaman dan perkara baru Yanie blajar sebenarnya. Pasni kne tau jika ada kecemasan nak buat cam ne..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..pengalaman AJ..bila dikongsi jadi ilmu untuk PC dan blogger-blogger serta rakan-rakan lain...tq AJ :)

    BalasPadam