ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Fuhhhh... Hari kedua di The LifeCo Phuket, memang rutin harian AJ terus bertukar...
Dari segi pemakanan, aktiviti seharian semuanya bertukar...
Kat sini seawal jam 7 pagi dah bersiap...
Lepas breakfast, pegi morning walk pulak kat tepi Nai Thon Beach....
Pemandangan? Tak payah cakap la... Phuket kan antara salah 1 pantai yang cantik.... =D
Petang pulak AJ buat beberapa aktiviti...
Antaranya, massage... AJ pilih sports massage....
AJ pilih sebab urutan ni memang sesuai untuk mereka yang banyak bersukan, dancer dan mereka yang aktif la...
Best sangat... Segala muscle-muscle yang keras tu dia picit....
Lega rasa badan...
Lepas massage join yoga... Ni pestime AJ join yoga...
Kebetulan tadi takde orang, sempatlah AJ buat 1 to 1 session dengan instructor tu....
Pegi gym, berenang kat outdoor pool dan jugak berspa...
Dari segi pemakanan pulak, lagi jauh berubah...
Kalau semalam kami dihidangkan dengan salad detox, arini, kami buat master detox pulak...
Menu dari pagi sampai petang adalah green juice sahaja....
Takde lain okay!
Mula-mula macam shock jugak... Tapi lepas tu okay je...
Surprisingly, takde pun rasa lapar.....
Esok apalah agaknya detox yang kami kene buat???
Harapnya okaylah.. =D
P/s : Rindu NASI! Ehhhh!!!!!
Agaknya macam mana la rupa nasi ye?
Nasi rupanya panjang2 warna kuning. X sedap. Sayur lg bes
BalasPadamHahahahahaha... Oh macam tu rupanya bentuk nasi... =P
PadamSedap woo sayur.. Tapi lag suka sos yang diorang guna tu...
Kenen belajar buat ni..