ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Rabu lepas AJ berkesempatan mengunjungi pra-pelancaran Bandoru Store yang merupakan Mall "Preloved" Berkualiti Tinggi Pertama dan Terbesar Di Malaysia...
Pra-pelancaran ini bertujuan untuk para blogger dan media melihat sendiri barangan yang dijual di Bandoru Store yang akan dibuka secara rasminya adalah pada 5 dan 6 November ini....
Lokasinya terletak di tepi Plaza Tol Batu 3 menghala ke Shah Alam....
Paling tepat sebelum melepasi tol berdekatan stesen minyak Shell dan Petronas dan Al-Ikhsan....
Korang boleh waze je Bandoru... =D
Bandoru Store adalah sebuah butik yang menjual barangan preloved atau lebih dikenali sebagai "bundle" dikalangan orang kita tetapi berkonsep lebih moden dan terkini dengan persekitaran yang selesa seperti di mall-mall terkemuka...
Menurut En Wafi selaku founder Bandoru Store, apa yang berlainan mengena bandoru adalah barangan yang dijual sememangnya berkualiti tinggi dan keasliannya juga tak perlu diragui....
harga yang ditawarkan juga dijamin mampu milik kerana beliau mahu mereka yang tidak mampu untuk memiliki pakaian berjenama boleh bergaya dengan koleksi preloved dari Bandoru...
Semua barangan preloved untuk semua golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak ini diimport dari Jepun dengan beberapa peringkat pengasingan bagi memastikan pakaian yang dibekalkan benar-benar berkualiti dari segi material, jenis dan keasliannya selaras dengan slogan Bandoru Store sendiri iaitu " Better Than New "...
Pelbagai barangan yang ditawarkan seperti baju-T, kemeja, jeans, sweater, beg tangan, kasut dan beberapa aksesori berjenama....
bagi penggemar dan peminat koleksi "vintage" dan "rare" pula, korang boleh dapatkan di Bandoru Store dengan harga yang cukup berpatutan....
AJ dan rakan media yang hadir berpeluang mencuba sendiri pakaian yang akan dijual di Bandoru Store, ternyata kualiti yang dikhabarkan oleh En Waf tak dapat disangkal oleh kami...
Jom tengok apa yang AJ sempat cuba...
Sempena pembukaan rasmi Bandoru Store pada 5 November ini, pelanggan boleh mendapatkan baucer diskaun sebanyak 20% dengan hanya mengikuti langkah mudah di :
Link ini : http://v.bandoru.com/ref/l3866172
Jangan lupa ikuti segala update mengenai Bandoru di laman sosial mereka :
Facebook: Bandoru
Instagram: @bandorumalaysia
Twitter: @bandorumalaysia
So apa lagi? Jumpa korang masa pembukaan rasmi esok..
Jangan tak datang tau...
Penjualaan di Food Truck dan pelbagai aktiviti menarik menanti korang.....
P/s : Esok AJ akan berada kat sana selepas pukul 3...
kalau jumpa jangan lupa tegur tau!
Tiada ulasan